Friday, November 26, 2010

Kisah durian dan kawan-kawan

Semalam mood untuk beremosi semakin kurang... Alhamdulillah..sudah mula mahu stabil...
Pagi-pagi lagi sudah bersiap sedia untuk ke Bukit Ekspo untuk melakukan aktiviti sihat bersama kawan-kawan untuk persiapan ke kem. Sementara menunggu kehadiran kawan-kawan lain tiba, kami berborak-borak..Beberapa minit kemudian 2 orang kawan aku menyusul dengan motosikalnya..Tapi yang paling best, mereka membawa sebiji durian..haha... Mereka minta kayu panjang.. Katanya ada sebiji lagi durian yang hendak diambil di ladang tapi tak sampai...haha. Mereka pun pergilah mengambilya dan berjaya membawa kepangkuan kami yang sedang menunggu...
Dipendekkan certia, setelah selesai melakukan aktiviti, kami sama-sama bekerja keras untuk membuka buah durian dengan menggunakan skru driver..haha..Akhirnya berjaya juga.. Kami sama-sama menikmati kesedapan buah durian tersebut.. Serius! memang sedap.. Kami dapat gred yang baik agaknya..
Selepas menjamah beberapa ulas buah durian, kami pun balik..
On the way nak balik, kawan aku ajak ke ladang untuk mencari durian lagi...Broomm..Brooomm... Pintu pagar tebuka.. 2 biji motosikal terus masuk melulu dan berhenti.. aku dan kawan berlari-lari anak ke bawah pepohon durian untuk mencari durian..jalan sana-sini... Akhirnya, kami jumpa 2 biji durian lagi..Memang rezeki.. haha.. Bila da dapat, kami kelam kabut lari. Ye la, nanti kena tangkap bahaya... Sambil berlari bawak durian, aku  dan kawan hampir tersungkur sebab tepijak tanah lembik. Abis sebelah kasut kotor..Hahaa..
Pada mulanya aku keliru dengan status kehalalan durian tersebut.. Tapi sebenarnya boleh.. TnC pernah cakap, "kalau tak ambik bodoh, kalau kena tangkap, dua kali bodoh".. So.. you ask for it..
Yang ni paling sedap

dua biji durian yang berjaya dikesan

Haha..muka bangga..1st time masuk ladang kot! da final year da

kawan-kawan yang turut menikmati keenakan durian

1 comment: