Thursday, August 26, 2010

Adakah ini satu kegilaan?


Sering kali aku berhadapan dengan situasi begini... Selalunya sukar untuk aku hadapi atau katakan TIDAK. Walaupun aku tahu sesuatu itu adalah keperluan atau kehendak..huhu... Walaupun pada awalnya adalah kehendak, namun aku boleh manipulate menjadi satu keperluan..Ye ke? Arh.. Begini ceritanya..baru2 ni aku ada singgah di satu blog yang telah aku follow. Dalam masa yang sama, terlihat akan bisnes yang dilakukan oleh seorang blogger ni..Aku pun mula memerhatikan barangan yg dijual..Tiba-tiba hatiku berkata... "Wah.....Cantik2nya.." Sejak dari itu, aku mula search di internet mengenai barangan itu.. Serius memang cantik! Dan aku sudah mula berangan-angan  untuk memilikinya sekurang-kurangnya satu dan memakainya untuk ke 'majlisku'.
        Lama sudah blogku tidak dikemaskini. Sebaik sahaja sign in, banyaklah cerita-cerita baru dari rakan blogger di dashboardku. Aku mula teringat akan blog yang pernah dilawati sebelum ini.."Wah, ada barang baru.." "Wah cantiknya..!!!" "Wah.. MAHALNYER" Tapi aku nak jugak..nak jugak...nak jugak....
Persoalan diantara keperluan dan kehendak mula timbul...Mula teringat akan cerita confession of shophaholic  seorang wanita yang kuat/suka/gila shopping  hutang sana sini dgn kad kredit dan akhirnya die sedar..Sangat seronok.. Seolah-olah menggambarkan diri aku yg suka shopping.(tapi xsampai berhutang lagi n guna kad kredit lg ye..)
        Ok, berbalik pada ceritaku.. Seminggu aku memikirkan untuk memilikinya or nop..Seminggu aku asyik on9 n off9 untuk melihat barang yang aku berkenan.. Tiba-tiba aku keliru. Barang berkod A sama cantik dengan barang berkod B. Kedua-dua coraknya sangat cantik.. Owh sudah...!!! Takkan nak beli sampai dua kot....?? Sampai macam tu sekali fikiranku, untuk memiliki kedua2nya sekali...dah la semakin sengkek semester ni...Ada hati nak beli dua.. Nak xnak aku mesti buat keputusan..Tanya pandangan kawan2..Pada awalnya aku berkenan pada barang berkod B. Kawan2 ckp yang berkod A lagi cantik...Arh.. berat untuk aku buat keputusan...Akhirnya aku telah menghantar mms kepada adik bongsuku untuk membantu dlm buat keputusan..har har har... Bagi aku, hanya dia yang memahami dan mampu membuat aku terpengaruh padanya untuk memilih barang berkod B. Katanya, yang tu lagi cantik..Beli je lah yang tu kak syud!(Comel taw adik sayer..hehe).
ading...my youngest sister
         Akhirnya saya telah tekad untuk membeli barang berkod B atas saranan adik comelku..Dan untuk pengetahuan, aku telah bermimpi memakainya..haha...Selalu macam tu.. Kalau ada benda yang memang nk sangat aku miliki, pasti akan terbawa-bawa dalam mimpi...Aku nak ucapkan terima kasih juga kepada saudara Alif Fazally selaku pembayar pendahuluan untuk baranganku..hhahaaha..Bukan bermaksud aku mengikisnya tetapi aku tidak mempunyai akaun maybank2u..Nanti claim balik ye..hehe...
         Oh ye..kalau nak taw apa barang yang macam best sangat aku nak ni, sila layari ke laman web ni...http://abayaelegan.blogspot.com/2010/08/dubai-abaya-for-raya.html  (M47 SAMIERAH)
nk publish gambarnya sesuka hati kerana belum menjadi milik sah.. Bukan selalu ok!

1 comment:

Puteri Dyla Qistina said...

saya juga peminat shopping online :) hihihi