Saturday, September 18, 2010

Anda boros? Ye saye boros

ANDA BAGAIMANA??


(Lebih kurang mcm ni la rupa saya bila xtahan nak beli sesuatu tu..huhu)
DO I NEED THIS?

Langsung tak memberi kesan apa2 pada aku kerana aku akan mengatakan.. YES, I NEED THIS

Entri kali ni merupakan luahan serta rasa yang dah terpendam lamanya..
Sering kali aku berhadapan dengan masalah dalam perbelanjaan..Kadang-kadang aku dah rasa, bajet perbelanjaan aku dah cukup baik dah.. Tapi ada je keinginan yang membantutkan sikap baik tu..
Hanset aku rosak..Sedih dibuatnyer kerana aku pasti wang akan mengalir keluar selepas ni. Aku mesti memiliki hanset dalam masa terdekat sebagai pengganti kerana aku adalah pemain mesej yg tegar..

Pada asalnya aku target nak beli yg murah2 je.. Rm99.. Tapi keinginan atau hape ntah yang mempengaruhi aku. Sebab bile nk bli murah, terpikir jugak, alang2 nak bli baru, baik bli yang elok cket n banyak function...
Akhirnya, aku buat keputusan dan terus membeli hanset yg elok n mahal cket tu.. Sampai di rumah, aku mula mengenangkan wang simpanan yg tinggal dalam bank... Macam cket je..Cukup ke nk survive sampai abeh sem ni..huhu..Kalau ikotkan mmg cukop.. Cuma aku ada plan lain hujung tahun ni...Kalau ada rezeki, dah sampai masa dan diizinkan, maka tersuntinglah aku...Mesti nk guna duit..Dah buat perjanjian tuk simpan duit sebanyak sekian2...Nak continue amik lesen lagi... Hmmm.. Dalam masa sama, aku telah dimarahi oleh nya..Xsabar2 if nak beli sesuatu tu..Katanya la..Lagi la aku down dibuatnya..

Memang teruk sikap aku yang satu ni..dia marah coz dah banyak kali aku macam ni..pastu, balik2 aku yg menyesal dengan tindakan aku sendiri.. Sekarang ni, memang aku nak simpan fon tu n xnak pakai.. (tengoklah seberapa lama yang mampu tahan xpakai fon tu)Xsedap hati dibuatnya..Rasa nak jual pun ada..Kalau ada sape2 berminat bleh la..Harga xmahal tapi cantik la..sesuai untuk perempuan je.Aaarrhhh...menyesal weiiii!!!
Hai la insan yang bernama Nurul Syuhada..Bila anda mahu berubah....???

No comments: