Thursday, June 10, 2010

Wow...Hari ini dalam sejarah...

          Ape yang menarik sangat sampai ada perkataan "Wow" pada title aku tuh...Haha..semestinya result untuk semester ini sudah keluar walaupun belum secara rasminya... Ada orang kata xsemestinya result yg xofficial ni adalah tepat...Tapi firasat aku mengatakan ni lah result yang sama akan keluar secara rasminya untuk aku nanti... Result yang aku terima ni adalah hasil dari usaha dan kerahan tenaga yang ada dalam badan ni walaupun lemau sepanjang berada di semester 6. Banyak dugaan dan cabaran semasa berada pada semsester ni...semakin naik semester, semakin banyak dugaannya... Dan selalunya jangkaan aku adalah tepat menerusi apa yang telah aku lakukan..(Bukan nak berlagak tp itulah kenyataan). Well nak dipendekkan cerita... 
          Hari ini dalam sejarah apabila dari semester 1 hingga 6 inilah kali pertama result aku jatuh menjunam! Aduh!!! Sakitnya....Kecewa tu memang ada cz aku target gred yang lebih baik tapi xdapat..Dari situ mulalah nak salahkan lecturer..Kadang2 lecturer juga mempengaruhi result kite...Dulu aku xpercaya..Tapi sejak 2 semester yang lepas aku percaya. Tp aku dah bleh predict ini semua akan berlaku. Pasti ada sahaja cemuhan atau kata-kata dibelakang yang aku dapat jangka selepas ini hasil dari pengalaman lepas..Tambahan lagi aku kini adalah seorang 'power ranger' yang berkeinginan melawan raksasa yang paling merbahaya dan pastinya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Sebelum ni pun memang da jadi 'power ranger' tapi sejak semester lepas, aku ni 'power ranger' yang degil.Apapepun semangat untuk berjuang tidak akan berhenti setakat ni...Ini lah masanya untuk aku terus berjuang, mencari pengalaman hidup dan merasai kehidupan pada setiap bahagian roda yang sentiasa berputar. InsyaAllah dengan usaha dan izinNya aku akan bangkit dan menjadi lebih kuat untuk menghadapi semua ini...


        Last but not least : Hadapi dengan Senyuman :)

No comments: