Monday, February 7, 2011

TEATER...teater...TeAteR...

Salam buat semua..

Kali ini saya mahu mempromosikan sebuah teater yang bakal dipersembahkan kepada anda pada Februari ini...Teater ini diadakan sempena Festival Teater Interkolej di UPM atau shortform nye FESTIK .. Bahang FESTIK kian terasa dengan publisiti di sekitar UPM.. Dan dari pihak kami, akan lakukan yang terbaik...

Kalau dulu saya sendiri yang terlibat sebagai pelakon utama dalam teater BUAI...
Pengalaman yang sungguh indah dan tak dapat dilupakan..(Sekarang jadi pengalaman indah..dulu jadi pengalaman yang ngeri terutama apabila berhadapan dengan encik pengarah...hehe ) Sejujurnya, saya xsuka..Tapi tenaga pengajarnya bagus sekali bersama krew2 yang lain.. and at last I really enjoy it!

Asal-usul penglibatan saya ke dalam dunia teater ni bermula dengan risikan menjadi pelakon utama oleh seorang gadis setelah watak utama itu ditolak oleh beberapa pelakon sebelum ini. Jadi atas dasar mahu membantu saya pun join.. Dipendekkan cerita, saya puas dengan bakat yang digilap oleh tenaga pengajar. Dan terima kasih juga kepada si gadis (Warkah untuk Bonda)  itu yang telah memberi peluang dan sehingga kini saya minat pada teater..

Setahun berlalu.. Saya menjadi pengarah untuk Teater KSSB pula walaupun tak dirancang.. Walaupun ada kontroversi yang melanda... Take it as a positive one.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..Ok tak nak ckp byk pada yang lepas.

Sekarang ni, saya masih lagi terlibat tetapi sebagai krew( Pembantu pengurus produksi  je..).. Dalam hati, memberontak untuk berlakon lagi kerana sebelum ini pernah dicalonkan sebagai pendukung watak utama wanita terbaik..Tapi, apakan daya.. Tidak berani mengambil risiko kerana saya akan keluar berpraktikal tidak lama lagi.. Buatnya hari pementasan ditunda dan saya tiada di kolej, siapa nk tanggung?huhu... Ok lah, ada hikmah juga... Kali ini Grup Teater Amar dari K. Canselor mempertaruhkan bakat2 baru (1st year student)... So for the next teater mereka ada pengalaman.. :)





Jadi.. Jangan lepaskan peluang untuk menonton teater yang tidak dibintangi oleh saya..hehe ------> 

                       SEMBUNYI DI ATAS NOKHTAH..!!



 
Sembunyi di atas nokhtah

Sekadar perkongsian. Poster teater BUAI..