Al-kisah...setelah tamat kelas pada tghari, 3 sekawan berjalan dan menuju ke perhentian bas untuk balik ke destinasi masing2. Malangnya, semasa 3 sekawan berjalan dibawah 1 payung yg sama, salah seorang daripada mereka telah tercabut/terputus seliparnya akibat pijakan yg xdisengajakan oleh salah seorang daripada mereka juga...Si kawan yang malang itu berasa kecewa kerana mengalami kerosakan selipar yg disayangi. Si kawan yg menjadi punca pada kerosakan itu meminta maaf dan terus berjalan bersama seorang lagi di antara mereka lalu meninggalkan si kawan yang malang itu. Alangkah terkejut dan pelbagai perasaan yang berbaur kemarahan telah wujud dlm diri si kawan yg malang itu...sudahlah selipar putus, lalu ditinggalkan pula tanpa menoleh ke belakang dan berasa simpati atau berasa bersalah terhadap apa yg berlaku...Kalau ikutkan hati, si kawan yg malang itu mahu menyumpah2 si kawan yg x bertanggungjawab itu. Tapi si kawan yg malang itu masih mampu berfikir agar tidak melakukan perkara yg diluar jgkaan. Sesungguhnya sabar itu adalah lebih baik.
Akhirnya, si kawan yg malang itu, balik dengan penuh rs ketidakpuasan hati dan telah berubah mood nya....Si kawan yg malang itu mendapat pengajaran atas apa yg berlaku sebentar td supaya berhati-hati dengan kawannya yang sebegitu rupa..Moga rakan-rakan diluar sana mengambil iktibar dari kisah yg dikongsikan ni....!!! Jika kita melakukan kesalahan walau tanpa disengajakan, kita perlu bertanggungjawab ke atasnya. Sekurang-kurangnya usaha untuk membantu rakan kita supaya dia tidak berasa susah atas perkara yang telah kita lakukan secara xsengaja....
3 comments:
macam stud je yang terputus selipar ... kan2? hehe. kalu tak pun tunkukkn rasa bersalah pu jadi la kan.. hmmm manusia ni unik.
Ha ah..aku la watak dlm 3sekawan tu..huhu..sedihnyer..sob...sob...sob..
Hemm...2 la kwn bkn sahabat...eheheh
Post a Comment