Wednesday, September 1, 2010

Gaya seorang 'Mak Chik'


Hari ni just nk share pengalaman aku sebagai seorang aunty.. Pada umur 23 tahun ni aku telah berpeluang untuk menjadi seorang mak cik buat pertama kalinya..begitu juga dengan adik beradikku yang lain..masing2 sudah layak bergelar seorang mak cik dan pakcik...Buat ayah dan ibuku pula gelaran atok dan opah untuk mereka. Sungguh teruja sebaik sahaja kelahiran seorang bayi perempuan di muka bumi ini hasil perkahwinan kakak sulungku dengan seorang jejaka Istanbul... Maklumlah, dah lame xde budak kicik @baby kt rumah ni..Kehadiran orang baru di rumahku sungguh bermakna...Kalau boleh nak merenung si kecil tu setiap masa.. Aku hanya dapat berjumpa dengannya seminggu sekali.. So setiap minggu jika aku pulang ke rumah, anak sedaraku pasti akan dapat kasih sayang  dari mak chik die ni.Tangisannya sungguh menyentuh hati..Kadang2 tangisannya bunyi mengada-ada...Tapi disebabkan dia masih baby, tangisan itu sgt comel bunyinya...Sayang sgt kt anak sedaraku..Terasa seperti anakku sendiri..Setiap minggu pasti nampak perubahan atau perkembangan pada si kecil ni...Semakin berisi... Berikut adalah antara pose menarik bersama si dia


Me and Baby Sena di Carefour.. Dia xsedarkan diri langsung dari awal, pertengahan dan akhir proses membeli-belah...Sampai rumah baru die terjaga n uweeeeekkkk..hehe..


Gaya Mak Chik nak mendodoikan si kecil..

Jalan-jalan n shopping  di Jusco...Gaya manja si kecil dengan Mak Chik dia yang cumil..hehehe.

Thursday, August 26, 2010

Adakah ini satu kegilaan?


Sering kali aku berhadapan dengan situasi begini... Selalunya sukar untuk aku hadapi atau katakan TIDAK. Walaupun aku tahu sesuatu itu adalah keperluan atau kehendak..huhu... Walaupun pada awalnya adalah kehendak, namun aku boleh manipulate menjadi satu keperluan..Ye ke? Arh.. Begini ceritanya..baru2 ni aku ada singgah di satu blog yang telah aku follow. Dalam masa yang sama, terlihat akan bisnes yang dilakukan oleh seorang blogger ni..Aku pun mula memerhatikan barangan yg dijual..Tiba-tiba hatiku berkata... "Wah.....Cantik2nya.." Sejak dari itu, aku mula search di internet mengenai barangan itu.. Serius memang cantik! Dan aku sudah mula berangan-angan  untuk memilikinya sekurang-kurangnya satu dan memakainya untuk ke 'majlisku'.
        Lama sudah blogku tidak dikemaskini. Sebaik sahaja sign in, banyaklah cerita-cerita baru dari rakan blogger di dashboardku. Aku mula teringat akan blog yang pernah dilawati sebelum ini.."Wah, ada barang baru.." "Wah cantiknya..!!!" "Wah.. MAHALNYER" Tapi aku nak jugak..nak jugak...nak jugak....
Persoalan diantara keperluan dan kehendak mula timbul...Mula teringat akan cerita confession of shophaholic  seorang wanita yang kuat/suka/gila shopping  hutang sana sini dgn kad kredit dan akhirnya die sedar..Sangat seronok.. Seolah-olah menggambarkan diri aku yg suka shopping.(tapi xsampai berhutang lagi n guna kad kredit lg ye..)
        Ok, berbalik pada ceritaku.. Seminggu aku memikirkan untuk memilikinya or nop..Seminggu aku asyik on9 n off9 untuk melihat barang yang aku berkenan.. Tiba-tiba aku keliru. Barang berkod A sama cantik dengan barang berkod B. Kedua-dua coraknya sangat cantik.. Owh sudah...!!! Takkan nak beli sampai dua kot....?? Sampai macam tu sekali fikiranku, untuk memiliki kedua2nya sekali...dah la semakin sengkek semester ni...Ada hati nak beli dua.. Nak xnak aku mesti buat keputusan..Tanya pandangan kawan2..Pada awalnya aku berkenan pada barang berkod B. Kawan2 ckp yang berkod A lagi cantik...Arh.. berat untuk aku buat keputusan...Akhirnya aku telah menghantar mms kepada adik bongsuku untuk membantu dlm buat keputusan..har har har... Bagi aku, hanya dia yang memahami dan mampu membuat aku terpengaruh padanya untuk memilih barang berkod B. Katanya, yang tu lagi cantik..Beli je lah yang tu kak syud!(Comel taw adik sayer..hehe).
ading...my youngest sister
         Akhirnya saya telah tekad untuk membeli barang berkod B atas saranan adik comelku..Dan untuk pengetahuan, aku telah bermimpi memakainya..haha...Selalu macam tu.. Kalau ada benda yang memang nk sangat aku miliki, pasti akan terbawa-bawa dalam mimpi...Aku nak ucapkan terima kasih juga kepada saudara Alif Fazally selaku pembayar pendahuluan untuk baranganku..hhahaaha..Bukan bermaksud aku mengikisnya tetapi aku tidak mempunyai akaun maybank2u..Nanti claim balik ye..hehe...
         Oh ye..kalau nak taw apa barang yang macam best sangat aku nak ni, sila layari ke laman web ni...http://abayaelegan.blogspot.com/2010/08/dubai-abaya-for-raya.html  (M47 SAMIERAH)
nk publish gambarnya sesuka hati kerana belum menjadi milik sah.. Bukan selalu ok!

Friday, August 20, 2010

Dilema seorang manusia dan semut



              Beberapa hari berlalu seorang manusia mula rasa pelik..Pelik kerana makanan yang ditinggalkan di atas meja tidak diurungi oleh semut2... Kek coklat yang diletak di atas meja bersih dari sebarang jenis serangga... Tiada  yang sudi untuk menyinggah, merasa atau melarikan kek tersebut untuk dibawa ke sarang. Manusia tadi pun mula bersuara dan bertanyakan kepada teman sebiliknya... " Kenapa xde semut dalam bilik eh...Kek coklat ni pun elok je". Lantas teman sebiliknya pun berkata " Tu...cube tengok kt bawah tu.." Manusia tadi pun melihat. Terdapat racun semut ditaburkan pada ruang-ruang kayu sebelah bawah tingkap dan meja study. Manusia tadi pun bertanya lagi " Macam mana racun ni berfungsi?" Jawab teman sebiliknya, " Ni sebenarnya 
biskut, tapi dicampurkan dengan racun, bila semut tu datang dan bawa balik biskut tu ke sarang, ia akan mati".
             Apabila mendengar penjelasan tadi, tiba-tiba manusia tadi mula rasa kesian dengan semut-semut tu...Kalau sebelum ni cukup marah jika makanan diurungi semut, tapi kali ni cukup rasa kesian. Rasa seperti semut-semut itu tidak sepatutnya diperlakukasedemikian..Semut-semut tu tertipu...Haish..Dilema betul...Manusia itu pun mengeluh kerana terpaksa memikirkan perkara sebegini..Pernah suatu ketika, semasa sedang mop dan mencuci lantai di kawasan luar, tiba-tiba terjumpa anak lipan..Nak tak nak terpaksa bunuh walaupun anak lipan tersebut keluar dari celahan batu tana buat apape pun...Hanya lalu sahaja..Macam mana nak atasi  masalah macam ni.Kadang-kadang rasa dilema sangat..Bersalah ke?



Monday, August 16, 2010

Peraduan Raya dalam Kenangan 2010

Salam..
Post kali ni khas untuk meyertai Peraduan Raya dalam Kenangan yang dianjurkan oleh saudara Azwandy Muhamad a.ka. Poet Dusun Bayu...Ok, berikut adalah garis panduan untuk menyertai peraduan ni :


Cara menyertai peraduan ini ialah, anda hendaklah *membuat satu entri yang bertajuk Raya dalam Kenangan & *masukkan satu gambar semasa hari raya tersebut. Anda juga hendaklah *menceritakan secara ringkas kenapa hari raya tersebut yang paling anda kenangkan.
* Wajib
Tema: 
Raya dalam Kenangan
Syarat-syarat 
Peraduan Raya dalam Kenangan.
1. Mestilah warganegara Malaysia.
2. Membuat satu entri yang bertajuk 
Raya dalam Kenangan.
3. Masukkan satu gambar sahaja yg berkaitan dengan hari raya yg anda kenang.
4. Ceritakan secara ringkas & menarik sebab hari raya tersebut sentiasa anda kenang.
5. Gambar hendaklah asli & bukan diciplak daripada internet.
6. Anda boleh meng"edit" gambar yg anda mahu masukkan dalam entri tersebut.
7. Dalam gambar tersebut tidak kisah sama ada gambar anda seorang atau gambar beramai-ramai.
8. Masukkan poster 
Peraduan Raya dalam Kenangan & "link" kan peraduan ini dalam entri anda.
9. Seperti peraduan yang lain, anda juga hendaklah menjadi
 follower blog Poet Dusun Bayu.
10. Untuk memastikan Poet Dusun Bayu mengetahui anda menyertai peraduan ini, sila tinggalkan 
komen & link entri Raya dalam Kenangan yang anda buat di entri ini.
11. Anda juga perlu 
tag 5 orang rakan blogger anda utk menyertai peraduan ini.
12. Sekiranya ada perubahan, Poet Dusun Bayu akan maklumkan kepada anda.

Pemilihan Pemenang untuk peraduan ini adalah berdasarkan gambar & cerita yang menarik berdasarkan gambar tersebut.
*Mestilah mematuhi syarat-syarat di atas. Hehe...
Tarikh Tutup Penyertaan
4 September 2010 bersamaan 25 Ramadan 1431H





Tema : Raya dalam Kenangan




Gambar raya pada tahun 2004 sentiasa menjadi kenangan kerana :

#Saya telah membazir duit untuk membeli 2 helai baju raya yang berwarna pink.

# Saya masih dapat duit raya kerana masih bersekolah.

#.Tema baju raya kami berwarna PINK. Walaupun ada yang tidak memakai baju warna pink..Tapi  masih boleh diterima warnanya..(Biasalah, lelaki, mane nak sangat pakai warna pink2 nih) kecuali abang saya no.3. Beliau telah meminjam dan memakai baju raya kepunyaan atok kesayangan semata-mata untuk bergambar. 

# Sepanjang hidup hampir 23 tahun, ni la gambar raya bersama keluarga yang saya  pernah ada. Ini disebabkan apabila raya, tak semua ahli keluarga saya akan cukup kesemuanya kerana ada yang out station. Sungguh bermakna apabila menyambut hari raya dengan mereka yang tersayang taw!

dan akhir sekali...

5

4

3

2

1




# Time ni saya gemuk.!!! 
64kg
sekarang
57kg

Sekian... :)




p/s : Kepada saudara Azwandy, andaikata saya xlayak untuk mendapatkan kek lapis sarawak, bagi saya sambal laksa sarawak pun jadilah..hehe...

ok sekarang saya nak tagkan kepada 5 orang:












Monday, July 26, 2010

Merentas kampus


25 Julai 2010
Mungkin inilah pertama kalinya warga kolej kediamanku wajib utk pergi ke merentas kampus tidak kira pelajar baru dan lama... Notis wajib bersaiz A3 dikeluarkan. pada awalnya aku tertanya2...Mampukah warga kolej turun dan beri komitmen...Awal pagi pengumuman dibuat...7.50pg semua dikehendaki turun ke Balai Seni Budaya untuk bersiap sedia meyertai merentas kampus...Alangkah gembiranya apabila melihat kelibat warga yang ramai turun dengan berbaju kolej@baju Ultraman serta bersemangat untuk larian...Beratur mengambil nombor sampai xcukup....Kwn-kwn yg lain kelam-kabut menambah nombor demi warga kolej yang sungguh bersemangat. Terima kasih tak terhingga atas komitmen anda semua lebih-lebih lagi kepada senior... Aku pun turut serta berlari dengan penuh rasa nk kurus(hehe..kurus ke??) kerana sebelum ni xberpeluang utk menyertai aktiviti seperti ni..Pancit la jugak kerana berlari sejauh 5.3km...Konon-konon xnk jalan...Tapi serius...xlarat sgt dah dan akhirnya mengalah..hehe..Alhamdulillah sampai juga ke garisan penamat dan dapat kad ijau bernombor 46...jadi la kan walaupun xdpt tempat 20 yang terbaik n dapat hadiah..Itu je yang mampu..huhu...
               Walauapapepun untuk diri sendiri ,yang penting kepuasan berlari lebih kurang daripada 500 lebih peserta wanita yang ada. Habi sberlari  je aku mencari air...air...air...air...dan air.....At last telan air liur je la dulu...Terpaksa bertahan tanpa air...xcukup 1 botol..huhu...Tapi syukur..akhirnya smpai jugak air...Air kaler oren tu...order kat kafe lagi...MAsa air tu on the way nak sampai ke tempat kawan2 sekolej aku berteduh...Kolej lain bersuara "air....air....air..." sebab nmpak air kaler oren tu..haha...tgk je la ekh....air itu untuk kami..hihihi..Gembira sangat tgk warga yang terdiri dari kawan-kawanku sendiri yang berjaya tamatkan larian.. U all memang meletup...Ramai je...Meriah!!Best walaupun aku da penat sgt sebenarnya gara2 latihan bola jaring pd malam sebelum merentas kampus...Yes...berpeluang la aku untuk kurus dan fit..hahahha(confident je aku ni leh kurus..makan kuat gak)
                    Finally apa yg aku nk kongsikan adalah kemenangan yang telah sama-sama warga kolej kediamanku cipta...Apabila keputusan pemenang diumumkan, syukur sekali lagi kerana kategori wanita dan lelaki kita telah melompat lebih tinggi dan mendapat tempat yang baik dari sebelum2 ni..Tahniah n syabas..Maaf jika terdapat kekurangan sepanjang program ni..apalah daya untuk mengawal atau memuaskan hati semua orang..Namun, aku dan rakan2 lain akan memecah lemak dan tenaga untuk beri yang terbaik...Di samping itu..suka untuk aku berkongsi satu quote ni...aku da xingat sape yg cakap..tp yang pastinya aku dgr time aku masih aktif menjadi atlet di msn .Lebih kurang bunyinya mcm ni la 
" Jangan fikirkan apa yang akan negara sumbangkan kepada kita, tetapi fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepada negara"... Dengan itu..fikir-fikirkan... Peace no war..hehe

Sunday, July 18, 2010

3 Julai 2010

Welcome to my niece...Sena Aydan Ayar....

Teruja sangat bila dapat taw nk jadi mak cik sebelum ni...Cam xpercaya pun ada..Biasa la..1st time nak dapat anak sedara kan..memang la cmni...Selalu tgk die gerak2 kt perut akak je..akhirnya da kuarkan pun...Weekend ni aku x berapa sihat.. so balik umah..di kesempatan itu aku dapat luangkan masa melayan serta mengadunkan baby Sena ni..merasa la jugak nk lama2 ngn dia..maklumla, da busy skang... Comel sangat baby Sena ni..Oh ye, nama dia berbeza cket sebab ayahnya orang istanbul...makna disebalik nama ni adalah, Pujian secantik bulan...Ayar tu nama family sebelah abg ipar aku...Macam2 nama sebenarnya dia ada..ayah aku lak nak pangil dia Malkish(malaysia+turkish)...abg aku, panggil Kishsia (turKISH+malaySIA)..Apape je la..janji kt surat beranak tu satu nama je ye
Ni la budaknyer...
Mata tu...
Ala cayang makcik....
Ya Allah...tomeynyer die..Cantik..moga cantik akidahnya kelak
Sedap tidur..

Monday, July 12, 2010

Perampas...!!!Rasa nak pijak2 orang itu

Perkara ni telah membuatkan satu kawasan kehidupan berubah menjadi suram dan terasa kesedihannya. Ni semua gara2 seorang pensyarah yang pentingkan diri sendiri..Kejam sangat!!! menggunakan kuasa untuk merampas adik2 ku disini...ditambah dengan ugutan...Kasihan sungguh apabila melihat statement2 yang terpaksa dikeluarkan oleh adik2 ku... di mulut ckp len, di hati len..Mereka tersepit,terhimpit!! Ada yg dimaki..Yang ugut tu paling xtahan..Ni da kes aniaya! Zaman sekarang ni xsemua pensyarah boleh dihormati...Di mana hak kita sebagai pelajar universiti?Bukan nk riakk..Tp kepada sesiapa yg mengetahui serta mengalaminya, mereka juga akan bersetuju..Sedih sgt rasenye...Terutama kepada pelajar baru..mereka baru masuk tapi dah mengalirkan air mata gara2 pensyarah yg xberhati perut sehingga sanggup menggugut serta melontarkan kate2 kesat kepada mereka sekiranya kehendaknya tidak dipenuhi...Kalau mereka dah kate xnak, kenapa mesti nk paksa??? Da mcm israel pun ade. Salah gune kuasa!!Sungguh kejam.. Mereka xrela untuk pergi pun sebenarnya...Tapi pensyarah tu bijak. Menggunakan satu tiket lain untuk merampas adik2 ku untuk mengaburi mata orang lain..Sedangkan kami disini dah taw taktik berdasarkan mangsa2 pensyarah itu sendiri yg lepas2..sekian..moga pensyarah ini akan terima akibatnya kerana menganiaya mereka yg xbersalah