Nama penuh Muturuddin tidak diketahui. Awal perkenalan kami adalah di sebuah restoran. Di mana beliau merupakan orang yang serve makanan di restoran tersebut.(Tp tak tahu la plak kalau dia juga adalah pemilik restoran tu \) Pada ketika itu, keinginan saya adalah untuk makan nasi ayam. Sungguh ramah-tamah si dia sewaktu melayan saya sebagai pelanggan. Dan dalam masa yang sama, si dia meng'ayat' saya. Sungguh mudah beliau melafazkan kata-kata berbaur cinta..haha..Katanya mahu berkahwin bersama saya..(desprate ke dia?). Tapi pelik, saya seolah-seolah tidak menolak pula apabila dia berkelakuan sebegitu kerana saya seolah-seolah nampak keikhlasan hatinya.
Apabila sudah lama berkenalan, beliau tekad untuk bersama dengan saya. Sewaktu saya tinggal di rumah emak saudara, sama sekali tidak disangka bahawa beliau tinggal berhampiran dengan rumah emak saudara. Agaknya, beliau sudah perhatikan saya sebelum saya datang ke restoran beliau. Ketika berada di rumah emak saudara, Muturuddin telah datang bersama emaknya untuk merisik dan seterusnya melamar saya. Saya pelik kerana saya masih tidak menolak dan saya langsung tidak memikirkan bahawa diri saya ini sudah ada yang punya.( Rasa mcm single je, dats why terima je..hehe)Wang hantaran telah dibincangkan dan mereka telah memberi sedikit wang untuk permulaan perbelanjaan kami.
Hal ini telah sampai ke pengetahuan keluarga saya. Mereka pun datang bertemu saya di rumah emak saudara. Mereka mahu berbincang hal ini dan mahu saya fikir secara masak-masak sebelum buat keputusan untuk berumah tangga bersama si dia. Rata-rata pandangan dari adik-beradik saya terutamanya lelaki tidak setuju untuk saya meneruskan ikatan itu. Katanya Muturuddin itu agak jauh jarak umurnya dengan saya. Usianya lingkungan 30-an macam tu . Ye betul. Tapi saya rasa dia ikhlas mahu mengahwini saya drp caranya dan berusaha. Abah dan emak saya juga seperti tidak setuju.. Saya tidak boleh berbuat apa-apa dan menghormati pandangan mereka. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan. Hmmmm so macam mane ni??? Dalam hati sudah berbunga-bunga apabila dirisik dan dilamar...Saya sangat gembira ok! Excited sebab ni kali pertama. Sebelum ni hanya melihat rakan-rakan sahaja menuju ke lembah kebahagiaan. Sekarang ni tiba giliran saya tapi tidak direstui pula..
Akhirnya saya membuat keputusan... Soal siapakah Muturuddin dalam hidup saya selepas ini akan menjadi kenangan dalam mainan tidur saya pada malam tadi...(kuang3x...sekali mimpi daaa...Fuh nasib baik...)
~Apa yang berlaku dalam kehidupan realiti, boleh mempengaruhi diri melalui mimpi
3 comments:
saspen dol aku bace..........
hehehehe....
x saspen pun..cite shin chan Lagi saspen aku bace..hehe
Post a Comment