Monday, January 31, 2011

Macam ni ke orang lelaki kalau shopping?


Shopping dan wanita adalah sangat sinonim... Tapi shopping dan lelaki? hurm...Saya pun xtahu..hehe.. Jarang kita dengar kaum lelaki pergi shopping..Nak teman kite kaum wanita ni g shopping apatah lagi... Hanya mereka yang tabah dan mempunyai tahap kesabaran yangg tinggi je mampu/sanggup temankan kaum wanita pergi shopping.. Tak kira lah teman wanita ke, mak ke, adik or kakak dan isteri.. Mereka ni wanita dan shopping boleh jadi satu keperluan hidup untuk mereka...Hehe..

Ok lah.. Ini ringkasan ceritanya dan situasinya berlaku lebih kurang 3 bulan yang lepas., saya dan sepupu telah menemankan seorang kawan lelaki untuk membeli-belah.. Ini kali pertama saya lihat kaum lelaki mengambil masa yang lama untuk shopping..  Selalunya jika pergi shopping ngn abang or adik laki, kejap je masa diowg ambil dan tak cerewet..hehe.. Kali ni lain sikit pengalaman yang saya dapat. Kalau saya tengok pada masa yang diambil untuk membeli-belah, boleh setaraf dengan kaum wanita..Cerewetnya dia xkurang hebatnya dan membuatkan saya perlahan-lahan rasa bosan..Hehehe.. Cuma hebatnya kaum wanita ni, dia akan pergi banyak kedai utk survey dahulu sampai berkenan di hati baru beli.. Seronok teman dia pergi membeli-belah walaupun saya sudah mula rasa penat.. Melayan karenah dia lagi.. Hahahhaha.. Dan..sekarang ni barulah saya faham perasaan lelaki kalau teman kaum wanita pergi shopping macam mana... Sekian...





Ciri-ciri saya sudah mula bosan
Haa cantik2...Angkat je k..
Selamat membeli-belah...!!!



Kite lak kena pegang.. Bukan nak amik bakul/trolly..ish3..

Yeay! singgah makan pulak

Licin....

amik gambar (malu-malu)

Wah dapat munga u all..Jgn jeles..hehe















~Kadangkala kita juga perlu rasa apa yang mereka rasa terhadap kita...lalala

Friday, January 28, 2011

Everything must be cut off...WHY??? (Nasib MMMR kami dan program seterusnya..)


Fuh.. Entri ni mungkin agak kontroversi.. Tapi saya sekadar mahu meluahkan apa yang dirasa setelah banyak perkara yg perlu di cut off... Kalau kat shopping kompleks, semua orang akan happy dan berpusu-pusu orang ramai akan datang ke pusat membeli-belah yang apabila harga barang jualan di cut off... Berbeza dengan apa yang berlaku sekarang... Dan agak terkejut dengan perubahan yang berlaku.. Rasa seperti perubahan yang sangat besar. Sepanjang hampir 4 tahun belajar di sini, banyak aktiviti yang telah saya libatkan diri. Seronok menghadiri program2 yang dianjurkan.. Tapi selepas ini saya pasti akan timbul pelbagai  persoalan dari pihak warga kolej.

Di sini, saya mahu mengambil kesempatan kepada warga kolej jika ada yang membaca untuk berkongsi tentang apa yang berlaku dari pihak pengurusan universiti terutamanya pihak kewangan. Untuk makluman semua, aktivti atau sebarang program selepas ini kebanyakannya akan ditanggung oleh pelajar sendiri. Tiada lagi peruntukan untuk makan, bahan2 untuk laksanakan aktiviti/ program perlu ditanggung oleh pelajar. Harap kalian faham..

Sedih rasanya apabila dari pihak kami mahu menjalankan satu program yang berprestij  tetapi mungkin tidak gah seperti dahulu seperti yang kalian harapkan. Mahu sahaja menitiskan air mata kerana kalian mengharapkan yang terbaik dari pihak kami.. Ya, kami juga mahukan yang terbaik untuk kalian.. Dengan kudrat yang ada, kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang hebat-hebat belaka. Dan setiap perkara yang berlaku tidak sama dengan yg dahulu. Perkara ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada pihak kami. Kami terima itu semua. Kami juga kecewa dengan perubahan2 ini. Buat pengetahuan semua kos-kos perbelanjaan telah banyak disekat oleh pihak kewangan. Lebih mengecewakan lagi apabila dimaklumkan tiada peruntukan untuk final year student (termasuk diri saya). Rasa nak maki hamun pun ada. Majlis adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir, tapi kami pula yg tiada peruntukan melainkan untuk anugerah shj yg ditanggung oleh pihak kewangan universiti. Kami mahu mencari penaja tetapi tidak dibenarkan dari pengurusan kolej.. Segala kerja publisiti, dekorasi perlu ditanggung oleh pelajar sendiri...Kami perlu bekerja lebih keras dan memikirkan apa yang terbaik utk kita semua. Geram sangat2 dengan apa yang berlaku..Sangat berharap kalian faham situasi yang dialami oleh pihak kami dan berikan sokongan untuk kepentingan bersama..

~ Sokongan kalian sangat diperlukan utk meneruskan tradisi ini


Wednesday, January 26, 2011

Bukan tak nak tido.. Tapi...

Jam menunjukkan 3.40 pagi... Badan terasa penat, mata mula pedih mengantuk. Seharian berhadapan dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan serta komitmen terhadap tanggungjawab. Penat..Letih..Lemau... Apalagi istilah yang boleh digunakan..? Walaupun rasa begitu, tetapi ada satu antibiotik kepada rasa-rasa tadi iaitu semangat...

Saat ini, masih lagi mengadap laptop acer yang hampir 3 tahun digunakan. Hasil pemberian seorang ayah yang penyayang buat saya sebagai seorang pelajar universiti.. Kemudahan untuk saya menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan sampingannya sebagai penghibur.

Bukan tak nak tido... Tapi apabila memikirkan hari esok yang perlu dihadapi membuatkan otak berfikir apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan. dan juga, dalam keheningan ini, banyak lagi perkara yang difikirkan.. bercampur baur... Emosi mula terganggu...

Contohnya... Pertama, sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya rasa penat untuk memikirkan tentang keperluan orang sekeliling atau perkara yang mahu dicapai kerana saya rasa saya telah gadaikan apa yang saya ada untuk melaksanakan tanggungjawab..Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan..Cuma saya tak mahu rugi dalam pelaburan yang telah saya lakukan. Sekurang-kurangnya pulang modal. Soal keuntungan yang bakal diterima, lambat laun pun xmengapa.

Yang kedua..., apabila terlalu lama dalam sesuatu perkara dan apa yang diharapkan masih belum mampu tercapai membuatkan saya seolah-olah putus-asa kerana emosi dan perasaan terganggu..Namun, semangat tetap ada, perasaan juga tetap ada.. Jadi, buat masa ini saya memilih untuk berhenti daripada terus melayan perasaan dengan cara membuat banyak kerja sehingga tidak terlalu memikirkannya... sekian

She just like me!

Sena Aydan.. yang belakang tu my youngest sister

sama x?

Love her so much even she like to cry so many times

sometimes naughty but really cute!

I'm happy to be with her

Monday, January 17, 2011

Sukan part 2 ---> Kejohanan Olahraga

Kejohanan olahraga interkolej baru je tamat. Setiap kali kejohanan sukan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan, pasti terdapat cabaran-cabaran tertentu. Untuk acara olahraga, dari kolej saya mendapat cabaran yang hebat. Yang pertama sudah tentu masalah untuk mencari atlet bagi setiap acara yang dipertandingkan kali ni.

Al-kisah...
Pada mulanya, masalah dapat dihadapi dengan tenang.. tapi semasa mahu mendaftarkan nama kepada pihak pusat sukan terpaksa berhadapan dengan masalah lagi.. Ada di antara atlet yang saya mahu daftarkan tidak dapat meyertai kejohanan olahraga ini kerana clash dengan program lain dan mereka juga menjadi peserta.. Waaarrgghhh... sangat la geram dan tak tahu nak kata apa pada ketika itu.. Terpaksa lah call saki-baki pelajar lain yang sudi untuk menyertai olahraga..

Ahamdulillah sudah selesai..

Tiba hari pertandingan, masalah yang biasa berulang lagi... Pengurus sudah tunggu bas setengah jam awal.. Tapi xde satu bas pun dan pengurus telah meminta tolong pakcik bas yang ada untuk ke stadium.. Tapi bila waktu petang, acara sudah habis, tiada bas pula.. Terpaksalah saya meminjam sebuah kereta daripada Encik. Felo.

Pada keesokkan harinya, saya pening kerana atlet2 tiada transport. Sekali lagi mencari mereka yang ada transport dan pinjamkan pada saya...Ok selesai..

Acara telah pun bermula, hari pertama saya berhadapan dengan masalah kesilapan teknikal oleh urusetia.. kecewa sangat kerana atlet saya layak masuk final untuk acara 100m.. Tapi senarai list yang keluar tiada nama atlet saya.. Saya buat bantahan dan berjumpa dengan urusetia kejohanan. Mereka menyalahkan kami pulak.. Ada ke patut.. dan Sedia... POM..!!!!!! Acara final 100m pun dah bermula...Tak dapat nak selamatkan lagi keadaan...

Hari kedua...
Masalah yang timbul adalah.. Nama atlet tiada dalam acara 3000m jalan kaki. Memang mempunyai masalah sebelum ni.. dan dari pihak saya telah selesaikan sebelum hari pertama kejohanan bermula.. Kata urusetia semuanya dah settle...Tiba-tiba hari ni xde pulak nama... Berlari lah saya bersama pengurus dari podium ke khemah dan seterusnya ke juri...( Dah macam saya pulak masuk acara lari2 ni)... Akhirnya, selesai...

Malam masih berlangsung acara bagi yang qualify ke final.. Atlet saya sekali lagi layak ke final untuk acara 400m.. Tapi kali ni saya rasa rigid sangat kerana kesilapan daripada pihak saya... Pada malam kejadian, atlet kami tak lari... Atlet yang sepatutnya lari tidak dapat hadir dan digantikan dgn atlet lain..
Semasa baru sampai di stadium setelah mengangkut anak2 buah untuk trip yang kedua, saya dapati acara 400m sudah mahu bermula.. Atlet lain telah bersedia..Pelik..mana atlet saya ni.. Cepat2 saya cari beliau. Saya sedih kerana beliau tidak mendaftarkan diri sebelum acara berlangsung sedangkan pengurus sudah memberitahu suruh daftarkan diri sendiri seperti atlet2 lain sebelum ini... Sabar je la banyak2....

Syukur hari ketiga tiada masalah yang berlaku seperti hari-hari lepas.  Walabagaimanapun saya rasa sangat tercabar untuk kejohanan kali ini.. Macam-macam rasa ada.. Seperti seorang ibu yang bekerjaya dan mempunyai anak yang ramai..Rush hour. Ini lah yang dinamakan pengorbanan..

Walaupun rasa tertekan, saya perlu mengawalnya.. Ini juga pengalaman hidup yang akan mengajar saya suatu hari nanti... Syukur kerana peningkatan prestasi dlaam kejohanan olahraga kali ini.. Kami dapat 1 perak dan 3 gangsa..(disumbangkan oleh individu yang sama).dan 4 acara layak masuk ke peringkat akhir.. Dan tak lupa juga pada atlet saya yang jatuh sakit sehingga semi-concsious pada hari kedua semasa berlari, Semangat anda untuk menghabiskan larian sangat dihargai.. Dan buat peserta kali ini, teruskan memberi sumbangan anda kepada kolej tercinta sehingga tamat pengajian.. :)

lontar peluru
jogging2 je ni


rejam lembing

rejam lembing juga

4x100m final

yeay....

Saturday, January 15, 2011

Tolonglah faham...

Tolong la faham.. Saya pelajar final year yang akan keluar praktikal lama lagi... Saya sangat kecewa dengan kamu-kamu yang tidak peka tentang apa yang berlaku.. Apatah lagi untuk menghulurkan bantuan.. Saya bekerja bukan macam orang lain bekerja. Saya masih di universiti pun kerana dibawah tajaan kementerian..  Tolong lah faham..Saya dah berkorban untuk kepentingan dan mencapai matlamat yang sama. Bila berjaya, kita sama-sama akan rasa bahagia. Tapi kenalah sama-sama berkorban. Biar saya lebih tak mengapa kerana itu tanggungjawab yg sebenarnya harus saya pikul dan saya rela. Tapi kamu-kamu sebagai orang yang lebih tinggi daripada saya, bantu lah apa yang patut terutama ketika saya amat memerlukan. Ini tidak.. Saya tertanya2 adakah kita dibawah satu team yang mengejar matlamat yang sama? Atau saya seorang je mahukan matlamat itu tercapai. Kami yakin bahawa kami bekerja sangat keras berbanding yang lain. Bukan nak membesar diri. Tapi kalau tgk yang lepas2, mereka yg pernah menjadi seperti saya juga bekerja keras berbanding yang lain. . Saya ada permintaan daripada kamu selepas ni kerana sudah diluar kemampuan saya untuk berkorban sepanjang waktu. Saya harap sangat kamu dapat tunaikan.. Kalau, tak, tak tahu la saya nak cakap apa lagi. The End

~Kecewa yang terlampau..

Wednesday, January 12, 2011

Tahniah untuk kitak...


Syukur alhamdulillah.. Tahniah sebab da dapat tawaran kerja.. Berdekatan dengan tempat kamik belajar. Tapi kan... kamik dah nak keluar praktikal.. Kamik praktikal berdekatan dengan rumah kitak.. Hmmmm kamik datang kat tempat kitak.. Kitak pulak datang ke tempat kamik.. Mmmm...Walauapapepun, kamik gembira sangat dapat berita dari kitak. Nanti dah bekerja, kerja baik-baik taw... Pastu jaga diri baik-baik.. Be profesional.. Pastukan....Jangan menggatal.. Tapi kamik tahu, kitak bukan orang yang macam tu. Cewah.. Bukan main lagi kamik  nasihat kitak.. Excited la sebab penantian dan usaha kitak dalam tempoh sebulan lebih ni berhasil. Rezeki namanya. Mudah-mudahan kitak dapat laksanakan tanggungjawab sebagai pekerja yang bagus. Selamat menjalani alam pekerjaan..Insyaallah, kamik akan mensusuli (betul ke ayat ni?) kitak selepas kamik bergraduat nanti pada bulan 10 nanti.. Doakan kamik jugak taw. Hmmm... Dah kerja nanti n dapat gaji, boleh la kitak belanja kamik..hehehe.....lalala..

Monday, January 10, 2011

Dear my beloved blog

When i felt alone, I only got u as a friend to express my feelings.. To share everything what was happen in my life and so on.. You know what, there's something that I don't understand about myself. I think I'm happy for the whole of my life but I'm not. I only get the truth happiness with my family. Friends? I do have one who is really care and always be by my side.. But nowadays I make he's not around because I tried to be independent. How about other friends? For me they are temporary because they came and go...It was so painful to lost them. I may have a lots of a nice friends but I do not have a really closed friends like my teenage time.

Dear my beloved blog..
I am tired.. Tired to face with what will come along.. So many things to do. But I have no choice.. Face it and take action. I need inspiration and inner strength to survive. I can't talk too much here because wanna cry right now... Lend me your shoulder please..

Siapakah Muturuddin dalam hidup saya?

Nama penuh Muturuddin tidak diketahui. Awal perkenalan kami adalah di sebuah restoran. Di mana beliau merupakan orang yang serve makanan di restoran tersebut.(Tp tak tahu la plak kalau dia juga adalah pemilik restoran tu \) Pada ketika itu, keinginan saya adalah untuk makan nasi ayam. Sungguh ramah-tamah si dia sewaktu melayan saya sebagai pelanggan. Dan dalam masa yang sama, si dia meng'ayat' saya. Sungguh mudah beliau melafazkan kata-kata berbaur cinta..haha..Katanya mahu berkahwin bersama saya..(desprate ke dia?). Tapi pelik, saya seolah-seolah tidak menolak pula apabila dia berkelakuan sebegitu kerana saya seolah-seolah nampak keikhlasan hatinya.

              Apabila sudah lama berkenalan, beliau tekad untuk bersama dengan saya. Sewaktu saya tinggal di rumah emak saudara, sama sekali tidak disangka bahawa beliau tinggal berhampiran dengan rumah emak saudara. Agaknya, beliau sudah perhatikan saya sebelum saya datang ke restoran beliau. Ketika berada di rumah emak saudara, Muturuddin telah datang bersama emaknya untuk merisik dan seterusnya melamar saya. Saya pelik kerana saya masih tidak menolak dan saya langsung tidak memikirkan bahawa diri saya ini sudah ada yang punya.( Rasa mcm single je, dats why terima je..hehe)Wang hantaran telah dibincangkan dan mereka telah memberi sedikit wang untuk permulaan perbelanjaan kami.

               Hal ini telah sampai ke pengetahuan keluarga saya. Mereka pun datang bertemu saya di rumah emak saudara. Mereka mahu berbincang hal ini dan mahu saya fikir secara masak-masak sebelum buat keputusan untuk berumah tangga bersama si dia. Rata-rata pandangan dari adik-beradik saya terutamanya lelaki tidak setuju untuk saya meneruskan ikatan itu. Katanya Muturuddin itu agak jauh jarak umurnya dengan saya. Usianya lingkungan 30-an macam tu . Ye betul. Tapi saya rasa dia ikhlas mahu mengahwini saya drp caranya dan berusaha. Abah dan emak saya juga seperti tidak setuju.. Saya tidak boleh berbuat apa-apa dan menghormati pandangan mereka. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan. Hmmmm so macam mane ni??? Dalam hati sudah berbunga-bunga apabila dirisik dan dilamar...Saya sangat gembira ok! Excited sebab ni kali pertama. Sebelum ni hanya melihat rakan-rakan sahaja menuju ke lembah kebahagiaan. Sekarang ni tiba giliran saya tapi tidak direstui pula..

Akhirnya saya membuat keputusan... Soal siapakah Muturuddin dalam hidup saya selepas ini akan menjadi kenangan dalam mainan tidur saya pada malam tadi...(kuang3x...sekali mimpi daaa...Fuh nasib baik...)

~Apa yang berlaku dalam kehidupan realiti, boleh mempengaruhi diri melalui mimpi

Sunday, January 9, 2011

Sukan part 1 - Lari berganti-ganti jalan raya...wawawawa

Salam semua..
Lari berganti-ganti jalan raya merupakan acara pertama yang dianjurkan oleh pusat sukan UPM untuk semester kedua sesi 2010/2011... Penyertaan atlet kolej pada mulanya tidak menggalakkan. Namun setelah merujuk kembali manual berkenaan pertandingan, saya berpendapat bahawa kolej perlu menghantar seramai yang boleh kerana sistem markah yang diberikan sama seperti acara merentas kampus pada semester lepas.  Satu pasukan perlu ada 6 pelari utama dan 2 simpanan. Pada meeting pertama, kolej telah memberitahu urusetia pusat sukan bahawa kami akan menghantar 2 pasukan kategori lelaki dan perempuan.

Walaubagaimanapun, rasa tak sedap hati pulak bila hantar 2 pasukan je. Oleh itu, kami telah berusaha mempromosi serta mempengaruhi warga kolej untuk menarik lebih banyak lagi penyertaan. Akhirnya, kami mampu menghantar 5 pasukan wanita dan 4 pasukan lelaki (buat pengetahuan, kami hantar cukup2 je..tiada simpanan..hehe)..

Semasa hari kejadian, kelihatan kolej2 tradisional menghantar banyak penyertaan speerti KTDI dan KOSASS.. Apabila dirisik2 memandangkan saya mempunyai kawan di kolej2 tersebut, ternyata kebanyakan mereka diwajibkan dan tindakan  keras akan diambil sekiranya tidak menyertai.. Tercabar la jugak tgk penyertaan mereka.. Dari pihak kolej saya, tidak dapat berbuat sedemikian memandangkan ada program gotong royong. Jadi kami terpaksa membahagi2 warga kolej..

Mengenai keputusan pertandingan, berada pada tahap memuaskan walau pun tidak dinobatkan sebagai juara/naib juara/ tempat ketiga. tempat keempat/tempat kelima.... Tapi dengan kekuatan dan semangat yang ada pada warga kolej yang terlibat, kategori perempuan mendapat tempat ke-8 keseluruhan manakala lelaki pula mendapat tempat ke-6 keseluruhan... Saya faham..sangat penat kerana peserta wanita perlu berlari sejauh 1km dan lelaki 1.5km.. Pasukan kolej kurang fit je dan perkara ini telah membuatkan saya mendapat satu idea utk mengatur strategi dalam sukan pada tahun2 akan datang. Walau apapepun Tahniah dan Terima kasih pada anda yang telah melibatkan diri pada acara lari berganti-ganti ini. One of my girl n my boy muntah after lari.. Its ok..bukan selalu kan?hehe..jgn marah.. yg pastinya, semua ini akan menjadi kenangan2 terindah sewaktu kita bergelar pelajar Kolej Canselor, UPM...(Bila da final year mmg cmni..hehe)

Peserta siswi dengan muka gembira nak lari
Nombor2 bertuah..mai pilih2




wajah penyokong setia..cewah
peserta lelaki tunggu giliran



peserta wanita dengar taklimat

penat ye kak?hehe..

Eh macam kenal jer...hehe

Tunggu kawan sampai utk pas baton

kesian mereka..penat taw

Majlis penyampaian hadiah

Friday, January 7, 2011

Semalam lebih baik dari kelmarin

Yup.. Semalam lebih baik dari hari semalam..
Tapi hari ini baru dapat menaip al-kisah yang berlaku semalam untuk mewarnai hari kelmarin yang mendukacitakan hati. Rasa seperti doaku dimakbulkan apabila kelmarin air mata mengalir dan lidahku meminta pertolongan dariNya untuk menghadapi cabaran hari kelmarin. Alhamdulillah...
Semalam,
Kerja-kerja power ranger ku utk mencari atlet berganti-ganti j/raya telah menemui jalan penyelesaian. Bukan mudah kerana memerlukan jumlah yg ramai. Dan masa yg diberikan utk kami mencari atlet2 ini adalah singkat setelah menghadiri mesyuarat iaitu lebih kurang 1 1/2 hari dan kami perlu menghantar/mengkey in nama2 mereka ini. Apa yang menyedihkan, penglibatan dari kalangan senior amat tidak menggalakkan.. Nak buat mcm mane, dari pihak kami tidak boleh memaksa lebih2..Sikit2 je bleh..hehe..
Seterusnya,
Tengahari, saya dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa biasiswa telah pun dikreditkan ke dalam akaun saya..Syukur sgt kerana mau shopping barang2 keperluan yang telah kehabisna stok.
DAn..
yang paling buat hati ini melonjak kegembiraan adalah, result ku berubah hasil semakan gred yang dibuat tempoh hari..Saya yakin pada exam lepas, saya mampu buat yang terbaik.. Saya berjaya melepasi sasaran yang ingin dicapai iaitu utk mendapat dean list.. Walaupun bukan dean list untuk purata nilaian gred keseluruhan, namun matlamat yang berjaya dicapai untuk purata nilaian gred semester sudah mampu untuk meningkatkan motivasi dalam diri...Sekian..

Wednesday, January 5, 2011

Hari ketiga, minggu pertama kuliah

Apa yang best hari ketiga dan minggu pertama kuliah?
1. KPM xmasuk lagi..
2. Makan di kafe berhampiran FPP sangatlah mahal sekarang..harap maklum.
3.Tanggungjawab  sebagai "power ranger" utama sedang dijalankan dan menemui cabaran2 yang maha 
   hebat!
4. Saya semakin bankrap ok!
5. Pelajaran hari ini buat saya rasa pening2. Mungkin kerana tidak fokus dan susah hati apabila banyak yg   
   difikirkan.
6. dan yang terakhir, saya rasa penat hari ini....dari malam tadi hingga malam ini.

Harapan untuk hari keempat minggu pertama kuliah?
Semoga dipermudahkan segala urusan berbanding hari ini...Sekian

Tuesday, January 4, 2011

Pelajaran Hari ini

Saya nak cerita mengenai pelajaran hari ini. Pelajaran semalam menarik tapi tak rasa untuk berkongsi. Semester akhir saya telah pun bermula. Ada 2 subjek shj yang perlu diambil selama 2 bulan berada di UPM iaitu subjek elektif. Sebelum ni saya sudah bertekad untuk mengambil subjek Psikologi Kanak-Kanak & Remaja dan satu lagi Undang-undang Keluarga Islam.... Semalam saya tiba-tiba confuse untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan subjek Undang-undang Keluarga Islam atau Undang-undang Jenayah Islam (pilihan yang ada). Kata-kata kawan sudah mula masuk mempengaruhi diri agar memilih serta membuat keputusan menggugurkan kursus Undang-undang Keluarga Islam kerana susah utk score berbanding undang-undang jenayah islam..Goyah jugak la semalam masa nak buat keputusan muktamad.
Hmm, Tapi mlm tadi dan pagi ini, saya mula sedar apa yg saya mahukan. Alhamdulillah, Undang-undang Keluarga Islam dekat di hati..(cewah).
                 Pukul 11pg bersama seorang teman berjalan kaki pergi ke kuliah. Bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang dirindui serta menanti kehadiran Lec masuk ke kelas. Jam menunjukkan 11.15pg.. Lec pun sampai. Katanya, sambil memandang ke arah jam, "kenapa jam ni cepat sgt..?"
Mukadimah dari Lec sangat menarik.. Awal-awal lagi sudah mampu membuatkan Dewan FPP2 di penuhi dengan gelak tawa pelajar2 final year B&k dan Moral. Untuk hari pertama menghadiri kelas ni, saya rasa seronok. Dan saya teringat kata-kata Lec saya yang bersangkut paut dengan subjek ini.
~ Rumahku Syurgaku
~ Orang lelaki akan tumbang/kalah dengan perempuan : Jaga makan(kena belajar/pandai masak ye) dan
    tempat tidur suami.. InsyaAllah, Rumahku Syurgaku
~ Orang perempuan akan kalah pada Emas dan Cermin... (g shopping2, ternampak kedai emas, mesti nk
    jenguk2 jap, satu lagi kalau ternampak cermin mesti pantang...betul sane sini..kesat  itu ini..kan?hehe)
~ Lelaki kena cas bateri 2 minggu sekali paling lame, Perempuan 4 bulan paling lama

               Menarik kan?Alhamdulillah, hati saya da tetap untuk pilih subjek ini. No turning back..Lagi pun, dengan izinNya, saya bakal mengharungi alam berumah tangga suatu hari nanti, jadi saya perlukan ilmu2 sebegini untuk diamalkan.. Sekian.. :)