Friday, August 20, 2010

Dilema seorang manusia dan semut



              Beberapa hari berlalu seorang manusia mula rasa pelik..Pelik kerana makanan yang ditinggalkan di atas meja tidak diurungi oleh semut2... Kek coklat yang diletak di atas meja bersih dari sebarang jenis serangga... Tiada  yang sudi untuk menyinggah, merasa atau melarikan kek tersebut untuk dibawa ke sarang. Manusia tadi pun mula bersuara dan bertanyakan kepada teman sebiliknya... " Kenapa xde semut dalam bilik eh...Kek coklat ni pun elok je". Lantas teman sebiliknya pun berkata " Tu...cube tengok kt bawah tu.." Manusia tadi pun melihat. Terdapat racun semut ditaburkan pada ruang-ruang kayu sebelah bawah tingkap dan meja study. Manusia tadi pun bertanya lagi " Macam mana racun ni berfungsi?" Jawab teman sebiliknya, " Ni sebenarnya 
biskut, tapi dicampurkan dengan racun, bila semut tu datang dan bawa balik biskut tu ke sarang, ia akan mati".
             Apabila mendengar penjelasan tadi, tiba-tiba manusia tadi mula rasa kesian dengan semut-semut tu...Kalau sebelum ni cukup marah jika makanan diurungi semut, tapi kali ni cukup rasa kesian. Rasa seperti semut-semut itu tidak sepatutnya diperlakukasedemikian..Semut-semut tu tertipu...Haish..Dilema betul...Manusia itu pun mengeluh kerana terpaksa memikirkan perkara sebegini..Pernah suatu ketika, semasa sedang mop dan mencuci lantai di kawasan luar, tiba-tiba terjumpa anak lipan..Nak tak nak terpaksa bunuh walaupun anak lipan tersebut keluar dari celahan batu tana buat apape pun...Hanya lalu sahaja..Macam mana nak atasi  masalah macam ni.Kadang-kadang rasa dilema sangat..Bersalah ke?



2 comments:

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

slalu gak rse bsalah. adakah ini isu moral..? hehehe...

tp klu nyamuk, bnuh ngan bgg jer...

ashutz said...

mungkin jugak..isu moral tu..hahaha..mentang2 belajar moral...dilema moral sangat!