Wednesday, November 24, 2010
Musim berangin dan berapi...
Sejak dua menjak ni, serba tak kena rasanya bila hati ni mudah merasakan kemarahan....Seolah-olah ada perubahan terhadap sikapku.. Aku seorang happy go lucky tapi sekarang ni lebih suka berdiam diri. Berdiam diri kerana terdapat satu perasaan yang kurang senang dihati. Hasil dari perubahan diri sejak dua minggu lepas adalah disebabkan oleh persekitaran. Ini antara hipotesis yang didapati dalam permasalahan yang aku alami. Aku juga mudah emo apabila terdapat seseorang yang mula berkata-kata atau bahasa mudahnya mau cari pasal dengan aku. Aku mudah nak angin sana-sini. Tambah-tambah pada mereka yang tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami bahawa diri ini memerlukan satu ruang untuk mencari ketenangan buat seketika. Perasaan aku ibarat seperti api, jika ada yang cuba-cuba untuk memercikkan minyak petrol, pasti akan marak... Marak je tapi susah mahu menyambar semula kerana masih dapat mengawal diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment