Friday, February 20, 2009

BUAI...

BUAI... Kisah sebuah penderitaan
BUAi... Tragedi sebuah kebobrokan
BUAi... Ruang rintihan perasaan
Buai... Gugahan sebuah kekuatan


Memaparkan sejalur kisah masyarakat yang terlibat dlm kancah sosial dan kebobrokan duniawi. Mengisahkan Maya, seorang gadis sunti berusia 16 tahun yg menjadi mangsa penderitaan fizikal, mental dan kerakusan nafsu buas ayahnya sendiri.

Kecelaruan & tekanan segala permasalahan ini seringkali mengheret Maya untuk bermain dengan gangguan emosi dlm setiap peristiwa yang menghantui dirinya & ilusi-ilusi ini hadir dlm aroma yg gawat

Kehadiran waris sbg peneman bicara dlm satu ruang detik yg maya merungkaikan segala kisah kronologi duka, dan semua itu dikongsi bersama di BUAIAN ini...

MAYA - Seorang gadis sunti berumur 16 tahun. Kematian ibu ketika dilahirkan,&
tinggal bersama-sama dengan papanya. Menjadi mangsa penderaan fizikal,
mental & seksual

WARIS - Watak jelmaan seorang lelaki budiman yg menjadi peneman kepada Maya diruang
maya. Waris berada dalam dua dimesi alam yg berbeza, iaitu alam nyata dan
alam maya serta mampu melihat kedua-dua ruang alam itu. Pendengar, penasihat
dan pengongsi masalah yang baik. Telah memerhatikan gerak-geri Maya sejak
kecil

PAPA - Bapa kepada Maya. Telah kematian isteri yang telah meninggal dunia sebaik
sahaja melahirkan Maya. Berperwatakan antagonis & kejam. Menjadikan Maya
tempat untuk melempiaskan kekejaman & nafsu serakah. Seorang bapa
yang panas baran dan kaki pukul

ROSLI - Selayaknya, dia seperti teman lelaki kepada Maya, namin tidak pernah
meluahkan perasaannya. Sangat mengambil berat tentang MAya terutamanya dalam
pelajarannya. Meminati Maya, tetapi tidak pernah berkesempatan meluahkan
perasaan kepadanya.

AYU - Kawan baik kepada Maya di sekolah. Terlalu mengambil berat tentang keadaan
Maya & seorang pendengar yang baik

Kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2

Watak sampingan sbg kanak-kanak yang gemar bermain-main di halaman rumah
Maya, berhampiran dengan buaian yg berada di bwh pokok sena

5 comments:

fazally87 said...

watak JUNIOR xde ke kt daLam ni??
patot ade watak tu daLam BUAI..
Lupe ek??
=)

Anonymous said...

salam ziarah Maya...
Rosli di sini...

Anonymous said...

Dh cukup main buai, skang kte nyanyi2 plak!!huhuhu

::IZzuL:: said...

shud pelakon.... =P

Anonymous said...

weyh, bila nk update blog neh????