Friday, December 24, 2010

MMMR : Which one is suit for me?

Medieval style..
Black and purple for final year student
Awesome dress...
I will survey and get one for myself...

Lihatlah...


Wow... elegant medieval dress

sumber inspirasi..hehe

I try to get such as this one! ( Where do I can get this dress?)

 *Suka sangat dengan fesyen2 macam ni.. :)

Thursday, December 16, 2010

Anak angkat

Naluri keibuan sudah terasa pada usia 23 tahun. A girl with flowers telah pergi ke rumah titian kasih yakni rumah anak-anak yatim ditempatkan. Melihat kanak-kanak bermain dan berlari sana sini.. Wah, nakal jugak budak-budak ni walaupun ada yang sudah bertampal di bahagian belakang kepala akibat cedera. A girl with flowers duduk di bangku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sedang asyik memerhatikan dan agak bosan tiada apa mahu dibuat, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak perempuan dan meminta untuk duduk di atas riba. A girl with flowers terus mengangkat dan memegang erat kanak-kanak itu. Manja sungguh. Dia minta buka kan straw pada air kotak milo. Comel melihat keletah manja kanak-kanak tersebut. Namanya Syahirah setelah dia mengeja namanya sendiri. Panggil, Ya. Berumur 4 tahun. Setelah memegangnya didapati kulitnya mengalami masalah kering pada bahagian tangan dan pasti gatal. "Ya da sapu ubat?". "Dah". " Ya kena minum air masak banyak." " Ya dah minum air banyak-banyak dah." Nampak bijak budaknya.  Siap tanya nama a girl with flowers dan mahu mengejanya jua. Dia bercerita dengan nada manja. Memberitahu dia ada abang dan kakak di situ. Rasa sayang sudah wujud, dan a girl with flowers meminta izin untuk mencium pipinya. Ya hanya mendiamkan diri tapi a girl with flowers tetap menciumnya kerana sayang.

               Setelah lama berada di rumah itu, sampailah masa untuk pulang. Semasa mahu pulang, Ya telah melarikan diri dan pergi ke dapur. Kanak-kanak lain semuanya berkumpul berdekatan dengan gate untuk mengucapkan selamat jalan. Kelibat Ya masih juga tidak nampak. Sudahnya a girl with flowers pergi ke belakang dapur untuk melihat Ya buat kali terakhir.
Sayu pula hendak meninggalkan dia. Sedih. Rasa sayang sudah mula timbul. Bila difikirkan balik, Ya telah memilih a girl with flowers untuk menumpang kasih buat seketika dan dia kelihatan selesa.
               Tiba di rumah, hasrat untuk mengambil anak angkat mula bermain di fikiran hingga ke saat ini. Andai ada rezeki dan diberi peluang satu hari nanti, keinginan untuk membawa Ya pulang akan tercapai walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah. Miss & Love her so much...








Wednesday, December 15, 2010

Berwajah baru dan bernafas segar

Bukan perkara yang mudah untuk memberi nafas baru pada blog kesayangan ni...
Mengambil masa satu hari untuk cukup memuaskan hati walaupun xberapa nak puas setelah edit sana-sini. Lama mengadap laptop sampai mata rasa mahu naik juling.(Rasa nak.. uwerk.. pun ade) Tapi akhirnya, berjaya membuat a girl with flowers tersenyum menatap blog yang telah siap di edit (syok sendiri kejap).
Kini lebih kemas dan lebih segar.. A girl with flowers is happy. -The end-