Friday, November 26, 2010

Kisah durian dan kawan-kawan

Semalam mood untuk beremosi semakin kurang... Alhamdulillah..sudah mula mahu stabil...
Pagi-pagi lagi sudah bersiap sedia untuk ke Bukit Ekspo untuk melakukan aktiviti sihat bersama kawan-kawan untuk persiapan ke kem. Sementara menunggu kehadiran kawan-kawan lain tiba, kami berborak-borak..Beberapa minit kemudian 2 orang kawan aku menyusul dengan motosikalnya..Tapi yang paling best, mereka membawa sebiji durian..haha... Mereka minta kayu panjang.. Katanya ada sebiji lagi durian yang hendak diambil di ladang tapi tak sampai...haha. Mereka pun pergilah mengambilya dan berjaya membawa kepangkuan kami yang sedang menunggu...
Dipendekkan certia, setelah selesai melakukan aktiviti, kami sama-sama bekerja keras untuk membuka buah durian dengan menggunakan skru driver..haha..Akhirnya berjaya juga.. Kami sama-sama menikmati kesedapan buah durian tersebut.. Serius! memang sedap.. Kami dapat gred yang baik agaknya..
Selepas menjamah beberapa ulas buah durian, kami pun balik..
On the way nak balik, kawan aku ajak ke ladang untuk mencari durian lagi...Broomm..Brooomm... Pintu pagar tebuka.. 2 biji motosikal terus masuk melulu dan berhenti.. aku dan kawan berlari-lari anak ke bawah pepohon durian untuk mencari durian..jalan sana-sini... Akhirnya, kami jumpa 2 biji durian lagi..Memang rezeki.. haha.. Bila da dapat, kami kelam kabut lari. Ye la, nanti kena tangkap bahaya... Sambil berlari bawak durian, aku  dan kawan hampir tersungkur sebab tepijak tanah lembik. Abis sebelah kasut kotor..Hahaa..
Pada mulanya aku keliru dengan status kehalalan durian tersebut.. Tapi sebenarnya boleh.. TnC pernah cakap, "kalau tak ambik bodoh, kalau kena tangkap, dua kali bodoh".. So.. you ask for it..
Yang ni paling sedap

dua biji durian yang berjaya dikesan

Haha..muka bangga..1st time masuk ladang kot! da final year da

kawan-kawan yang turut menikmati keenakan durian

Wednesday, November 24, 2010

Musim berangin dan berapi...

Sejak dua menjak ni, serba tak kena rasanya bila hati ni mudah merasakan kemarahan....Seolah-olah ada perubahan terhadap sikapku.. Aku seorang happy go lucky tapi sekarang ni lebih suka berdiam diri. Berdiam diri kerana terdapat satu perasaan yang kurang senang dihati. Hasil dari perubahan diri sejak dua minggu lepas adalah disebabkan oleh persekitaran. Ini antara hipotesis yang didapati dalam permasalahan yang aku alami. Aku juga mudah emo apabila terdapat seseorang yang mula berkata-kata atau bahasa mudahnya mau cari pasal dengan aku. Aku mudah nak angin sana-sini. Tambah-tambah pada mereka yang tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami bahawa diri ini memerlukan satu ruang untuk mencari ketenangan buat seketika. Perasaan aku ibarat seperti api, jika ada yang cuba-cuba untuk memercikkan minyak petrol, pasti akan marak... Marak je tapi susah mahu menyambar semula kerana masih dapat mengawal diri.

Monday, November 22, 2010

Apabila kekecewaan melanda

Seminggu yang lepas 16hb, aku mengalami sedikit gangguan emosi lrbih2 lagi apabila mendapat kiriman  sms yang mengatakan aku tak boleh test JPJ Jumaat  19hb lepas..Aku pun bertanya sebabnya..jawabnya.. Lesen L xcukup sebulan. Fine! Kawan aku boleh lak test jumaat ni sedangkan kami sama-sama buat lesen L ritu.. 
Maka kekecewaan pun melanda...
Hari Khamis 18hb.. Aku plan nk balik kolej dan siapkan assigment dan hantar pada hari jumaat 19hb before 5pm...Tapi aku diajak pergi beraya di rumahh abang sedara..Aku memang tak nak ikot sebab nak siapkan kerja..Tapi rasa kasihan bila tak pergi sebab beria-ria aku diajak..huhu...dan akhirnya..aku pulang ke rumah selepas beraya dalam pukul 1 pagi...
Maka kekecewaan pun melanda...
Jumaat 19hb, aku bangun pagi dan mahu bersiap pulang ke kolej.. Kejut akak bangun untuk hantar aku..Tunggu dia bersiap hingga hampir tengahari..aku tidur sementara menunggu akibat keletihan yang teramat..Selepas terjaga aku terus bersiap memandangkan sudah lewat. Akak seperti main tarik tali dengan aku apabila kejap2 dia nak hantar..kejap2 suruh ayah hantar..Akhirnya ayah hantar selepas aku menangis-nangis akibat lewat sampai ke kolej
Maka kekecewaan pun melanda
Sabtu, 20hb... Kemuncak kekecewaan untuk aku apabila terdapat rakan sekelas yang membuat muka serta mengutuk ideaku supaya makan malam ikut kedudukan berdasarkan kumpulan simulasi kaunseling yangtelah dicampurkan. Aku betul-betul tak faham dengan kehendak mereka ini..kalau tak susun ikut kumpulan macam tu, akan ada yang bersuara kerana ada yang duduk berkelompok ikut geng masing-masing. Buat penngetahuan, dalam kelas aku memanng terdapat kelompok yang kuat asabiahnya. Aku pun tak tahu mcm mana nak puaskan hati semua orang.. dan yang paling aku geram, disebabkan mereke ni je majlis tu agak spoiled.. Bg aku la..sebab diorang buat muka..Salah seorang daripada mereka agak biadap ketika aku cuba jelaskan. Serius, darah dah menyirap naik...aku da mula nak tenung muka dia...Betapa membaranya dalam hati ni.. Nasib baik tahap kesabaran aku masih tinggi.kalau tak aku dah sound dia balik dan konfem akan ada pergaduhan. Sampai hari ni masih terkesan. 
Maka kekecewaan pun melanda...
disebabkam mereka ini, hilang rasa percaya dan sayang setelah 4 tahun bersama.. Sorry to say.. U all memang self-fish!!! kalau macam ni la perangai korang.. susah la nak berjaya.. terutama pada mereka yang suka cakap dan tikam dari belakang..

Saturday, November 13, 2010

Ya Rabb

Rintihan penenang hati


Ya Rabb..

Seandainya belum tiba rezeki untuk memperolehinya..

Maka jangan lah engkau palingkan hati kami dari terus mensyukuri nikmat Mu..

Ya Rabb..

Seandainya benar rezeki itu adalah untuk kami..

Engkau segerakanlah..

Moga ia menjadi ibadat kami untuk terus mensyukuri nikmat dan mengabdikan diri ini pada MU.. 

Sesungguhnya tiada lagi pergantungan bagi kami selain dari MU Ya Allah


Copy fr : Post seorang sahabat

Tuesday, November 9, 2010

Saya Tak Suka Apabila...

Saya tak suka apabila awak memandang ke arah saya
Saya tak suka apabila awak ada dekat dengan saya
Saya tak suka apabila awak tegur atau bercakap dengan saya

Kalaulah saya boleh meluahkan apa yang saya rasakan kepada awak...

sebab...

Bila awak memandang ke arah saya, terasa disebalik pandangan itu ada seribu makna
Bila awak dekat dengan saya, terasa seperti ada 'chemistry' yang membuatkan saya rasa tertarik kepada awak
Bila awak tegur atau bercakap dengan saya, terasa macam awak mengambil berat terhadap saya

Tapi diri saya cakap, saya tak suka awak sebab saya ada dia. Tolonglah pergi jauh-jauh...
Jangan pandang saya
Jangan dekat dengan saya
Jangan tegur atau bercakap dengan saya lagi

Oh bulan....(sambil menyanyi lagu Yuna : Dan Sebenarnya)

Wednesday, November 3, 2010

Cerita pasal kahwin part 2

Salam..
Rasa-rasanya selepas ini dan seterusnya, tajuk entri aku semuanya mengenai perkahwinan. This is my territory and i have the right to do so. ;) 
Baiklah, semalam dan hari ini aku telah hadiri Bengkel Kebangsaan Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti bertempat di Fakulti Kejuruteraan, UPM. Satu peluang yang sangat baik untuk direbut terutamanya buat diriku sebagai bakal kaunselor dan sebagai individu yang mempunyai hasrat untuk berumah tangga. Segala modul/ maklumat serta isu yang dikupas oleh pembentang sangatlah menarik. Terpanggil untuk berkongsi kepada rakan-rakan blog tentang apa yang dibincangkan. Berikut adalah topik-topik perbincangan sepanjang 2 hari bengkel berlangsung.

1. Seksualiti Manusia dan Seks Sepanjang Kitaran Hayat
2. Human Breeding
3. Menangani Isu-isu Perkahwinan & Seksualiti Melalui Kaunseling Pasangan
4. Isu-isu Sakit Puan. Apa dan Bagaimana Tindakan Anda?
5. Ketidakfungsian Seks, Ketagihan Seks dan Ketidakupayaan Seks serta Kaedah Rawatannya melalui     
    Pendekatan Kaunseling Bersepadu Psikososial dan Perubatan
6. Perkahwinan dan Seksualiti Menurut Perspektif Islam
7. Kaunseling Pasangan dan Alat Ujian dan Pengukuran Perkahwianan dan Seksualiti
8. Kasih Sayang dalam Hubungan Suami Isteri

Pada hari pertama dan awal perbincangan, agak kurang selesa dengan term-term tersebut. Tapi apabila menganggap ini adalah untuk pendidikan dan kebaikan, maka dengan automatiknya fikiran lebih terbuka dan menerima secara positif. Malu tu ada jugak sepanjang bengkel tetapi akhirnya boleh terima.

Rasa gembira bila menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini, banyak yang aku perolehi. Malah terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh pembentang yang boleh diamalkan dan diterima pakai. Kepada rakan-rakan yang berminat nak tahu, boleh la bertanya. :)



Monday, November 1, 2010

Cerita pasal kahwin

Hujung-hujung tahun ni banyak la jemputan walimatulurus yang diterima..Bila difikirkan balik, kelakar pun ada.kelakar sebab sebelum ni aku pernah mengutarakan hasrat untuk berumah tangga kepada kedua ibu bapaku. Siap dengan penjelasan yang kukuh dan sehingga mengalirkan air mata. Sampai ayah dan ibuku kesian dan mula memahami diriku. Aku mampu membuatkan mereka sedar tentang betapa dituntutnya perkara sebegitu. Alhamdulilah mereka sangat memahami. Terima kasih mak, terima kasih abah. Tapi belum ada jodoh antara aku dan dia. Aku harus bersabar.
Terdetik mahu berkongsi saat aku menghadirkan diri ke majlis pernikahan adik sedara lelaki ku. Kedua-dua mereka baru berusia 19 tahun dan masih belajar lagi. Cemburu apabila mereka telah terselamat drp fitnah dan godaan syaitan terhadap pasangan yang bercinta sebelum bernikah. Kelihatan air mata ibunya menitis saat ijab dan kabul dilakukan oleh tok kadi kpd anak lelakinya. Mahu saja aku pergi kpd makcikku dan memberi sokongan pdnya. Bukan mudah seorang ibu mahu melepaskan anak lelaki yg masih muda usianya. InsyaAllah, ada ganjaran dariNya utk makcikku atas keredhaan terhadap anaknya itu. Semasa proses ijab dan kabul hendak dilaksanakan, byk soalan yg ditanya oleh tok kadi.. Bagi aku, xsepatutnya pengantin lelaki ditanya sebegitu rupa. Aku sama sekali tidak setuju cara tok kadi tersebut. Boleh dia tanya, "kenapa nak kahwin dengan ..........(pengantin perempuan)?", Apa maksud ijab dan kabul?  byk lagi la soalan yg bagi aku xsepatutnya tanya..Perbuatan mcm tu boleh mengaibkan.. Teringat akan kata-kata seorang ustaz yang ber'title' Dr. Permudahkanlah perkahwinan itu. sebagai contoh semasa nikah, laksanakan yang wajib. Tak perlu tanya soalan2 yang tak sepatutnya. Aku pun menyampah bila lama sgt bagi ceramah & tanya macam-macam kat adik sedara aku. Dah la pakai mic,..Mudah-mudahan mereka ni sedar la dan tidak melambat2kan perkara yang dituntut terutamanya tok kadi tadi.

p/s:  6hb nov majlis perkahwinan kawan sekolah (team mate handball)
       25hb dec majlis perkahwinan abg sedara di Johor