Friday, December 31, 2010

Ramai orang berazam bila 1 JAN 2011

Hmm.. beberapa minit dari sekarang, maka bermulalah 1 jan 2011. Ramai yang berazam dan memasang cita-cita apa yang hendak dicapai pada tahun 2011 ni. Actually aku juga seperti mereka punyai azam tersendiri. Tapi azam tersebut lebih awal dibuat serta diiringi dengan doa. Cuma tidak sempat untuk dikongsikan disini. 2010 akan berlalu, Apa yang lepas, lepaslah... Segala apa yang dirancang, apa yang mahu dicapai, apa yang diharapkan tapi tak tercapai, biarkan ia kerana siapalah kita untuk memilikinya semua. Mungkin disitu ada hikmahnya.
Azam di tahun baru  telah ku suarakan bahawa ingin menjadi seorang yang lebih matang dan tabah menjalani liku-liku hidup kerana semakin meningkat dewasa, semakin besar cabaran yang menunggu. Tidak banyak yang ku harapkan untuk kali ini.. Apa yang penting adalah tentang amal ibadatku. Aku mahukan peningkatan dari semasa ke semasa untuk yang terbaik buat bekalan di alam sana. Akhir kata, semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Thursday, December 30, 2010

Kenapa saya tak setuju cuti jumaat ni

1st of all, congrats to malaysian footballers..
Tapi ada satu perkara yang memang dijangka dan jika dilaksana saya kurang setuju iaitu cuti...
Kenapa saya kurang setuju, saya pun kurang periksa. Tapi apa yang pasti, saya dapat rasakan yang kita ni rakyat Malaysia sangat manja. Lain la kalau kita menang world cup ke, baru lah bagi cuti. Ni tak, sikit-sikit dapat cuti. Tak tahu lah anda semua bersetuju dengan saya atau tak.. Tapi ini pendapat saya bahawa saya sama sekali kurang setuju dengan cuti yang telah diisytiharkan.Sekian terima kasih

Wednesday, December 29, 2010

Lalala...Kpm oh Bendahari

Hujung-hujung sem ni memang dah pokai.. Terpaksa lah menadah kasih minta simpati pada ibunda dan kakanda yang ada dirumah untuk menampung perbelanjaan harian... Hajat dihati mahu keluar hari ini untuk membeli apa yang patut. Biasiswa Kpm sudah masuk cuma perlu tunggu dari bendahari untuk masuk kan ke dalam akaun kami.. Jeles mendegar dari kawan yang duitnya sudah berada dalam akaun. Hari ini hari Rabu.. rumet ku kata yang juga pemegang biasiswa KPM, hari ni duit akan dimasukkan ke dalam akaun memandangkan sudah seminggu pihak KPM meyerahkan duit kepada Bendahari.

Bangun sahaja dari tidur, berkobar-kobar mengadap laptop dan online cimbclicks untuk tengok jumlah yg ada dalam akauan.. Alangkah sedihnyer apabila melihat jumlah yang ada hanyalah RM9.88. Banyak betul..haha..Akhirnya kami membuat panggilan ke bendahari.. Rumet pun bertanya kenapa x masuk lagi dalam akaun ?bila rumet beritahu dah seminggu masuk dan ada kawan yang dah dapat, dia mula tak pasti. Kemudian kedengaran kawan-kawan dari  bendahari bersuara.. " cakap je cek tak siap lagi.." Perh.. jahat nyer..huhu.. Sebelum ni, selepas KPM serahkan duit pada bendahari, 3 hari selepas itu duit dah masuk.. ni dah seminggu.macam ni, terpaksalah cancel hajat tadi dan mula lah buka bungkusan nesvita dan maggi tom yam untuk BRUNCH ( breakfast+lunch)... Waaaaa

Friday, December 24, 2010

MMMR : Which one is suit for me?

Medieval style..
Black and purple for final year student
Awesome dress...
I will survey and get one for myself...

Lihatlah...


Wow... elegant medieval dress

sumber inspirasi..hehe

I try to get such as this one! ( Where do I can get this dress?)

 *Suka sangat dengan fesyen2 macam ni.. :)

Thursday, December 16, 2010

Getting married

Getting married in a young age is one of my previous target. I don't know why but I'm ready if someday there is a man out there comes into my life and propose me. Now I'm getting matured day by day in my single life. Nice to see a lot of my friends get married.
        As usual, in the end of the year there are many wedding ceremony will be held. I love to be there and met my old friends. They are so different! (So do i..) I've been invited from my primary and secondary school's  friends. Some I will attend but some clash to my cousin wed. Sorry..
Many of them get married earlier because they worked after SPM. The rest, who is still single but not available has continued study and have to wait after the graduation. hahaha.. (Including me)
I am so excited to talk about marriage because it shows the intermediate stage of my life. Well, life is too short if you conscious about it.
         Back to the topic, i do interested in marriage. As you can see in the pics, they are my friends married in this year. They look pretty in the wedding costume! They look lovely in the posed! They look awesome after mak andam make over them! Hehe.. I want to be just like them.. !! But when? Tadaaa....!! Coming up next..haha..But when? After my practical. But when? After graduate. But when? After three of my brothers get their partner and married.. But when? I keep asking myself... The time will come, just wait and see.. Only He knows... :)
Pretty (Wani)

Beautiful! (Mariam)



Great (Micha & K-rol Cong)

Nice ( Auk aka Saiful Nizam)

Lovely (Along )
Happiness (Kamal)

Next on 25th of dec

Anak angkat

Naluri keibuan sudah terasa pada usia 23 tahun. A girl with flowers telah pergi ke rumah titian kasih yakni rumah anak-anak yatim ditempatkan. Melihat kanak-kanak bermain dan berlari sana sini.. Wah, nakal jugak budak-budak ni walaupun ada yang sudah bertampal di bahagian belakang kepala akibat cedera. A girl with flowers duduk di bangku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sedang asyik memerhatikan dan agak bosan tiada apa mahu dibuat, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak perempuan dan meminta untuk duduk di atas riba. A girl with flowers terus mengangkat dan memegang erat kanak-kanak itu. Manja sungguh. Dia minta buka kan straw pada air kotak milo. Comel melihat keletah manja kanak-kanak tersebut. Namanya Syahirah setelah dia mengeja namanya sendiri. Panggil, Ya. Berumur 4 tahun. Setelah memegangnya didapati kulitnya mengalami masalah kering pada bahagian tangan dan pasti gatal. "Ya da sapu ubat?". "Dah". " Ya kena minum air masak banyak." " Ya dah minum air banyak-banyak dah." Nampak bijak budaknya.  Siap tanya nama a girl with flowers dan mahu mengejanya jua. Dia bercerita dengan nada manja. Memberitahu dia ada abang dan kakak di situ. Rasa sayang sudah wujud, dan a girl with flowers meminta izin untuk mencium pipinya. Ya hanya mendiamkan diri tapi a girl with flowers tetap menciumnya kerana sayang.

               Setelah lama berada di rumah itu, sampailah masa untuk pulang. Semasa mahu pulang, Ya telah melarikan diri dan pergi ke dapur. Kanak-kanak lain semuanya berkumpul berdekatan dengan gate untuk mengucapkan selamat jalan. Kelibat Ya masih juga tidak nampak. Sudahnya a girl with flowers pergi ke belakang dapur untuk melihat Ya buat kali terakhir.
Sayu pula hendak meninggalkan dia. Sedih. Rasa sayang sudah mula timbul. Bila difikirkan balik, Ya telah memilih a girl with flowers untuk menumpang kasih buat seketika dan dia kelihatan selesa.
               Tiba di rumah, hasrat untuk mengambil anak angkat mula bermain di fikiran hingga ke saat ini. Andai ada rezeki dan diberi peluang satu hari nanti, keinginan untuk membawa Ya pulang akan tercapai walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah. Miss & Love her so much...








Wednesday, December 15, 2010

Berwajah baru dan bernafas segar

Bukan perkara yang mudah untuk memberi nafas baru pada blog kesayangan ni...
Mengambil masa satu hari untuk cukup memuaskan hati walaupun xberapa nak puas setelah edit sana-sini. Lama mengadap laptop sampai mata rasa mahu naik juling.(Rasa nak.. uwerk.. pun ade) Tapi akhirnya, berjaya membuat a girl with flowers tersenyum menatap blog yang telah siap di edit (syok sendiri kejap).
Kini lebih kemas dan lebih segar.. A girl with flowers is happy. -The end-