Thursday, September 30, 2010

Mencari Pasangan Hidup


Tajuk entri ni merujuk kepada sebuah buku yang telah dipinjam dari seorang sahabat. Isi kandungannya sangat menarik dan menjadi sumber inspirasi dan motivasi buatku.. Tapi kadang2 menjadi sumber keserabutan apabila terlalu memikirkannya. Harganya sangat berpatutan dan ada masa, aku akan cuba untuk mendapatkannya satu walaupun sudah baca isinya. Ingin aku luahkan semua dan segala bentuk perasaan yang aku rasai selama hampir 5 tahun. Untuk ruangan ini, aku tidak ada daya untuk meluahkan semuanya kerana aku sudah penat untuk memikirkannya. Apa yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini hanyalah kata-kata yang mampu memberi motivasi kepada diri ini agar tidak berputus asa. Kerana aku tahu apa yang aku lakukan. Penulisan buku ni betul2 menyentuh jauh ke dalam hati. Dan kalau boleh, mahu saja aku menyuruh mereka2 diluar sana membacanya.
Tanpa membuang masa, berikut adalah sub tajuk dan isi favourateku yang terkandung dalam buku ni sebagai pengubat jiwa kacau.

Perkahwinan seorang muslim
Muslim yang menjadikan tujuan perkahwinan itu sebagai suatu ibadat kepada Allah pasti akan berhadapan dengan pelbagai jenis halangan ketika mahu merealisasikannya. Hal ini adalah lumrah kerana setiap perkara kebaikan itu pasti akan mengganggu kelancarannya.
Maka, kewajipannya itu ialah untuk tidak berundur atau mengaku kalah. Dia perlu tetap teguh di atas jalan dan matlamat yang ingin dicapai tanpa ragu, juga beristiqamah dalam memperbaiki diri serta orang lain dengan niat untuk mencari keredhaan Allah.

Saturday, September 18, 2010

Anda boros? Ye saye boros

ANDA BAGAIMANA??


(Lebih kurang mcm ni la rupa saya bila xtahan nak beli sesuatu tu..huhu)
DO I NEED THIS?

Langsung tak memberi kesan apa2 pada aku kerana aku akan mengatakan.. YES, I NEED THIS

Entri kali ni merupakan luahan serta rasa yang dah terpendam lamanya..
Sering kali aku berhadapan dengan masalah dalam perbelanjaan..Kadang-kadang aku dah rasa, bajet perbelanjaan aku dah cukup baik dah.. Tapi ada je keinginan yang membantutkan sikap baik tu..
Hanset aku rosak..Sedih dibuatnyer kerana aku pasti wang akan mengalir keluar selepas ni. Aku mesti memiliki hanset dalam masa terdekat sebagai pengganti kerana aku adalah pemain mesej yg tegar..

Pada asalnya aku target nak beli yg murah2 je.. Rm99.. Tapi keinginan atau hape ntah yang mempengaruhi aku. Sebab bile nk bli murah, terpikir jugak, alang2 nak bli baru, baik bli yang elok cket n banyak function...
Akhirnya, aku buat keputusan dan terus membeli hanset yg elok n mahal cket tu.. Sampai di rumah, aku mula mengenangkan wang simpanan yg tinggal dalam bank... Macam cket je..Cukup ke nk survive sampai abeh sem ni..huhu..Kalau ikotkan mmg cukop.. Cuma aku ada plan lain hujung tahun ni...Kalau ada rezeki, dah sampai masa dan diizinkan, maka tersuntinglah aku...Mesti nk guna duit..Dah buat perjanjian tuk simpan duit sebanyak sekian2...Nak continue amik lesen lagi... Hmmm.. Dalam masa sama, aku telah dimarahi oleh nya..Xsabar2 if nak beli sesuatu tu..Katanya la..Lagi la aku down dibuatnya..

Memang teruk sikap aku yang satu ni..dia marah coz dah banyak kali aku macam ni..pastu, balik2 aku yg menyesal dengan tindakan aku sendiri.. Sekarang ni, memang aku nak simpan fon tu n xnak pakai.. (tengoklah seberapa lama yang mampu tahan xpakai fon tu)Xsedap hati dibuatnya..Rasa nak jual pun ada..Kalau ada sape2 berminat bleh la..Harga xmahal tapi cantik la..sesuai untuk perempuan je.Aaarrhhh...menyesal weiiii!!!
Hai la insan yang bernama Nurul Syuhada..Bila anda mahu berubah....???

Friday, September 3, 2010

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta..

Bila dengar balik dan hayati lirik lagu ni, 
lagu ni benar2 menceritakan apa yang aku rasa.
Kadang-kadang aku pun tak paham kenapa mesti ada perasaan begini. 
Lagu ini mampu meluahkan isi hati ku walaupun bukan kepada si dia.


Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
 ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku


Pabila t kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Wednesday, September 1, 2010

Gaya seorang 'Mak Chik'


Hari ni just nk share pengalaman aku sebagai seorang aunty.. Pada umur 23 tahun ni aku telah berpeluang untuk menjadi seorang mak cik buat pertama kalinya..begitu juga dengan adik beradikku yang lain..masing2 sudah layak bergelar seorang mak cik dan pakcik...Buat ayah dan ibuku pula gelaran atok dan opah untuk mereka. Sungguh teruja sebaik sahaja kelahiran seorang bayi perempuan di muka bumi ini hasil perkahwinan kakak sulungku dengan seorang jejaka Istanbul... Maklumlah, dah lame xde budak kicik @baby kt rumah ni..Kehadiran orang baru di rumahku sungguh bermakna...Kalau boleh nak merenung si kecil tu setiap masa.. Aku hanya dapat berjumpa dengannya seminggu sekali.. So setiap minggu jika aku pulang ke rumah, anak sedaraku pasti akan dapat kasih sayang  dari mak chik die ni.Tangisannya sungguh menyentuh hati..Kadang2 tangisannya bunyi mengada-ada...Tapi disebabkan dia masih baby, tangisan itu sgt comel bunyinya...Sayang sgt kt anak sedaraku..Terasa seperti anakku sendiri..Setiap minggu pasti nampak perubahan atau perkembangan pada si kecil ni...Semakin berisi... Berikut adalah antara pose menarik bersama si dia


Me and Baby Sena di Carefour.. Dia xsedarkan diri langsung dari awal, pertengahan dan akhir proses membeli-belah...Sampai rumah baru die terjaga n uweeeeekkkk..hehe..


Gaya Mak Chik nak mendodoikan si kecil..

Jalan-jalan n shopping  di Jusco...Gaya manja si kecil dengan Mak Chik dia yang cumil..hehehe.