Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Hanya suka2 : Nak cuba fesyen Hana Tajima...

Aku  mula mengenali dia setelah aku terlihat fesyen tudung muslimah sekarang...(Tapi di alam maya je la) Hana Tajima Simpson.. Dari sumber yang boleh dipercayai, beliau adalah kacukan jepun dan inggeris.. Bekerja sebagai Fashion designer dan model jgk kot sebab tengok die posing sana sini.. Dulunya bukan beragama islam, tapi 5 tahun yang lepas sudah memeluk agama islam.. Difahamkan lagi, beliau juga merupakan kawan baik kepada penyanyi Yuna.. No wonder la kalau kita tgk fesyen tudung Yuna agak unik juga cara pemakaiannya.. ;)

Zaman semakin moden, berkembang... Macam-macam style aku dah tengok.. Tapi kali ni membawa sedikit kelainan dan boleh dikatakan aku juga meminati fesyen tudung sebegitu..Tapi sekadar meminati je la.. Nak pakai tu, setakat cuba2 di bilik je..haha...Kawan2 sekeliling juga ramai yang dah pakai tudung ala Hana Tajima.. Sempat juga lah aku belajar di youtube.. Tapi still tak past..haha.. Akhirnya aku telah bertanya pada seorang kawan yg betul2 meminati dan mengikuti gaya Hana Tajima. Jom kita tengok fesyen hana Tajima.. Orangnya memang cantik..Pakailah tudung mcm mana pun mesti cantik.. :)

Hana Tajima Simpson 1

Hana Tajima Simpson 2
Err.. Ni kawan saya..cantik kan..

Fesyen Hana Tajima yg sgt digemari (Kawan saya jugak ni.Cantikkan!)

Setelah dikaji, Jika ingin kelihatan cantik dan sesuai dengan gaya tudung Hana Tajima, pemilihan jenis kain tudung perlu diutamakan..Dan satu lagi, bentuk muka juga perlulah bersesuaian. Jika tidak... Jadilah macam saya ni...

1


2


 3

Haha..bulat...posing bukan main.. Tapi kurang sesuai.. Oleh itu beringat-ingat lah ye..





P/s : Nak try jugaakk..




Wednesday, January 26, 2011

She just like me!

Sena Aydan.. yang belakang tu my youngest sister

sama x?

Love her so much even she like to cry so many times

sometimes naughty but really cute!

I'm happy to be with her

Monday, January 10, 2011

Siapakah Muturuddin dalam hidup saya?

Nama penuh Muturuddin tidak diketahui. Awal perkenalan kami adalah di sebuah restoran. Di mana beliau merupakan orang yang serve makanan di restoran tersebut.(Tp tak tahu la plak kalau dia juga adalah pemilik restoran tu \) Pada ketika itu, keinginan saya adalah untuk makan nasi ayam. Sungguh ramah-tamah si dia sewaktu melayan saya sebagai pelanggan. Dan dalam masa yang sama, si dia meng'ayat' saya. Sungguh mudah beliau melafazkan kata-kata berbaur cinta..haha..Katanya mahu berkahwin bersama saya..(desprate ke dia?). Tapi pelik, saya seolah-seolah tidak menolak pula apabila dia berkelakuan sebegitu kerana saya seolah-seolah nampak keikhlasan hatinya.

              Apabila sudah lama berkenalan, beliau tekad untuk bersama dengan saya. Sewaktu saya tinggal di rumah emak saudara, sama sekali tidak disangka bahawa beliau tinggal berhampiran dengan rumah emak saudara. Agaknya, beliau sudah perhatikan saya sebelum saya datang ke restoran beliau. Ketika berada di rumah emak saudara, Muturuddin telah datang bersama emaknya untuk merisik dan seterusnya melamar saya. Saya pelik kerana saya masih tidak menolak dan saya langsung tidak memikirkan bahawa diri saya ini sudah ada yang punya.( Rasa mcm single je, dats why terima je..hehe)Wang hantaran telah dibincangkan dan mereka telah memberi sedikit wang untuk permulaan perbelanjaan kami.

               Hal ini telah sampai ke pengetahuan keluarga saya. Mereka pun datang bertemu saya di rumah emak saudara. Mereka mahu berbincang hal ini dan mahu saya fikir secara masak-masak sebelum buat keputusan untuk berumah tangga bersama si dia. Rata-rata pandangan dari adik-beradik saya terutamanya lelaki tidak setuju untuk saya meneruskan ikatan itu. Katanya Muturuddin itu agak jauh jarak umurnya dengan saya. Usianya lingkungan 30-an macam tu . Ye betul. Tapi saya rasa dia ikhlas mahu mengahwini saya drp caranya dan berusaha. Abah dan emak saya juga seperti tidak setuju.. Saya tidak boleh berbuat apa-apa dan menghormati pandangan mereka. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan. Hmmmm so macam mane ni??? Dalam hati sudah berbunga-bunga apabila dirisik dan dilamar...Saya sangat gembira ok! Excited sebab ni kali pertama. Sebelum ni hanya melihat rakan-rakan sahaja menuju ke lembah kebahagiaan. Sekarang ni tiba giliran saya tapi tidak direstui pula..

Akhirnya saya membuat keputusan... Soal siapakah Muturuddin dalam hidup saya selepas ini akan menjadi kenangan dalam mainan tidur saya pada malam tadi...(kuang3x...sekali mimpi daaa...Fuh nasib baik...)

~Apa yang berlaku dalam kehidupan realiti, boleh mempengaruhi diri melalui mimpi

Saturday, September 18, 2010

Anda boros? Ye saye boros

ANDA BAGAIMANA??


(Lebih kurang mcm ni la rupa saya bila xtahan nak beli sesuatu tu..huhu)
DO I NEED THIS?

Langsung tak memberi kesan apa2 pada aku kerana aku akan mengatakan.. YES, I NEED THIS

Entri kali ni merupakan luahan serta rasa yang dah terpendam lamanya..
Sering kali aku berhadapan dengan masalah dalam perbelanjaan..Kadang-kadang aku dah rasa, bajet perbelanjaan aku dah cukup baik dah.. Tapi ada je keinginan yang membantutkan sikap baik tu..
Hanset aku rosak..Sedih dibuatnyer kerana aku pasti wang akan mengalir keluar selepas ni. Aku mesti memiliki hanset dalam masa terdekat sebagai pengganti kerana aku adalah pemain mesej yg tegar..

Pada asalnya aku target nak beli yg murah2 je.. Rm99.. Tapi keinginan atau hape ntah yang mempengaruhi aku. Sebab bile nk bli murah, terpikir jugak, alang2 nak bli baru, baik bli yang elok cket n banyak function...
Akhirnya, aku buat keputusan dan terus membeli hanset yg elok n mahal cket tu.. Sampai di rumah, aku mula mengenangkan wang simpanan yg tinggal dalam bank... Macam cket je..Cukup ke nk survive sampai abeh sem ni..huhu..Kalau ikotkan mmg cukop.. Cuma aku ada plan lain hujung tahun ni...Kalau ada rezeki, dah sampai masa dan diizinkan, maka tersuntinglah aku...Mesti nk guna duit..Dah buat perjanjian tuk simpan duit sebanyak sekian2...Nak continue amik lesen lagi... Hmmm.. Dalam masa sama, aku telah dimarahi oleh nya..Xsabar2 if nak beli sesuatu tu..Katanya la..Lagi la aku down dibuatnya..

Memang teruk sikap aku yang satu ni..dia marah coz dah banyak kali aku macam ni..pastu, balik2 aku yg menyesal dengan tindakan aku sendiri.. Sekarang ni, memang aku nak simpan fon tu n xnak pakai.. (tengoklah seberapa lama yang mampu tahan xpakai fon tu)Xsedap hati dibuatnya..Rasa nak jual pun ada..Kalau ada sape2 berminat bleh la..Harga xmahal tapi cantik la..sesuai untuk perempuan je.Aaarrhhh...menyesal weiiii!!!
Hai la insan yang bernama Nurul Syuhada..Bila anda mahu berubah....???

Wednesday, September 1, 2010

Gaya seorang 'Mak Chik'


Hari ni just nk share pengalaman aku sebagai seorang aunty.. Pada umur 23 tahun ni aku telah berpeluang untuk menjadi seorang mak cik buat pertama kalinya..begitu juga dengan adik beradikku yang lain..masing2 sudah layak bergelar seorang mak cik dan pakcik...Buat ayah dan ibuku pula gelaran atok dan opah untuk mereka. Sungguh teruja sebaik sahaja kelahiran seorang bayi perempuan di muka bumi ini hasil perkahwinan kakak sulungku dengan seorang jejaka Istanbul... Maklumlah, dah lame xde budak kicik @baby kt rumah ni..Kehadiran orang baru di rumahku sungguh bermakna...Kalau boleh nak merenung si kecil tu setiap masa.. Aku hanya dapat berjumpa dengannya seminggu sekali.. So setiap minggu jika aku pulang ke rumah, anak sedaraku pasti akan dapat kasih sayang  dari mak chik die ni.Tangisannya sungguh menyentuh hati..Kadang2 tangisannya bunyi mengada-ada...Tapi disebabkan dia masih baby, tangisan itu sgt comel bunyinya...Sayang sgt kt anak sedaraku..Terasa seperti anakku sendiri..Setiap minggu pasti nampak perubahan atau perkembangan pada si kecil ni...Semakin berisi... Berikut adalah antara pose menarik bersama si dia


Me and Baby Sena di Carefour.. Dia xsedarkan diri langsung dari awal, pertengahan dan akhir proses membeli-belah...Sampai rumah baru die terjaga n uweeeeekkkk..hehe..


Gaya Mak Chik nak mendodoikan si kecil..

Jalan-jalan n shopping  di Jusco...Gaya manja si kecil dengan Mak Chik dia yang cumil..hehehe.

Thursday, August 26, 2010

Adakah ini satu kegilaan?


Sering kali aku berhadapan dengan situasi begini... Selalunya sukar untuk aku hadapi atau katakan TIDAK. Walaupun aku tahu sesuatu itu adalah keperluan atau kehendak..huhu... Walaupun pada awalnya adalah kehendak, namun aku boleh manipulate menjadi satu keperluan..Ye ke? Arh.. Begini ceritanya..baru2 ni aku ada singgah di satu blog yang telah aku follow. Dalam masa yang sama, terlihat akan bisnes yang dilakukan oleh seorang blogger ni..Aku pun mula memerhatikan barangan yg dijual..Tiba-tiba hatiku berkata... "Wah.....Cantik2nya.." Sejak dari itu, aku mula search di internet mengenai barangan itu.. Serius memang cantik! Dan aku sudah mula berangan-angan  untuk memilikinya sekurang-kurangnya satu dan memakainya untuk ke 'majlisku'.
        Lama sudah blogku tidak dikemaskini. Sebaik sahaja sign in, banyaklah cerita-cerita baru dari rakan blogger di dashboardku. Aku mula teringat akan blog yang pernah dilawati sebelum ini.."Wah, ada barang baru.." "Wah cantiknya..!!!" "Wah.. MAHALNYER" Tapi aku nak jugak..nak jugak...nak jugak....
Persoalan diantara keperluan dan kehendak mula timbul...Mula teringat akan cerita confession of shophaholic  seorang wanita yang kuat/suka/gila shopping  hutang sana sini dgn kad kredit dan akhirnya die sedar..Sangat seronok.. Seolah-olah menggambarkan diri aku yg suka shopping.(tapi xsampai berhutang lagi n guna kad kredit lg ye..)
        Ok, berbalik pada ceritaku.. Seminggu aku memikirkan untuk memilikinya or nop..Seminggu aku asyik on9 n off9 untuk melihat barang yang aku berkenan.. Tiba-tiba aku keliru. Barang berkod A sama cantik dengan barang berkod B. Kedua-dua coraknya sangat cantik.. Owh sudah...!!! Takkan nak beli sampai dua kot....?? Sampai macam tu sekali fikiranku, untuk memiliki kedua2nya sekali...dah la semakin sengkek semester ni...Ada hati nak beli dua.. Nak xnak aku mesti buat keputusan..Tanya pandangan kawan2..Pada awalnya aku berkenan pada barang berkod B. Kawan2 ckp yang berkod A lagi cantik...Arh.. berat untuk aku buat keputusan...Akhirnya aku telah menghantar mms kepada adik bongsuku untuk membantu dlm buat keputusan..har har har... Bagi aku, hanya dia yang memahami dan mampu membuat aku terpengaruh padanya untuk memilih barang berkod B. Katanya, yang tu lagi cantik..Beli je lah yang tu kak syud!(Comel taw adik sayer..hehe).
ading...my youngest sister
         Akhirnya saya telah tekad untuk membeli barang berkod B atas saranan adik comelku..Dan untuk pengetahuan, aku telah bermimpi memakainya..haha...Selalu macam tu.. Kalau ada benda yang memang nk sangat aku miliki, pasti akan terbawa-bawa dalam mimpi...Aku nak ucapkan terima kasih juga kepada saudara Alif Fazally selaku pembayar pendahuluan untuk baranganku..hhahaaha..Bukan bermaksud aku mengikisnya tetapi aku tidak mempunyai akaun maybank2u..Nanti claim balik ye..hehe...
         Oh ye..kalau nak taw apa barang yang macam best sangat aku nak ni, sila layari ke laman web ni...http://abayaelegan.blogspot.com/2010/08/dubai-abaya-for-raya.html  (M47 SAMIERAH)
nk publish gambarnya sesuka hati kerana belum menjadi milik sah.. Bukan selalu ok!

Friday, August 20, 2010

Dilema seorang manusia dan semut



              Beberapa hari berlalu seorang manusia mula rasa pelik..Pelik kerana makanan yang ditinggalkan di atas meja tidak diurungi oleh semut2... Kek coklat yang diletak di atas meja bersih dari sebarang jenis serangga... Tiada  yang sudi untuk menyinggah, merasa atau melarikan kek tersebut untuk dibawa ke sarang. Manusia tadi pun mula bersuara dan bertanyakan kepada teman sebiliknya... " Kenapa xde semut dalam bilik eh...Kek coklat ni pun elok je". Lantas teman sebiliknya pun berkata " Tu...cube tengok kt bawah tu.." Manusia tadi pun melihat. Terdapat racun semut ditaburkan pada ruang-ruang kayu sebelah bawah tingkap dan meja study. Manusia tadi pun bertanya lagi " Macam mana racun ni berfungsi?" Jawab teman sebiliknya, " Ni sebenarnya 
biskut, tapi dicampurkan dengan racun, bila semut tu datang dan bawa balik biskut tu ke sarang, ia akan mati".
             Apabila mendengar penjelasan tadi, tiba-tiba manusia tadi mula rasa kesian dengan semut-semut tu...Kalau sebelum ni cukup marah jika makanan diurungi semut, tapi kali ni cukup rasa kesian. Rasa seperti semut-semut itu tidak sepatutnya diperlakukasedemikian..Semut-semut tu tertipu...Haish..Dilema betul...Manusia itu pun mengeluh kerana terpaksa memikirkan perkara sebegini..Pernah suatu ketika, semasa sedang mop dan mencuci lantai di kawasan luar, tiba-tiba terjumpa anak lipan..Nak tak nak terpaksa bunuh walaupun anak lipan tersebut keluar dari celahan batu tana buat apape pun...Hanya lalu sahaja..Macam mana nak atasi  masalah macam ni.Kadang-kadang rasa dilema sangat..Bersalah ke?



Sunday, July 18, 2010

3 Julai 2010

Welcome to my niece...Sena Aydan Ayar....

Teruja sangat bila dapat taw nk jadi mak cik sebelum ni...Cam xpercaya pun ada..Biasa la..1st time nak dapat anak sedara kan..memang la cmni...Selalu tgk die gerak2 kt perut akak je..akhirnya da kuarkan pun...Weekend ni aku x berapa sihat.. so balik umah..di kesempatan itu aku dapat luangkan masa melayan serta mengadunkan baby Sena ni..merasa la jugak nk lama2 ngn dia..maklumla, da busy skang... Comel sangat baby Sena ni..Oh ye, nama dia berbeza cket sebab ayahnya orang istanbul...makna disebalik nama ni adalah, Pujian secantik bulan...Ayar tu nama family sebelah abg ipar aku...Macam2 nama sebenarnya dia ada..ayah aku lak nak pangil dia Malkish(malaysia+turkish)...abg aku, panggil Kishsia (turKISH+malaySIA)..Apape je la..janji kt surat beranak tu satu nama je ye
Ni la budaknyer...
Mata tu...
Ala cayang makcik....
Ya Allah...tomeynyer die..Cantik..moga cantik akidahnya kelak
Sedap tidur..

Wednesday, December 30, 2009

New Semester

Semester baru dah bermula...Masa nk daftar kolej hari tu malasnyer rase..Ye lah da dok umah lame kan...Baru 2vhari aku da homesick..rase nk balik umah..waaa...billik pun xkemas lg...nape la ngn sem ni...Kelas mula2 aku masuk kelas makmal kaunseling individu 2...Best r jugak coz aku suke lecturer tu..tp hati2...kalau nampak kite lain sikit je, habis dia teroka..(buat pelajar2 kaunseling mereka faham). Lepas kelas makmal, aku susun jadual..Perh!!serius, mmg betol ape senior ckp..Pack tuh sampai ke malam...!!! petang pun xde can la aku nak masuk sukan2 pasni...masing2 da warning jgn ponteng kelas...Sem ni sangat berat..kelas pack n banyak keje kena wat...Mesti leh kurus sem ni..kui3..Apape pun i wish all the best to myself utk semester ni...Semoga aku diberi kekuatan untuk mengharungi segala rintangan sepanjang semester ni....mwaahhh!!!

Saturday, December 5, 2009

The necklace

Semalam bukan men suke lg..tp hari ni rase sedih yg teramat....rantai pemberian sesorang semasa hari lahirku yg ke-22 telah hilang..aduh...kt mane la agaknyer tercicir..huhu..walaupun menangis bagai nk rak...tp apakan daya..rantai tu xkan pulang ke pangkuan aku..lain la kalau rantai tu ade kaki n balik cari aku..huhu..mule la aku nk berimaginasi tinggi ni...kepada si pemberi rantai leher, aku minta maaf sangat2..bukan sengaja nk hilang kan...huhu..Yang paling membuatkan aku rs kecewa adalah, aku xdpt jg dgn baik pemberian seseorang sedangkan aku sangat hargainya sebelum ini... Tentu si dia juga rase kecewa dan sedih..Semoga lepas ni si dia tidak serik utk menghadiahkanku seutas rantai leher lg..Sesungguhnya aku amat menghargai pemberian tersebut..rantai leher mempunyai makna yg tersendiri buatku..

Monday, April 27, 2009

Akhirnya.....!!

Yes...Finally aku jmp gak produk penjagaan muke yg sesuai tuk aku..haha..nk dijadikan cerita...sblum ni aku xpkai ape pen...tp kulit stil cun melecun..org asyik tnye je aku pakai pencuci muke ape...tp itu dulu.huhu...Then, aku mule la nk try pakai produk penjagaan muke..men beli je pelbagai jenis..Sea white, fair n lovely, mustika ratu,safi...suke2 aku je nk pakai ape..dah la tu..membazir je..mane x nye, semuanya xpenah abis dipakai...byk lg ha..baru pakai sebulan camtu dah boring cz xde pape perubahan, itu yg tukar len..padahal x abis pn lg..trok tol perangai aku ni..mentang2 ngah ada duit...W/apapepun..aku xperlu risau lg...tiada lg pembaziran....Aku sekarang lebih selesa dgn produk NIVEA...harga pn xmahal sgt..cewah,cm nk promote lak..Hopefully akan setia kt produk ni..Tp....produk yg xabeh tu cmne eh????

Maxis...maxis....!!!

Ntah cmne hari ni aku n akak leh plan nk g mid...asalnya sembang2 pasal nivea cream yg aku sebat die punye..hehe..(xbgthu lak tu..nsib die xmrh). Tanpa buang ms, aku pn siap2 nk g mid bersama2 adik dan akak aku...hurm...rs nk tgk wayang pn ade...nk tgk coming soon..tp 18PL plak...budak kecik 13 tahun ni nk tinggal kt mane lak t...last2 tgk cite shopaholic...best jgk..serius...pas tgk cite tu bleh lak kite org rs nk g shopping itu ini..ish3..perempuan2...tp sblum tu da shopping da kt Egofit.. n then pas tgk movie bru shopping mende len..well, byk gak duit abis..huhu...bile kire2 almost 300..wow!Kena jimat cermat ni..da la cuti ni xkeje..(mmg xpenah keje pn spjg idup 22 thun ni) confirm duit akan abis punye..Balik je dari mid rs pening2, nk muntah pn ade..ye la m'baca dlm tren td..Ops pjg tol mukadimah...Sebenarnya nk cite pasal ape aku frust ssgt... Tension tol dgn rangkaian yg aku pakai ni...sejak akhir2 ni trok tol service die..asyik sending failed je..tekanan aku!! Maxis...maxis....rs nk campak fon je..tp fon xbersalah...rs nk complain n boikot pun ade(cewah!marahnye aku)..Nasib aku ade celcom...tp xde kredit lak tuk mlm ni..waaa..nk mesej pn susah..geram tol....

Sunday, April 5, 2009

Si Pencuri Bunga Ros

Si pencuri bunga ros? ceritanya mcm ni...
Pada hari minggu lalu telah berlangsungnya satu pameran perkahwinan di Pusat Konvokesyen, Putrajaya...Si gadis teringin utk pergi ke sana lalu meng'sms' sahabatnya utk menghadiri pameran tersebut. Si gadis pun pergi ke sana bersama-sama si jejaka dan sahabatnya...Setibanya di tempat kejadian, si gadis melihat kebanyakan orang yg berada di perkarangan tempat letak kereta membawa sejambak ros... Dalam hati si gadis..."wah, bahagianya kalau aku yg dpt bunga ros tu"... Lalu si gadis telah menyuarakan hasrat hati kpd si jejaka ..Bunyi nya mcm ni.."Nak bunga ros jugak.." Si jejaka hanya mampu tersenyum manis gitu!
Mereka bertiga naik ke tempat pameran.... Beberapa minit kemudian, si jejaka meminta izin utk ke tandas..Tinggal lah si gadis dan sahabatnya..Mereka berjalan-jalan seketika sambil berbisik "Wah..rs xsbr plak nk kawin.." Tidak lama kemudian si jejaka pun muncul...Muncul dengan sekuntum bunga ros lalu diberikan kpd si gadis.."Nah." Si gadis terkejut. "Mana dpt ni...??"(terharu namun masih ragu-ragu). Si jejaka sekali lg tersenyum manis gitu! Tiba-tiba mata si gadis ternampak sebuah pasu yg dihiasi dengan bunga ros hidup di belakang si jejaka. " La.....amik dalam pasu ke???" Si jejaka tergelak.."hehehhe". Rupa-rupanya si jejaka telah mencuri bunga ros dalam pasu yg dijadikan sebagai hiasan pada majlis/pameran petang tu lalu diberikan kepada si gadis.. Si gadis malu utk menerimanya.. "ambik je lah".."xnak...malu.." At last si gadis menyuruh si jejaka memasukkan bunga tersebut ke dalam beg si gadis terus.(Nasib baik beg besar).. Di akhir cerita, si gadis amat menyukai bunga ros yang diberikan oleh si jejaka. Asyik menghidu dan 'posing' di kamera 'henfon'nya. Si gadis amat tertarik dengan sikap si jejaka yang memang selambe tuh...Selepas itu, mereka pun pulang ke tempat masing2....TAMAT

Wednesday, April 1, 2009

Sampai Hati.......

Baru-baru ni teman ada terima tawaran utk memegang satu tanggungjawab. Namun, teman telah me'reject' awal2 disebabkan pada masa itu emosi teman masih blom stabil dan berada di kampung....Selepas kembali ke tempat 'penginapan', teman berjumpa dengan org yg telah menawarkan tawaran itu kpd teman. Tujuannya adaah utk mengetahui siapakah 'peserta' seterusnya yg mendapat tawaran selepas teman menolaknya....Dalam masa yg sama, terbongkarlah rahsia yg telah menyebabkan hati teman terluka...Sampai hati dia ckp mcm tu....(hati teman berbisik). Nasib baik teman dah reject awl2 t/jawab tuh...if x, potensi dia utk pandang rendah kt teman mungkin akan wujud. Pasa 31 mac, teman telah mendapat surat utk pergi ke temuduga bagi menerima t/jawab tu. Dalam hati ade keinginan nk pergi....tp ntah la...bagai ada sesuatu yg menghalang. Akhirnya, mmg teman x pergi..... Pada keesokan paginya, teman telah bertemu dengan rakan teman. Sembang punya sembang, terbukak la cerita pasal semalam....Lagi skali dalam masa yg sama, hati teman dilukai....Sampai hati dia ckp mcm tu.... Ye, teman mmg seorang yg beremosi, tp masih boleh dikawal. Dan xbermakna seorang yg beremosi xmampu untuk memikul sesuatu t/jawab...Sebagai manusia biasa kita mesti mengeluh sekiranya kita terpaksa berhadapan denganl t/jawab yg berat. Namun, perkara itu dapat diatasi dengan akal dan hati yg cekal dengan izinNya. Dia pun sama jugak cuma ye lah, mungkin dia mempunyai kelebihan yang tinggi berbanding teman untuk menyelesaikan sesuatu dengan cepat.Sebagai manusia biasa kita memang akan bergantung. Tp adakah di mata dia, teman sangat bergantung sehinggakan tidak mampu untuk membuat atau menyelesaikan sesuatu permasalahan pun?? Adakah pergantungan teman hingga teman terpaksa berdiri di kaki dia??Walauapapun, teman tahu ape kekuatan dan kelemahan teman... Terpulang lah pada individu yg mahu menilainya...Last but not least MAYBE I'M NOT THE BEST, BUT I'M STILL GOOD!!! BE WHAT U ARE!

Monday, March 16, 2009

i dont want to miss a thing

Cerita pada malam mmmr xdapat nk dikongsikan kerana ada sesuatu yg menggangu pemikiran aku sekarang ni....Terbayang-bayang wajah si dia yang aku sayangi...Ingin sekali aku berada di pangkuannya di sana... Melihat bagaimana keadaan dia...
Sedih bila terkenangkan saat-saat manis bersama dia..
Arhhhhh... aku nk balik kampung...!!!
Aku mahu berada di sampingnya....Tok.......!!!
Rindunyer...Patut la aku ada mimpi dia walaupun sibuk dengan tugas kat sini...
Risau.... Semalam dapat panggilan dari pak long. Tok sakit...Jantung tersumbat n low blood pressure...Doktor mintak waris2 untuk balik..Tok masih stabil tp anytime......(itu yg diperkatakan oleh abang aku setelah doktor memberitahu kepadanya)
Aku tahu, tok takkan dapat bertahan lama memandangkan usianya yg sudah menjangkau 91 tahun. Dilahirkan pada tahun 1918.... Tambahan pula mengalami masalah jantung...doktor ckp walaupun stabil tp anytime.....Itu yg xsedap didengar......Aku nk balik kampung......!!!

Friday, March 13, 2009

MMMR

Tup tap tup tap...
Esok merupakan malam kejadian majlis makan malam rasmi kolej....
Apa yg dirisaukan?

1. Persembahan oleh anak2 buah aku n aida(selaku ajk persembahan)
2. Kelancaran program
3. Penampilan aku pada malam esok

Tapi yg paling riso mcm no.3 je..waaaa..
Kadang2 terasa susahnyer jd pmpuan bile time2 cmni...Al-maklum la, perempuan...
Hmmm sape nk jd make up artis utk aku mlm sok? Aku ni kurang pandai..akukan seorang yg simple tp nice..Uhuk3(terperasan lak)..
Sentuh psl pakaian lak, aku rs dah cukup vouge sesuai dgn tema..Elegance& Tremendous.
Tapi...tu la..cara pemakaian selendang n touch up2 ni memang lemah cket...
Well...we will see what happen to me on that night....C ya...

Thursday, March 12, 2009

Nak marahnyer!!!!!

Al-kisah...setelah tamat kelas pada tghari, 3 sekawan berjalan dan menuju ke perhentian bas untuk balik ke destinasi masing2. Malangnya, semasa 3 sekawan berjalan dibawah 1 payung yg sama, salah seorang daripada mereka telah tercabut/terputus seliparnya akibat pijakan yg xdisengajakan oleh salah seorang daripada mereka juga...Si kawan yang malang itu berasa kecewa kerana mengalami kerosakan selipar yg disayangi. Si kawan yg menjadi punca pada kerosakan itu meminta maaf dan terus berjalan bersama seorang lagi di antara mereka lalu meninggalkan si kawan yang malang itu. Alangkah terkejut dan pelbagai perasaan yang berbaur kemarahan telah wujud dlm diri si kawan yg malang itu...sudahlah selipar putus, lalu ditinggalkan pula tanpa menoleh ke belakang dan berasa simpati atau berasa bersalah terhadap apa yg berlaku...Kalau ikutkan hati, si kawan yg malang itu mahu menyumpah2 si kawan yg x bertanggungjawab itu. Tapi si kawan yg malang itu masih mampu berfikir agar tidak melakukan perkara yg diluar jgkaan. Sesungguhnya sabar itu adalah lebih baik.
Akhirnya, si kawan yg malang itu, balik dengan penuh rs ketidakpuasan hati dan telah berubah mood nya....Si kawan yg malang itu mendapat pengajaran atas apa yg berlaku sebentar td supaya berhati-hati dengan kawannya yang sebegitu rupa..Moga rakan-rakan diluar sana mengambil iktibar dari kisah yg dikongsikan ni....!!! Jika kita melakukan kesalahan walau tanpa disengajakan, kita perlu bertanggungjawab ke atasnya. Sekurang-kurangnya usaha untuk membantu rakan kita supaya dia tidak berasa susah atas perkara yang telah kita lakukan secara xsengaja....

Friday, February 20, 2009

BUAI...

BUAI... Kisah sebuah penderitaan
BUAi... Tragedi sebuah kebobrokan
BUAi... Ruang rintihan perasaan
Buai... Gugahan sebuah kekuatan


Memaparkan sejalur kisah masyarakat yang terlibat dlm kancah sosial dan kebobrokan duniawi. Mengisahkan Maya, seorang gadis sunti berusia 16 tahun yg menjadi mangsa penderitaan fizikal, mental dan kerakusan nafsu buas ayahnya sendiri.

Kecelaruan & tekanan segala permasalahan ini seringkali mengheret Maya untuk bermain dengan gangguan emosi dlm setiap peristiwa yang menghantui dirinya & ilusi-ilusi ini hadir dlm aroma yg gawat

Kehadiran waris sbg peneman bicara dlm satu ruang detik yg maya merungkaikan segala kisah kronologi duka, dan semua itu dikongsi bersama di BUAIAN ini...

MAYA - Seorang gadis sunti berumur 16 tahun. Kematian ibu ketika dilahirkan,&
tinggal bersama-sama dengan papanya. Menjadi mangsa penderaan fizikal,
mental & seksual

WARIS - Watak jelmaan seorang lelaki budiman yg menjadi peneman kepada Maya diruang
maya. Waris berada dalam dua dimesi alam yg berbeza, iaitu alam nyata dan
alam maya serta mampu melihat kedua-dua ruang alam itu. Pendengar, penasihat
dan pengongsi masalah yang baik. Telah memerhatikan gerak-geri Maya sejak
kecil

PAPA - Bapa kepada Maya. Telah kematian isteri yang telah meninggal dunia sebaik
sahaja melahirkan Maya. Berperwatakan antagonis & kejam. Menjadikan Maya
tempat untuk melempiaskan kekejaman & nafsu serakah. Seorang bapa
yang panas baran dan kaki pukul

ROSLI - Selayaknya, dia seperti teman lelaki kepada Maya, namin tidak pernah
meluahkan perasaannya. Sangat mengambil berat tentang MAya terutamanya dalam
pelajarannya. Meminati Maya, tetapi tidak pernah berkesempatan meluahkan
perasaan kepadanya.

AYU - Kawan baik kepada Maya di sekolah. Terlalu mengambil berat tentang keadaan
Maya & seorang pendengar yang baik

Kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2

Watak sampingan sbg kanak-kanak yang gemar bermain-main di halaman rumah
Maya, berhampiran dengan buaian yg berada di bwh pokok sena

Sunday, February 1, 2009

“A Piece of an Apologize Pie”

Wake up!!! Grab a brush and put a little make up!!! Hide scars to fade away the shake up! Why’d you leave the keys up on the table? Uh…Shut up…!! The “chop suey” song by System of Down was shouting through my eardrums. I turned off my deafening alarms. It was an early morning but not so early that the hard-core music woke me up where the sun had just appeared over the east and when the hummingbird broke the stillness. I should change the alarm tone after this. It was 8.00a.m where I had to open up my eyes and move from my bed and take my shower. Huaarrgh…If only I could sleep for hours until afternoon, it might be a wonderful day in my busier week of life. I walked slowly to the bathroom, brushed my teeth and so on…It was so cold and fresh!
There are some works to do. I have to fill up my registration course for this semester and then go to the library to search for reference books for my assignment. But I was running out of time. My friend and I decided not to go to the library. It was around 12p.m when I looked at my faded digital pink color baby-G watch. I whispered to myself, “Maybe someday I have to buy a new one.” So we went back to the hostels and took our lunch there. After that, I walked up to the top floor of my block to reach my room. I took a deep breath for a moment. I was getting tired. Then, I tidied up my room; washed my clothes with the washing machine where I have to insert the coin in order to use it and finally lay down on my bed. It was so great! But it was just for a few minutes. I need to prepare myself to attend the afternoon class. Suddenly I felt like my whole body was being so heavy to wake up and move from my bed. I didn’t eat too much just now…What was happening to me? Hmmm…Actually I was so lazy to attend the class and so sleepy…But I have no choice. One of the ISO rule has stated that the percentage of attendances must be 80% and above in order for me to take the final exam. What kind of rule is that? I blame them without thinking rationally.
My friend and I reached the class early and there was no one in the class. I put my bag on the chair and decided to fulfill my responsibility as a Muslim first. “Dear, please take care of my bag.” “I have to go for my prayer.” “Just a minute, okay?” I asked my friend. “Alright..!” A few minutes later, when I was standing in the doorway there was a boisterous sound inside the class. I opened the door and walked back to my place. I was surprise when there was a small polystyrene box inside a colorless plastic bag on my chair. I didn’t say anything. I pick up and put at my friend’s place. Just next to me. I didn’t realize that the box was belonging to me. Well, eventually I did realize so. Nevertheless, I pretend like I don’t know who the owner of the ‘thing’ is. Then I asked my friend. “Whose box is this?” My friend said, “It is yours.” “It is mine?” “Who gave it to me?” Once again I pretended like I really don’t know. “Don’t ask.” “The important is the ‘thing’ is yours!” My friend was annoying with me. “Okay…” At the same time, I can see a couple of eyes were looking at me. Actually I knew he was the person who has given that ‘thing’ to me. Suddenly, I can feel the vibration from my bag on my lap. On my phone screen, something was written, “1 new message received”. I could have guessed who was sent the message. Definitely it was him! I became excited to read the message when his name appeared. The sound of the message was, “Hey buddy, that ‘thing’ is for you as a token of apology from me.” “Taste it, it is so yummy!” Then I replied, “There is no need to send me a gift to apologize because I have forgiven you.” “By the way, thanks ya!”
It was so sweet! Cute! I think he is good in understanding a girl’s feeling. I had never been treated like that before when someone has done something wrong or hurt me. But today I want to share with all of you that I have been treated for such a sweet moment in my history of life from someone called a friend. A friend that is so nice and kind to me. I feel comfortable since a relationship called friendship was built between the two of us. But I don’t know what he thinks of me. Perhaps it is just my own feeling but I don’t really care what he could think about me because I am a person who appreciates the presence of friendship given in my only life. I opened up the box and the gift was a piece of pie. I like it so much. The feeling was indescribable that I would remember this sweet memory for my lifetime. I named the gift and it was ‘a piece of an apologize pie.’
“Suppose one morning you never wake up, do all your friends know you love them? Friendship that needs rekindling 3 words needing to be said. Sometimes, ‘I LOVE YOU’ can heal and bless, let everyone of your friends know you love them. Even if you think they don’t love you back, you would be amazed at what those 3 little words and smile can do.” “Just in case tomorrow is late…”
- Unknown author-
I love all my dearest friends…