Thursday, December 16, 2010

Anak angkat

Naluri keibuan sudah terasa pada usia 23 tahun. A girl with flowers telah pergi ke rumah titian kasih yakni rumah anak-anak yatim ditempatkan. Melihat kanak-kanak bermain dan berlari sana sini.. Wah, nakal jugak budak-budak ni walaupun ada yang sudah bertampal di bahagian belakang kepala akibat cedera. A girl with flowers duduk di bangku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sedang asyik memerhatikan dan agak bosan tiada apa mahu dibuat, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak perempuan dan meminta untuk duduk di atas riba. A girl with flowers terus mengangkat dan memegang erat kanak-kanak itu. Manja sungguh. Dia minta buka kan straw pada air kotak milo. Comel melihat keletah manja kanak-kanak tersebut. Namanya Syahirah setelah dia mengeja namanya sendiri. Panggil, Ya. Berumur 4 tahun. Setelah memegangnya didapati kulitnya mengalami masalah kering pada bahagian tangan dan pasti gatal. "Ya da sapu ubat?". "Dah". " Ya kena minum air masak banyak." " Ya dah minum air banyak-banyak dah." Nampak bijak budaknya.  Siap tanya nama a girl with flowers dan mahu mengejanya jua. Dia bercerita dengan nada manja. Memberitahu dia ada abang dan kakak di situ. Rasa sayang sudah wujud, dan a girl with flowers meminta izin untuk mencium pipinya. Ya hanya mendiamkan diri tapi a girl with flowers tetap menciumnya kerana sayang.

               Setelah lama berada di rumah itu, sampailah masa untuk pulang. Semasa mahu pulang, Ya telah melarikan diri dan pergi ke dapur. Kanak-kanak lain semuanya berkumpul berdekatan dengan gate untuk mengucapkan selamat jalan. Kelibat Ya masih juga tidak nampak. Sudahnya a girl with flowers pergi ke belakang dapur untuk melihat Ya buat kali terakhir.
Sayu pula hendak meninggalkan dia. Sedih. Rasa sayang sudah mula timbul. Bila difikirkan balik, Ya telah memilih a girl with flowers untuk menumpang kasih buat seketika dan dia kelihatan selesa.
               Tiba di rumah, hasrat untuk mengambil anak angkat mula bermain di fikiran hingga ke saat ini. Andai ada rezeki dan diberi peluang satu hari nanti, keinginan untuk membawa Ya pulang akan tercapai walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah. Miss & Love her so much...








1 comment:

fazally87 said...

Lain kaLi, cuLik je die..hehe.. :)