Monday, June 7, 2010
Sehari dari hari ini
Setelah berehat di rumah dan berada dalam keadaan mood tenang, kini tibalah masanya mood untuk aku berada dalam sedikit kepenatan . Aku dapat rasakan pelbagai dugaan dan cabaran yang bakal aku lalui selepas ini. Tak kira dari segi fizikal, mental dan emosi...Aku akan menyibukkan diri dengan tugas yang baru. Persoalannya mampukah aku? Persoalan ini timbul tanpa diduga memandangkan situasi aku sekarang ni... Tak taw la family dapat memahaminya atau tidak dan aku sebenarnya agak gusar dengan kekuatan yang ada bagi melaksanakan tanggungjawab itu. Hmmmm...Pasal perasaan, sedikit sebanyak akan mengganggu hidup aku jika tiada sokongan dan kefahaman dari pihak si dia..So, aku perlu kuatkan diri dan ambil keputusan utk tidak begitu serius memikirkan hal peribadi tu. Biarlah masa berjalan dan terus berjalan. Aku perlu beri tumpuan terhadap 2 perkara penting dalam hidup aku.... Yang satu tu, akan aku 'hold' buat seketika waktu. Itu yang terbaik...Pengorbanan....ya.. itu yg lebih tepat utk aku katakan Sehari dari hari ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment