Monday, January 17, 2011

Sukan part 2 ---> Kejohanan Olahraga

Kejohanan olahraga interkolej baru je tamat. Setiap kali kejohanan sukan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan, pasti terdapat cabaran-cabaran tertentu. Untuk acara olahraga, dari kolej saya mendapat cabaran yang hebat. Yang pertama sudah tentu masalah untuk mencari atlet bagi setiap acara yang dipertandingkan kali ni.

Al-kisah...
Pada mulanya, masalah dapat dihadapi dengan tenang.. tapi semasa mahu mendaftarkan nama kepada pihak pusat sukan terpaksa berhadapan dengan masalah lagi.. Ada di antara atlet yang saya mahu daftarkan tidak dapat meyertai kejohanan olahraga ini kerana clash dengan program lain dan mereka juga menjadi peserta.. Waaarrgghhh... sangat la geram dan tak tahu nak kata apa pada ketika itu.. Terpaksa lah call saki-baki pelajar lain yang sudi untuk menyertai olahraga..

Ahamdulillah sudah selesai..

Tiba hari pertandingan, masalah yang biasa berulang lagi... Pengurus sudah tunggu bas setengah jam awal.. Tapi xde satu bas pun dan pengurus telah meminta tolong pakcik bas yang ada untuk ke stadium.. Tapi bila waktu petang, acara sudah habis, tiada bas pula.. Terpaksalah saya meminjam sebuah kereta daripada Encik. Felo.

Pada keesokkan harinya, saya pening kerana atlet2 tiada transport. Sekali lagi mencari mereka yang ada transport dan pinjamkan pada saya...Ok selesai..

Acara telah pun bermula, hari pertama saya berhadapan dengan masalah kesilapan teknikal oleh urusetia.. kecewa sangat kerana atlet saya layak masuk final untuk acara 100m.. Tapi senarai list yang keluar tiada nama atlet saya.. Saya buat bantahan dan berjumpa dengan urusetia kejohanan. Mereka menyalahkan kami pulak.. Ada ke patut.. dan Sedia... POM..!!!!!! Acara final 100m pun dah bermula...Tak dapat nak selamatkan lagi keadaan...

Hari kedua...
Masalah yang timbul adalah.. Nama atlet tiada dalam acara 3000m jalan kaki. Memang mempunyai masalah sebelum ni.. dan dari pihak saya telah selesaikan sebelum hari pertama kejohanan bermula.. Kata urusetia semuanya dah settle...Tiba-tiba hari ni xde pulak nama... Berlari lah saya bersama pengurus dari podium ke khemah dan seterusnya ke juri...( Dah macam saya pulak masuk acara lari2 ni)... Akhirnya, selesai...

Malam masih berlangsung acara bagi yang qualify ke final.. Atlet saya sekali lagi layak ke final untuk acara 400m.. Tapi kali ni saya rasa rigid sangat kerana kesilapan daripada pihak saya... Pada malam kejadian, atlet kami tak lari... Atlet yang sepatutnya lari tidak dapat hadir dan digantikan dgn atlet lain..
Semasa baru sampai di stadium setelah mengangkut anak2 buah untuk trip yang kedua, saya dapati acara 400m sudah mahu bermula.. Atlet lain telah bersedia..Pelik..mana atlet saya ni.. Cepat2 saya cari beliau. Saya sedih kerana beliau tidak mendaftarkan diri sebelum acara berlangsung sedangkan pengurus sudah memberitahu suruh daftarkan diri sendiri seperti atlet2 lain sebelum ini... Sabar je la banyak2....

Syukur hari ketiga tiada masalah yang berlaku seperti hari-hari lepas.  Walabagaimanapun saya rasa sangat tercabar untuk kejohanan kali ini.. Macam-macam rasa ada.. Seperti seorang ibu yang bekerjaya dan mempunyai anak yang ramai..Rush hour. Ini lah yang dinamakan pengorbanan..

Walaupun rasa tertekan, saya perlu mengawalnya.. Ini juga pengalaman hidup yang akan mengajar saya suatu hari nanti... Syukur kerana peningkatan prestasi dlaam kejohanan olahraga kali ini.. Kami dapat 1 perak dan 3 gangsa..(disumbangkan oleh individu yang sama).dan 4 acara layak masuk ke peringkat akhir.. Dan tak lupa juga pada atlet saya yang jatuh sakit sehingga semi-concsious pada hari kedua semasa berlari, Semangat anda untuk menghabiskan larian sangat dihargai.. Dan buat peserta kali ini, teruskan memberi sumbangan anda kepada kolej tercinta sehingga tamat pengajian.. :)

lontar peluru
jogging2 je ni


rejam lembing

rejam lembing juga

4x100m final

yeay....

2 comments:

PRiNcEszdYaNa said...

best sgt olahraga kali ni,,,
nway thnx for the support rumet :)

fazally87 said...

renang berpagar xde ke?