Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Suatu perkongsian : Kelebihan Kahwin Muda

Entri kali ini khas untuk pasangan yang ingin kahwin muda.. Artikel ini saya dapati drp e-book yang telah saya langgan pada beberapa bulan yang lepas.. (kalau tak salah, saya dah langgan, kalau tak mcm mane artikel2 ini bleh ada dlm inbox saye..) Walaubagaimanapun, saya berbesar hati untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai isi yang terdapat dalam artikel tersebut. khas bagi yang tidak berkesempatan untuk memperolehinya untuk menambah pengetahuan yang sedia ada..

Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. :)
Kalau dah agama  yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya?
  • Berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa.
  • Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.
  • Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.
  • Berkahwin menarik banyak rezeki.
  • Berkahwin meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya.
  • Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki diri.
Betul, dalam dunia masa kini, banyak perkara berubah, dan banyak perkara perlukan perancangan dan kewangan yang stabil, apatah lagi melibatkan perkahwinan - yang selalunya memakan kos yang besar.
Dan inilah faktor yang banyak menghalang dari kebanyakan rumahtangga didirikan.

Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang anda perlu tahu adalah :
  1. Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian
  2. Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
  3. Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawab termasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan. :)
Dan... yang terakhir yang ingin saya kongsikan :

 “Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
 
1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

p/s : Sekian sahaja, Selamat beramal...hehe

Sumber : Maskahwin.com



Thursday, June 10, 2010

PETUA MENDAPAT PASANGAN


  
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Sumber : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Tuesday, March 17, 2009

19 Keistimewaan Wanita

  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan haltersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
  2. Penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia."
    Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anakNabi Ismail.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikapbertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilanibumu terlebih dahulu.
  9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selamamana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurgamana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWTmemasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWTmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.6 JENIS WANITA MALANG"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, danyang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yangSyadaqah."Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakitatau buat-buat sakit.Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini seringmenyatakan, "Aku membuat itu keranamu".Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yangdikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalumenyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untukmembelinya.Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan danmenghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecualisendirian dan diasingkannya bahagianya.Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.