Thursday, August 26, 2010

Adakah ini satu kegilaan?


Sering kali aku berhadapan dengan situasi begini... Selalunya sukar untuk aku hadapi atau katakan TIDAK. Walaupun aku tahu sesuatu itu adalah keperluan atau kehendak..huhu... Walaupun pada awalnya adalah kehendak, namun aku boleh manipulate menjadi satu keperluan..Ye ke? Arh.. Begini ceritanya..baru2 ni aku ada singgah di satu blog yang telah aku follow. Dalam masa yang sama, terlihat akan bisnes yang dilakukan oleh seorang blogger ni..Aku pun mula memerhatikan barangan yg dijual..Tiba-tiba hatiku berkata... "Wah.....Cantik2nya.." Sejak dari itu, aku mula search di internet mengenai barangan itu.. Serius memang cantik! Dan aku sudah mula berangan-angan  untuk memilikinya sekurang-kurangnya satu dan memakainya untuk ke 'majlisku'.
        Lama sudah blogku tidak dikemaskini. Sebaik sahaja sign in, banyaklah cerita-cerita baru dari rakan blogger di dashboardku. Aku mula teringat akan blog yang pernah dilawati sebelum ini.."Wah, ada barang baru.." "Wah cantiknya..!!!" "Wah.. MAHALNYER" Tapi aku nak jugak..nak jugak...nak jugak....
Persoalan diantara keperluan dan kehendak mula timbul...Mula teringat akan cerita confession of shophaholic  seorang wanita yang kuat/suka/gila shopping  hutang sana sini dgn kad kredit dan akhirnya die sedar..Sangat seronok.. Seolah-olah menggambarkan diri aku yg suka shopping.(tapi xsampai berhutang lagi n guna kad kredit lg ye..)
        Ok, berbalik pada ceritaku.. Seminggu aku memikirkan untuk memilikinya or nop..Seminggu aku asyik on9 n off9 untuk melihat barang yang aku berkenan.. Tiba-tiba aku keliru. Barang berkod A sama cantik dengan barang berkod B. Kedua-dua coraknya sangat cantik.. Owh sudah...!!! Takkan nak beli sampai dua kot....?? Sampai macam tu sekali fikiranku, untuk memiliki kedua2nya sekali...dah la semakin sengkek semester ni...Ada hati nak beli dua.. Nak xnak aku mesti buat keputusan..Tanya pandangan kawan2..Pada awalnya aku berkenan pada barang berkod B. Kawan2 ckp yang berkod A lagi cantik...Arh.. berat untuk aku buat keputusan...Akhirnya aku telah menghantar mms kepada adik bongsuku untuk membantu dlm buat keputusan..har har har... Bagi aku, hanya dia yang memahami dan mampu membuat aku terpengaruh padanya untuk memilih barang berkod B. Katanya, yang tu lagi cantik..Beli je lah yang tu kak syud!(Comel taw adik sayer..hehe).
ading...my youngest sister
         Akhirnya saya telah tekad untuk membeli barang berkod B atas saranan adik comelku..Dan untuk pengetahuan, aku telah bermimpi memakainya..haha...Selalu macam tu.. Kalau ada benda yang memang nk sangat aku miliki, pasti akan terbawa-bawa dalam mimpi...Aku nak ucapkan terima kasih juga kepada saudara Alif Fazally selaku pembayar pendahuluan untuk baranganku..hhahaaha..Bukan bermaksud aku mengikisnya tetapi aku tidak mempunyai akaun maybank2u..Nanti claim balik ye..hehe...
         Oh ye..kalau nak taw apa barang yang macam best sangat aku nak ni, sila layari ke laman web ni...http://abayaelegan.blogspot.com/2010/08/dubai-abaya-for-raya.html  (M47 SAMIERAH)
nk publish gambarnya sesuka hati kerana belum menjadi milik sah.. Bukan selalu ok!

Friday, August 20, 2010

Menuju Bahtera Pernikahan




Selepas baca artikel atau nota berkaitan tajuk di atas, seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan hati ini sebak...
Jika ada sesiapa yang berminat untuk membacanya,
 sila klik disini ----> Menuju BAhtera Pernikahan

Dilema seorang manusia dan semut



              Beberapa hari berlalu seorang manusia mula rasa pelik..Pelik kerana makanan yang ditinggalkan di atas meja tidak diurungi oleh semut2... Kek coklat yang diletak di atas meja bersih dari sebarang jenis serangga... Tiada  yang sudi untuk menyinggah, merasa atau melarikan kek tersebut untuk dibawa ke sarang. Manusia tadi pun mula bersuara dan bertanyakan kepada teman sebiliknya... " Kenapa xde semut dalam bilik eh...Kek coklat ni pun elok je". Lantas teman sebiliknya pun berkata " Tu...cube tengok kt bawah tu.." Manusia tadi pun melihat. Terdapat racun semut ditaburkan pada ruang-ruang kayu sebelah bawah tingkap dan meja study. Manusia tadi pun bertanya lagi " Macam mana racun ni berfungsi?" Jawab teman sebiliknya, " Ni sebenarnya 
biskut, tapi dicampurkan dengan racun, bila semut tu datang dan bawa balik biskut tu ke sarang, ia akan mati".
             Apabila mendengar penjelasan tadi, tiba-tiba manusia tadi mula rasa kesian dengan semut-semut tu...Kalau sebelum ni cukup marah jika makanan diurungi semut, tapi kali ni cukup rasa kesian. Rasa seperti semut-semut itu tidak sepatutnya diperlakukasedemikian..Semut-semut tu tertipu...Haish..Dilema betul...Manusia itu pun mengeluh kerana terpaksa memikirkan perkara sebegini..Pernah suatu ketika, semasa sedang mop dan mencuci lantai di kawasan luar, tiba-tiba terjumpa anak lipan..Nak tak nak terpaksa bunuh walaupun anak lipan tersebut keluar dari celahan batu tana buat apape pun...Hanya lalu sahaja..Macam mana nak atasi  masalah macam ni.Kadang-kadang rasa dilema sangat..Bersalah ke?



Monday, August 16, 2010

Peraduan Raya dalam Kenangan 2010

Salam..
Post kali ni khas untuk meyertai Peraduan Raya dalam Kenangan yang dianjurkan oleh saudara Azwandy Muhamad a.ka. Poet Dusun Bayu...Ok, berikut adalah garis panduan untuk menyertai peraduan ni :


Cara menyertai peraduan ini ialah, anda hendaklah *membuat satu entri yang bertajuk Raya dalam Kenangan & *masukkan satu gambar semasa hari raya tersebut. Anda juga hendaklah *menceritakan secara ringkas kenapa hari raya tersebut yang paling anda kenangkan.
* Wajib
Tema: 
Raya dalam Kenangan
Syarat-syarat 
Peraduan Raya dalam Kenangan.
1. Mestilah warganegara Malaysia.
2. Membuat satu entri yang bertajuk 
Raya dalam Kenangan.
3. Masukkan satu gambar sahaja yg berkaitan dengan hari raya yg anda kenang.
4. Ceritakan secara ringkas & menarik sebab hari raya tersebut sentiasa anda kenang.
5. Gambar hendaklah asli & bukan diciplak daripada internet.
6. Anda boleh meng"edit" gambar yg anda mahu masukkan dalam entri tersebut.
7. Dalam gambar tersebut tidak kisah sama ada gambar anda seorang atau gambar beramai-ramai.
8. Masukkan poster 
Peraduan Raya dalam Kenangan & "link" kan peraduan ini dalam entri anda.
9. Seperti peraduan yang lain, anda juga hendaklah menjadi
 follower blog Poet Dusun Bayu.
10. Untuk memastikan Poet Dusun Bayu mengetahui anda menyertai peraduan ini, sila tinggalkan 
komen & link entri Raya dalam Kenangan yang anda buat di entri ini.
11. Anda juga perlu 
tag 5 orang rakan blogger anda utk menyertai peraduan ini.
12. Sekiranya ada perubahan, Poet Dusun Bayu akan maklumkan kepada anda.

Pemilihan Pemenang untuk peraduan ini adalah berdasarkan gambar & cerita yang menarik berdasarkan gambar tersebut.
*Mestilah mematuhi syarat-syarat di atas. Hehe...
Tarikh Tutup Penyertaan
4 September 2010 bersamaan 25 Ramadan 1431H





Tema : Raya dalam Kenangan




Gambar raya pada tahun 2004 sentiasa menjadi kenangan kerana :

#Saya telah membazir duit untuk membeli 2 helai baju raya yang berwarna pink.

# Saya masih dapat duit raya kerana masih bersekolah.

#.Tema baju raya kami berwarna PINK. Walaupun ada yang tidak memakai baju warna pink..Tapi  masih boleh diterima warnanya..(Biasalah, lelaki, mane nak sangat pakai warna pink2 nih) kecuali abang saya no.3. Beliau telah meminjam dan memakai baju raya kepunyaan atok kesayangan semata-mata untuk bergambar. 

# Sepanjang hidup hampir 23 tahun, ni la gambar raya bersama keluarga yang saya  pernah ada. Ini disebabkan apabila raya, tak semua ahli keluarga saya akan cukup kesemuanya kerana ada yang out station. Sungguh bermakna apabila menyambut hari raya dengan mereka yang tersayang taw!

dan akhir sekali...

5

4

3

2

1




# Time ni saya gemuk.!!! 
64kg
sekarang
57kg

Sekian... :)




p/s : Kepada saudara Azwandy, andaikata saya xlayak untuk mendapatkan kek lapis sarawak, bagi saya sambal laksa sarawak pun jadilah..hehe...

ok sekarang saya nak tagkan kepada 5 orang: