Sunday, January 9, 2011

Sukan part 1 - Lari berganti-ganti jalan raya...wawawawa

Salam semua..
Lari berganti-ganti jalan raya merupakan acara pertama yang dianjurkan oleh pusat sukan UPM untuk semester kedua sesi 2010/2011... Penyertaan atlet kolej pada mulanya tidak menggalakkan. Namun setelah merujuk kembali manual berkenaan pertandingan, saya berpendapat bahawa kolej perlu menghantar seramai yang boleh kerana sistem markah yang diberikan sama seperti acara merentas kampus pada semester lepas.  Satu pasukan perlu ada 6 pelari utama dan 2 simpanan. Pada meeting pertama, kolej telah memberitahu urusetia pusat sukan bahawa kami akan menghantar 2 pasukan kategori lelaki dan perempuan.

Walaubagaimanapun, rasa tak sedap hati pulak bila hantar 2 pasukan je. Oleh itu, kami telah berusaha mempromosi serta mempengaruhi warga kolej untuk menarik lebih banyak lagi penyertaan. Akhirnya, kami mampu menghantar 5 pasukan wanita dan 4 pasukan lelaki (buat pengetahuan, kami hantar cukup2 je..tiada simpanan..hehe)..

Semasa hari kejadian, kelihatan kolej2 tradisional menghantar banyak penyertaan speerti KTDI dan KOSASS.. Apabila dirisik2 memandangkan saya mempunyai kawan di kolej2 tersebut, ternyata kebanyakan mereka diwajibkan dan tindakan  keras akan diambil sekiranya tidak menyertai.. Tercabar la jugak tgk penyertaan mereka.. Dari pihak kolej saya, tidak dapat berbuat sedemikian memandangkan ada program gotong royong. Jadi kami terpaksa membahagi2 warga kolej..

Mengenai keputusan pertandingan, berada pada tahap memuaskan walau pun tidak dinobatkan sebagai juara/naib juara/ tempat ketiga. tempat keempat/tempat kelima.... Tapi dengan kekuatan dan semangat yang ada pada warga kolej yang terlibat, kategori perempuan mendapat tempat ke-8 keseluruhan manakala lelaki pula mendapat tempat ke-6 keseluruhan... Saya faham..sangat penat kerana peserta wanita perlu berlari sejauh 1km dan lelaki 1.5km.. Pasukan kolej kurang fit je dan perkara ini telah membuatkan saya mendapat satu idea utk mengatur strategi dalam sukan pada tahun2 akan datang. Walau apapepun Tahniah dan Terima kasih pada anda yang telah melibatkan diri pada acara lari berganti-ganti ini. One of my girl n my boy muntah after lari.. Its ok..bukan selalu kan?hehe..jgn marah.. yg pastinya, semua ini akan menjadi kenangan2 terindah sewaktu kita bergelar pelajar Kolej Canselor, UPM...(Bila da final year mmg cmni..hehe)

Peserta siswi dengan muka gembira nak lari
Nombor2 bertuah..mai pilih2




wajah penyokong setia..cewah
peserta lelaki tunggu giliran



peserta wanita dengar taklimat

penat ye kak?hehe..

Eh macam kenal jer...hehe

Tunggu kawan sampai utk pas baton

kesian mereka..penat taw

Majlis penyampaian hadiah

No comments: