Monday, March 26, 2018
Doa buat abah (part 3)
Ku renung semula detik-detik pemergian abah.
Mengapa aku begitu nekad mahu melafazkan doa di hadapannya?
Kerana selama ini aku tidak pernah memberitahu bahawa dirinya adalah yang terbaik untukku.
Sebelum nafasnya terhenti,
aku ingin mengungkapkan dalam doa seikhlasnya dari hati,
bahawa dia adalah anugerah terindah dari Ilahi.
Sungguh aku tidak mampu membalas segala kebaikan dan penat lelah yang telah dilalui.
Apatah lagi memberi kesenangan dan kemewahan untuk dinikmati.
Kepada Allah aku memohon, dengan sifat Ar-rahman dan Ar-rahim, aku yakin bahawa doaku sebagai anak, bisa menempatkan abah di tempat yang terbaik dan istimewa disisiNya. Rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya. Percayalah, Allah itu maha baik.
Terima kasih Allah...
Hikmah yang tersirat...
Syukur padaMu Ya Rabb,
kerana telah memberi kesempatan padaku untuk melafaz doa dipenghujung nyawa abah.
Kau ilhamkan aku bait-bait doa yang sungguh bermakna.
Kau berikan aku petunjuk bahawa abah mendengar apa yang diungkapkan olehku, sehingga rupanya berubah dan nafasnya naik turun laju sebak seperti orang menangis. Sayu hatiku. Saat itu juga, kurasakan seperti satu keajaiban telah berlaku.
Abah, sewaktu aku kecil, engkau telah mencipta sebuah lagu tanda kasihnya padaku. Dan kini apabila aku dewasa, aku menciptakan sebuah doa yang tulus untukmu.
Syukur padaMu Ya Rabb,
Kerana ku rasakan Engkau telah perkenankan segala permintaanku.
Abah pergi betul-betul dalam keadaan bersih.
Masihku ingat 'update' mesej dari abangku bahawa abah baru dibersihkan, kemudian menerusi perbualan telefon selepas beberapa minit diberi susu, engkau pergi menghadap Ilahi. Kerana itu abangku menangis. Tidak sedar nafas abah terhenti semasa sibuk membersihkan peralatan tiub susu itu walaupun katil dan sinki terletak bersebelahan sahaja. Begitu tenang dan mudah engkau pergi.
Sepertinya, seorang bayi yang tidur baru sahaja dibersihkan dari kotoran kemudian berada dalam keadaan segar, lalu diberi makan (susu) hingga merasa begitu selesa sekali, lantas tidurlah bayi itu semula dengan tenang.. tetapi tidurnya abah dengan tenang adalah buat selama-lamanya...
Teringat kata-kata bekas rakan sekerja abah di akaun facebook selepas ketiadaan abah. "Antara orang yang disayangi." "Sangat lembut apabila berbicara." "Seperti seorang bapa." "Kalau boleh tolong, dia akan tolong." Baru ku tahu sikap abah ditempat kerja. Alhamdulillah, rata-rata bercakap yang baik-baik. Permudahkan urusan orang lain, InshaAllah urusan kita dipermudahkan.
Syukur padaMu ya rabb,
Dipenghujung nafas abah, ibu ada memberitahuku, ibu dapat melihat wajah abah cerah, seperti bercahaya. Itulah kali terakhir ibu melihat wajah abah yang masih bernyawa. Tambahan pula ada seorang bekas rakan sekerja abah datang ziarah pada lewat petang itu, dan sempat berkata "abang mi ni, tengah sakit pun muka cantik,eh, handsome." Semuanya atas kehendak Allah.
Seingatku, abah orang yang suka bersedekah. Sedekah abah bukan tertumpu kepada ahli keluarga terdekat, masjid-masjid, atau anak yatim sahaja. Sedekahnya beberapa kali pada wanita tua kurang waras yang mencari rezeki dengan mengutip sisa sampah di belakang rumah untuk dijual. Abah siap pernah bersembang dengannya. Ternyata abah kasihan apabila melihat wanita tua itu. Di kedai-kedai makan pula, jika datang peminta sedekah atau orang asing menjual barang. Selalunya abah akan hulurkan duit untuk disedekahkan atau membeli barang tersebut jika mempunyai duit lebih.
Pada binatang juga tidak terlepas sedekahnya. Abah suka berkebun semasa sihatnya. Pernah musang,tupai dan burung masuk di perkarangan rumah memakan hasil tanaman. Perkara itu tidak membuatkan abah berang. Malah sengaja dia meletakkan makanan di perkarangan rumah untuk memberi makan kerana kasihankan binatang-binatang tersebut kerana 'rumah' mereka telah dimusnahkan kerana pembangunan pesat. Abah begitu sayangkan kucing, dibelai, dimanjakan kucing yang datang walaupun tidak bertuan. Sanggup keluar semata-mata untuk beli 'lauk' untuk diberikan kepada kucing itu. Begitu pandai abah melayan makhluk yang tidak berakal sehingga ia juga kenal dan mahu bermanja dengan abah. Mengejar, mengikut abah jika ternampak kelibat abah. Masihku ingat lagi, dulu, abah pernah membela ayam serama. Seronok aku tengok apabila ayam tersebut terbang dan hinggap berdiri di tangan, bahu abah. Ternyata binatang yang dibela juga terasa kasih tuannya disebabkan itu tidak ada rasa takut.
Sayangnya abah pada binatang sehingga dia pernah berpesan padaku supaya berbuat baik pada binatang walaupun pada anjing sekalipun. Kerana binatang juga adalah makhluk Allah.
Allah, rindunya pada nasihat-nasihat arwah abah.
Syukur padaMu Ya Rabb,
Sebenarnya saat abah dimandikan, imam yang membimbing adik beradik lelaki memandikan abah, beliau ada berkata kepada abangku "mayat ni nampak elok je, macam tidur, tak nampak sakit". Tambahan lagi kain putih yang dilalukan beberapa kali untuk menarik kotoran abah, ditunjukkan kepada adik-beradik lelaki dan berkata "tengok ni, bersih." Masih berwarna putih kain tersebut.
Adik beradik lelaki dan suami juga ada berkongsi bahawa mudah untuk mandikan abah. Masih mudah untuk lentur. Suami memberitahu, saat dia memegang lengan tangan abah, tak rasa panas, tak rasa sejuk. Dia menjadi keliru sekejap. Soalnya dalam hati, "Abah ni hidup lagi ke?"
Saat abah siap dikafankan, masih ada yang terlihat dan berkata tentang keelokan rupa paras abah.
Syukur padaMu ya Allah,
Engkau rezekikan kepada abah dimana kesemua anak-anak ada bersama. Sedangkan ada dikalangan anaknya yang bertugas di tengah-tengah samudera, ada yang menetap di luar negara. Engkau beri kesempatan dan kekuatan untuk anaknya menjadi imam solat jenazahnya. Aku pun tidak tahu bahawa abang sulung telah menjadi imam untuk solat jenazah pada waktu itu. Cerita adik lelakiku yang bongsu, dulu abah pernah berpesan padanya, "Kalau abah mati, abah nak anak abah jadi imam." Sungguh Allah telah perkenankan keinginan abah itu.
Boleh jadi, Allah rezekikan ini, kerana semasa hayat, abah benar-benar menjalankan tanggungjawab dan menyayangi anak-anak termasuk cucu-cucunya. Wallahualam. Jika dikenang, abah akan bersungguh-sungguh jika melayan dan bermain bersama cucu-cucunya. Kali terakhir abah pergi ke Bangkok pada Disember lepas, cucunya yang pertama telah membuat permintaan untuk tidur bersama atuk. Disuruhnya opah tidur dengan mamading ditempat lain (adik bongsu) kerana dia mahu tidur berdua dengan atuk. Allah, rupa-rupanya itu adalah kali terakhir dia diberi kesempatan untuk tidur dengan atuknya. Sena, cucu pertama abah. Cucu kesayangan. Dari kecil mendapat kasih sayang atuk. Hanya atuk dan ibunya sahaja yang boleh memberi ketenangan sejak bayi lagi. Hebatnya abah. Dengan anak-anakku juga tidak terlepas kasih sayang itu. Cuma dirinya semakin lemah. Abah selalu membantuku memegang atau bermain dengan Adyan jika aku sedang sibuk. Walaupun dalam keadaan tidak mengizinkan, dia akan minta juga kerana kasihan melihat tangisan anakku tanpa layanan. "Abah ni, boleh ke pegang Adyan, abah tak larat tu." Kataku. "Takpe, boleh... Kamu pergila buat kerja dulu." Jawab abah lemah. Dalam hati aku berkata," abah ni, tak larat-tak larat pun masih nak pegang juga." Sampai satu ketika, selepas ketiadaan abah, aku pernah bermimpi. Adyan menangis dipangkuanku saat aku sedang duduk di meja makan. Rasanya waktu itu aku mahu makan. Aku nampak abah ada duduk sebelah kanan di hadapanku dan ibu di sebelah kiri. Aku tidak hiraukan. Tetapi oleh kerana Adyan menangis tidak henti-henti, tiba-tiba abah bersuara, " bak sini Adyan tu." Sambil dia menghulurkan tangan. Aku memandang tepat pada wajah abah sambil berkata dalam hati, " abah, bukan dah takde ke? Kenapa abah nak tolong pegang lagi?". Terus senyap dan aku pun terjaga dari tidur. Berderai air mata saat itu dan aku menceritakan kepada suamiku sambil teresak-esak, dulu masa abah tak larat pun, abah nak tolong pegang Adyan, ni abah dah tak ada pun masih nak tolong lagi. Allah, baiknya abah. Aku menangis tak henti-henti. Pedihnya rasa rindu hati.
Syukur padaMu Ya Rabb,
Saat abah siap disolatkan, rupa-rupanya ada seorang wanita berusia yang berada disebelah ibuku bertanya, "ni ahli keluarga ke?" "Ya, yang meninggal tu suami saya." Jawab ibuku. Bertanya lagi wanita itu kepada ibuku, "apa amalan arwah ni sampai Allah rezekikan dia macam ni, dapat ramai orang solatkan?" Ibu terdiam. Tidak terfikir soalan itu akan ditujukan dan ibu sendiri tidak tahu jawapannya kerana masih terkejut dengan soalan itu.
"Kongsila dengan saya..." Rayu wanita itu lagi. "Errr.... Sedekah dengan penyayang" jawab adikku yang cuba membantu memberi jawapan. Dia juga secara spontan menyebutnya. Masing-masing tidak tahu apa jawapan sebenarnya. Hanya Allah maha mengetahui.
Semasa hari pemergian abah, jiran tetangga perlu menghadiri program anjuran persatuan penduduk diluar negeri. Tetapi waktu pemergian abah adalah waktu pilihan Allah, mereka sempat menghulurkan bantuan sebelum berangkat pergi. Kata ibu, ketua penduduk dan seorang lagi jiran telah datang ke hospital dengan menaiki van jenazah untuk bersama mengambil jenazah abah dan dibawa ke masjid. Sementara jiran sebelah rumah pula membantu bagi segala pengurusan di masjid. Terharu rasanya.
Alangkah indahnya apabila kita hidup bermasyarakat. Terima kasih warga penduduk Taman Setapak Permai yang sepakat.
Sehari aku bercuti dari bekerja.
Aku sempat berjumpa dengan seorang sahabat di sekolah. Aku berkongsi pengalaman sedih dan menceritakan kisah pemergian abahku inshaAllah dalam khusnul khotimah. Setelah mendengar dengan penuh rasa empati, sahabatku pun berkata "inshaAllah, abah syud orang baik, sebab tu dipermudahkan." "Kita ni syud, yang banyak dosa sebab banyak buat dosa dengan orang." Kata-katanya membuatkan aku terpana dan berfikir, lalu membalas " ya tak ya, ya kak." "Betul jugak tu." "Kitakan kena jaga dua perkara yang disebut hablumminallah dan hablumminannas." "Kita kalau buat dosa dengan Allah, kita minta ampun dan taubat, Allah ampunkan." Kataku. "Betul tu syud." "Tapi sesama manusia ni belum tentu lagi." Tambah sahabatku.
Perkongsian dengan sahabatku pada petang itu, benar-benar membuka minda dengan hikmah yang tersirat.Terima kasih sahabat. Selalu mengingatkanku dengan ilmu yang bermanfaat. Walaupun beza umur bagai ibu dan anak. Namun usia bukanlah kayu ukur untuk seseorang itu menjadi sahabat. Semoga Allah balas segala kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.
Satu lagi perkara yang perlu aku ambil pengajarannya. Abah orang yang menjaga silaturrahim. Abah seorang yang ramah, sukakan kedamaian. Pernah ibu berkongsi, abah kerap juga menjadi orang tengah dikalangan kawan dan saudaranya. Jika dikampung, dia suka cari dan temukan semula saudara-daranya. Kawan baiknya juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Masihku ingat mendiang kawan baik abah. Pakcik Salvador. Orang Filipina. Dengan sesiapa sahaja abah mudah berkawan. Pernah seorang nyonya cina datang ke rumah semata-mata menunjukkan album keluarganya dan duduk sembang bersama ditemani ibu dihalaman rumah. Seronok agaknya dapat berkawan dan berkongsi cerita dengan abah.
Pada Januari lepas, kenalan keluargaku semasa di Bangkok datang ke Malaysia atas urusan kerja. Dia mengajak adikku makan malam dan meminta untuk bawa abah dan ibu bersama. Semasa berjumpa Rosario (wanita dari negara Chile) di Bangkok, abah banyak bercakap dengannya. Oleh kerana itu, dia selesa dan berharap dapat berjumpa dengan abah di KL. Rosario yang telah pulang ke negaranya mengirimkan sejambak ros putih disertai ucapan takziah selepas mendapat tahu berita pemerg
Draian abah.
Masihku ingat juga, mak cikku (biras abah) amat sedih dan meluahkan rasa sayangnya pada abah. Dia teringat bila abah datang ke rumahnya untuk menghadiri majlis makan-makan keluarga, abah sangat berselera. Semuanya dipuji. "Makanan semua sedap. Pandainya masak." Kata mak cik lagi, "tak pernah tak puji. Tak ada yang tak sedap, semuanya sedap."
Begitulah cara abah. Ikhlas dan suka membuatkan hati orang rasa gembira. Kakak ipar juga merasai kehilangannya. "Abah (suhaimi) adalah kenangan terindah dalam hidup, dapat merasa ada abah mertua yg baik. Lembut percakapan."
Apa yang aku dapat kali ini,
Jagalah habluminallah dan habluminannas. Dua tuntutan ini tidak dapat dipisahkan.
Hal ini kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan manusia. Maka berbuat baiklah sesama manusia dengan kebaikan yang melimpah ruah.
Ketahuilah. Sesungguhnya Allah menyembunyikan keredhaan dan rahmatNya dalam satu perkara kebaikan. Oleh yang demikian, janganlah kita meremehkan sesuatu kebaikan kerana mungkin di dalam kebaikan yang kita remehkan itu terdapatnya keredhaan Allah.
Hadiah hari jadi...
Sempena ulangtahun abah yang ke 63 pada Oktober tahun lepas, ibu telah menghadiahkan senaskah al-quran besar saiz A2 untuk abah. Tujuannya agar abah dapat membacanya kerana sebelum ini abah kerap mengadu matanya tidak nampak. Kabur. Tetapi sayang, abah tidak berkesempatan untuk membacanya.
Melihat al-quran itu tersandar didinding dibilik ibuku, aku pun mengambilnya untuk membaca. Alangkah sedihnya rasa hati apabila pertama kali aku membukanya di muka surat pertama, aku terbaca tulisan ini, "hadiah kenangan hari lahir yang ke 63. To my beloved husband, semoga dimanfaatkan, 18 oct,2017." Ini lah pengajaran terakhir untukku. Kalam itu sebenarnya adalah untuk kami yang masih sihat, masih hidup dan yang bergelar anak, pewaris ibu dan ayah, yang akan meneruskan alam kehidupan ini. Kirimlah pahala bacaannya buat yang telah pergi 'di sana'. Moga mendapat syafaat bersama.
Belaian jiwa luahan rasa...
Pelbagai rasa bermain dijiwa.
Terasa bagaikan mimpi belaka. Perasaan bagaikan mahu menggila.
Satu nikmat kebahagiaan di dunia telah ditarik olehNya.
Hanya sekelumit iman yang mampu mengawal semuanya.
Beberapa hari selepas ketiadaan abah, perasaan rindu bertaut kembali. Di dalam group whatsapp adik beradik, ku luah dan ucapkan terima kasih kepada abang sulung kerana mengimamkan solat tempoh hari, terima kasih adik beradik lain kerana sama-sama mendoakan abah. Kemudian masing-masing meluahkan rasa sedih sehingga abang sulung membalas, "Sama2... imamkan jenazah abah tu mmg dh jadi tanggungjawab anak laki terutama yg sulung...yop percaya setiap dari kita dah buat apa yang terbaik mengikut kemampuan masing2...abah dah xde sedih tu mmg sedih tapi kita kene move on x boleh nk meratap lama2...anggap la kita semua sedang menuju ke suatu destinasi yg abadi dimana abah dh smpai dulu dan sedang tunggu kita semua disana..."
Allah, perenggan terakhir itu benar-benar mengubat hati yang lara. Betul-betul menusuk kalbu. Ya Allah aku sayang adik beradikku. Sejak kecil sehingga kini terasa hubungan yang erat penuh kasih sayang. Terima kasih mak abah. Terima kasih besarkan kami penuh kasih sayang. Tiba-tiba rasa tidak sabar untuk berada 'disana'. Seolah-olah Abah sebagai ketua keluarga telah memainkan peranan mendahului segala pahit manis kematian dan menunggu kami semua di suatu destinasi baru untuk hidup semula bersama.
Akhir kata, doaku untuk insan-insan tersayang,
"Ya Allah, sesunguhnya aku amat menyayangi anugerah dariMu iaitu kedua ibu bapaku, adik beradikku, suamiku,keturunanku,ahli keluargaku dan saudara maraku. Ampunilah kami dan tunjukkilah kami jalan yang lurus. Limpahkan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami. Lindungilah kami dari setiap azabMu.
Satukanlah, dan temukanlah kami semua di syurgamu, bersama para nabi dan solihin. Amiin..."
T.A.M.A.T
Thursday, March 22, 2018
Doa buat abah (part 2)
Sambungan bahagian 1
Sekitar pukul 5 pagi baru aku membalas mesej tersebut.
"Tq update". Tidak lama selepas itu, smartphoneku berbunyi.
Panggilan dalam tangisan...
"Jing2 call?" Soalku dalam hati. (Jing-jing : panggilan nama manja kami adik beradik terhadap abang no dua)
Aku dapat rasakan pasti panggilan kecemasan. Accept call.
Dalam nada tangisan, abangku memberitahu perlahan tersedu-sedan bahawa abah telah pergi buat selama-lamanya.
Air mata mula bergenang. Satu-persatu abangku meluah dan menjelaskan bagaimana abah pergi. Aku yang dalam kesedihan mendengar terpaksa mengawal emosiku ketika itu kerana mahu menenangkan abangku. Abangku berpesan untuk memberitahu kepada ahli keluarga yang lain. Aku terus memberitahu suami yang sejak dari tadi berada disisi sabar menunggu berita. Aku melangkah ke bilik sebelah mengetuk pintu dan memberitahu kakak sulung. Lantas aku turun ke bawah untuk memberitahu ibu dan adik perempuan yang sedang tidur nyenyak. Lampu dibuka dan dengan perlahan aku menyentuh menggerakkan susuk tubuh mereka untuk dibangunkan dan menyampaikan berita pemergian abah dengan air mata yang belum kering. Sedih. Masing- masing duduk terkesima berair mata menenangkan diri. Ibu berkata dalam nada sesal
"sebenarnya mak nak tunggu abah malam tadi, tak nak balik lepas maghrib, sebab dah rasa abah macam lain, tapi badan dah tak larat sangat untuk stay kat wad." Aku hanya mendiamkan diri. Aku sangat memahami ungkapan ibu. Selama abah berada di hospital, setiap hari bermula dari pagi hingga malam ibu setia menemani abah. Apalah daya kudrat yang semakin dimamah usia itu.
Aku kemudian sibuk menghantar mesej kepada ahli keluarga serta saudara mara yang lain.
Azan subuh berkumandang. Usai solat, Ibu bersiap sedia untuk ke hospital bersama adik lelaki dan suami. Ibu mahu jenazah abah dimandikan dan disiapkan di masjid berdekatan dengan rumah. Ibu bertanya kepadaku "Hari ni hari apa?" "Sabtu." jawabku. "Betul hari ni sabtu?" "Ya. Kenapa mak"? Balasku. "Hari ni bakal jemaah haji ramai kat masjid,ada kursus. Kalau boleh nak kejar cepat supaya sempat jemaah bakal haji solatkan abah."
Sementara ibu, adik lelaki,suami, abang sulung dan isterinya pergi ke hospital, aku bersama kakak dan adik perempuan mengemas rumah dan menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk kegunaan pengurusan abah di masjid nanti. Ibu berpesan untuk memberitahu jiran sebelah dan serahkan barang tersebut kepadanya untuk dibawa ke masjid kemudian nanti.
Redha...
Sekitar jam 9 pagi, aku,kakak bersama anak-anak dan adik perempuan telah bergerak ke masjid. Jenazah abah yang diiring oleh ibu dan adik beradik lelaki telah tiba lebih kurang setengah jam awal dari kami. Setibanya di masjid, sanak saudara telah berada di perkarangan masjid. Aku bersalaman. Aku berjalan membawa tiga orang anakku menuju kepada abah. Kelihatan beberapa orang saudaraku, ada yang dikenali ada yang tidak sedang duduk membaca surah yassin. Aku memandang ke arah sekujur badan yang terbaring dengan kain putih menutupi muka.
"Ya Allah.., abah..." Sebak, sedih, pilu. Aku semakin merapati jenazah abah. Tiba-tiba mak cikku berpesan "kalau nak cium, jangan bagi air mata jatuh kena abah, lap dulu." Aku hanya mengangguk. Saat aku menyelak kain putih yang menutupi wajah abah, aku merenung serta melihat terperinci seolah-olah mahu membelai-belai wajah kesayangan itu sambil berkata. "Ya Allah, abah, bersihnya muka abah". Seperti mengukir senyuman dengan mata yang terbuka sedikit. Aku pun mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang. Dingin.
Perasaan aku seperti mahu menangis sekuat hati pada mulanya tadi, terus reda dan tenang apabila melihat wajah abah sebegitu rupa. "Terima kasih Allah ." Kataku di dalam hati.
Tidak lama selepas itu, abangku yang ketiga baru sampai dari Perak tiba di masjid. Aku melihat dengan matanya berair, abang mula mengucup dahi abah dan menutup merapatkan mata abah dengan tangannya. Sayu bila melihat perbuatan abang dalam kesedihan. Sayu apabila melihat adik beradik turut bersedih. Sayu lagi apabila melihat ibu yang sedang duduk berdekatan jenazah dengan wajah duka.
Sekitar jam 10.30 pagi, adik-adik abah telah tiba dari Perak dan urusan untuk mandi diteruskan. Semua anak lelaki abah dan suamiku bersama bimbingan imam masjid memandikan abah. Aku hanya duduk menunggu diluar dengan anak-anak. Tiba- tiba anak sulungku berkata. " Mama, kakak nak tengok atuk." "Atuk buat apa kat situ?" Tanya anakku. "Atuk nak kena mandi." Balasku. "Mama, kakak nak tengok atuk mandi". Lalu ditarik-tarik bajuku untuk dibawa ke sana. Aku menyerahkan adyan (anak ketiga, berusia 8 bulan) untuk dijaga seketika kepada sepupuku. Aku melangkah masuk ke tempat abah dimandikan bersama dua orang anakku. Naura dan annaz. (seorang 5 tahun seorang 3 tahun)
Kakak meminta untuk didukung kerana mahu melihat dengan lebih jelas. Manakala annaz pula didukung oleh suami yang telah berhenti daripada membantu memandikan abah. Tinggallah adik beradik lelaki yang menjiruskan air, mengusap dan membersihkan abah.
Khusyuk kedua orang anakku melihat atuknya dimandikan. Naura bertanya, " mama, kenapa atuk tutup mata? Kenapa atuk mandi tidur?" "Atuk kan sakit, atuk dah meninggal, sebab tu tutup mata." Jawabku dengan harapan dia fahamlah. Aku melihat dengan mudah abah dimandikan dan dibersihkan, saat abang mengangkat sedikit kedua-dua belah lengannya, masih lembut lagi. Aku pelik sebab bagiku kalau dah jadi mayat patutnya keras. Tetapi nampak begitu senang. Badan abah tampak cerah, bersih. Naura tidak mahu terlepas pandangan dari melihat atuknya. Sampai aku sudah lenguh mendukungnya dan meminta untuk duduk diluar. Naura berkeras. Dia tetap mahu melihat atuk. Apabila pandangannya terhalang oleh abangku yang sedang membersihkan, dia minta ketepi dan minta aku berdiri rapat lagi. "Beraninya Naura ni." Lintasku dalam hati. Kerana, semasa aku kecil, aku takut kalau nak melihat mayat. Dia pula, suka tengok. Annaz pun sama. Mungkin rindu pada atuk tempat bermanja dan bermain serta masih tidak mengerti mengapa atuknya dimandikan dalam keadaan tidur.
Kucupan kali terakhir...
Setelah selesai mandi, abah dikafankan. Sekejap sahaja. Allahu... Sekali lagi, hati terasa mahu menangis sedalam-dalamnya apabila melihat wajahnya yang terbuka itu. Terdengar bisikan daripada kakak ipar ditelingaku
"abah dah meninggal pun muka nampak cantik je. Takde muka orang sakit." Alhamdulillah, kataku dalam hati. Ku renung lama wajah kesayangan dan tiba masa untuk memberi kucupan buat kali terakhir. Aku merapatkan diri ke wajah abah. Ku lihat buat kali terakhir, aku hanya mampu berkata dalam nada hiba,
" Ya Allah, terima kasih Allah... (Air mataku bergenang sambil ukir sedikit senyuman tanda syukur)Muka abah bersih, dah wangi, dah siap, inshaAllah abah, Allah bagi yang terbaik dan teristimewa untuk abah." Lalu aku pun mengucup dahinya buat kali terakhir....
Abah dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan. Ya Allah, sekali lagi aku memanjatkan rasa kesyukuran apabila melihat ramai jemaah bakal haji bersegera untuk bersama-sama solatkan abah. Aku berdiri dibarisan paling belakang.
Setelah selesai, kami semua bersedia untuk pergi ke tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak. Disitu abah akan dikebumikan.
Salam terakhir...
Di tanah perkuburan, aku melihat sudah ramai yang berada di sana termasuk saudara mara dab seorang sahabat lama sekolah di SSBJ pun turut hadir. Maaf, tak dapat nak bersembang lama. Aku berjalan rapat menuju ke khemah dimana jenazah abah telah bersedia di sana. Ku lihat kesemua adik beradik lelaki mengangkat dan menunggu ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abah. Bertambah pilu rasa hati ini. Syukur aku punya adik beradik sebegini. Saat ini aku berfikir sejenak. Untungnya Allah rezekikan abah, ada anak lelaki ramai yang berkesempatan menguruskannya. Aku berdiri rapat berselebahan dengan liang lahad. Aku melihat wajah abang-abang dan adik lelaki kemerah-merahan. Masing-masing menahan rasa sedih saat melihat wajah abah kali terakhir di dalam liang lahad.
Liang lahad tempat bersemadinya jenazah abah dikambuskan dengan tanah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah perkuburan. Bacaan doa dan talqin diteruskan. Sesekali, aku menangis dan mengirimkan doa lagi. Selesai semuanya, aku menyiram air di atas tanah kuburnya. Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya dan kami bersiap sedia untuk berangkat pulang ke rumah dengan salam terakhir.
"Kitorang balik dulu abah, assalamualaikum..."
Kunjungan tetamu...
Tiba di rumah, penuh dengan tetamu. Makanan pun telah tersedia hasil sedekah dan bantuan saudara mara. Allah.. syukur padaMu. Ramai yang datang ziarah ibu, bersedekah dan mengucapkan takziah. Rakan-rakan guru dan yang pernah mengenali abah juga turut berkunjung ke rumah. Sungguh terharu dengan kehadiran semua tetamu yang hadir. Ibu mertua turut berada di rumah. Aku sempat berkongsi sedikit tentang pemergian abah.
Petang, tetamu mula beransur pulang. Tinggal saudara terdekat sahaja yang masih ada dan ada yang akan bermalam di rumah. Pada sebelah malam, kami sekeluarga solat berjemaah dirumah dan buat doa tahlil. Setelah selesai bermulalah, cerita tentang saat pemergian abah dikongsikan. Masing-masing masih belum dapat terima sepenuhnya bahawa abah sudah tiada. SEDIH dan pastinya RINDU...
Apabila cerita-cerita itu dikongsikan, kesedihanku terubat sedikit. Rasa lega dan syukur sangat-sangat. Kerana cara pemergian abah, Allah beri tanda yang baik-baik. Dan petanda yang baik itu membuatkan aku teruja untuk berfikir dan ingin merungkai hikmah disebalik. Bagiku, pemergian abah tersirat seribu pengajaran buatku yang bergelar sang anak. Sehingga aku memasang niat untuk membuat perkongsian dalam bentuk penulisan andai ia mampu memberi manfaat buat kita semua. Moga-moga pahalanya dapat disedekahkan juga kepada ayahanda tercinta, Allahyarham Ahmad Suhaimi bin Hashim...
" Abah,
semasa hayatmu,
seringkali engkau menasihatiku dalam mengharungi sebuah permasalahan hidup."
"Abah,
semasa hayatmu,
seringkali engkau mengajarkanku ilmu kebaikan untuk diamalkan."
"Abah,
pergimu bertemu Ilahi,
engkau selitkan jua
pengajaran untuk anak-anakmu seperti mana hayatmu dulu."
Allahurabbi, bagaimana lagi harus kutunjukkan rasa syukurku kepadaMu atas anugerah terindah kurniaan ibu bapa di dunia...
(Bersambung)
Gambar lebih kurang 8 tahun lepas
(Aku yang request untuk bergambar macam ni. Those were the days)

Wednesday, March 21, 2018
Doa buat abah (Part 1)
Abah hanyalah orang biasa-biasa sahaja. Tidak berpangkat, tidak terkenal. Namun pemergiannya menghadap Ilahi, tersirat kisah pengajaran untukku. Di sini, ku kongsikan bersama, moga kepada yang membaca mendapat manfaatnya.
Masih segar dalam ingatan saat-saat terakhir aku bertemu dengan abah...
Kali kedua abah dimasukkan ke icu kerana sesak nafas akibat dari sakitnya sebelum ini iaitu kegagalan buah pinggang berfungsi. Tetapi kali ini, jantung sudah terhenti selama hampir 4 minit menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalaman yang lain. Abah berjaya 'dihidupkan' tetapi dalam keadaan koma dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Hampir dua minggu di icu, tiada perkembangan positif. Abah diminta untuk dimasukkan ke wad biasa sahaja kerana menurut doktor tiada harapan lagi untuk terus hidup.
Bermulalah sebuah kisah...
Jumaat, 9 Februari 2018
Perjalananku diuji saat aku ingin melangkah ke wad nefro 2b HKL. Memandangkan tempat meletak kenderaan agak jauh, aku perlu berjalan pantas dibawah pancaran sinaran matahari. Panas. Aku merasa sedikit marah dan sedih kerana masa yang ada untuk meluangkan masa bersama abah begitu suntuk kerana aku perlu bergegas semula ke tempat kerja.
Namun aku nekad dan cuba tenangkan diri kerana aku benar-benar mahu melafazkan doa dan berkata-kata kepada abah yang mungkin untuk terakhir kali. Aku berfikir pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku mula memujuk diri dengan bermonolog dalam hati, "sesungguhnya aku sedang menuju untuk berbuat kebaikan kepada orang tuaku, menghantar makanan kepada ibu, ziarah disamping lafazkan doa untuk abahku yg tenat". Aku perlu bersabar. Motivasikan diri dan betulkan niat semula. Aku kembali tenang... Begitulah caraku sebelum-sebelum ini apabila cuba bertenang apabila menghadapi masalah atau ujian.
Sampai sahaja di dalam wad, mata melilau mencari dan akhirnya terlihat dua susuk tubuh dipenjuru ruang. Seorang dalam keadaan seolah-olah sedang beradu, seorang lagi setia duduk disisi membaca ayat-ayat suci al-quran.
Aku terus masuk meluru kepada dua susuk tubuh tadi, menyapa ibu dan meletakkan bungkusan makanan di atas meja.
Lantas aku memandang wajah kesayangan, memberi salam dan memberitahu tentang kehadiranku dalam nada sayu. Namun tiada balas. Hanya hembusan nafas tenang yang terlihat. Aku terus membacakan doa dari ayat-ayat suci al-quran dengan niat kesembuhan lalu tiup di ubun-ubunnya walaupun hakikatnya aku tahu harapan untuk sembuh adalah tak mungkin kecuali berlaku keajaiban.
Lama ku merenung wajah kesayangan, seperti orang sedang tidur sahaja..
ku lihat jam bulat berwarna hitam putih di dinding dan masa yang ada tidak begitu mengizinkan.
Doa buat abah...
Lantas aku berdiri rapat dibahagian kepala ayahandaku, memandangnya dengan penuh belas dan kasih sayang lalu menadah tangan untuk melafaz doa :
أعوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-.
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
"Ya Allah ya Tuhanku,
Kau ampunilah segala dosa-dosa ayahku,
dosa kecil, dosa besar, dosa yang dia sedar mahupun tidak"
"Wahai penduduk langit dan bumi saksikanlah bahawa aku ini seorang anak sedang berdoa untuk orang tuaku yang sedang tenat".
"Ya Allah, Kau sembuhkanlah ayahku jika sembuh itu adalah yang terbaik,
namun aku berserah padaMu dan redha andai kata telah tiba waktunya Kau mahu mengambil nyawanya
kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya dan kami semua..."
(Saat aku membisikkan doa ini nafas ayahku menjadi laju, seperti orang yang sedang menangis sebak) Turun naik perutnya. Sedikit demi sedikit kahaknya keluar dari mulut masuk ke dalam tiub.
Aku meneruskan doa lagi dengan tenang dan menatap wajahnya penuh kasih sayang. Hatiku kuat mengatakan bahawa abah mendengar segala apa yang aku lafazkan. Semakin pilu hati ini saat mahu meneruskan doa.
(Ibu pula kelihatan cemas apabila melihat keadaan ayahku begitu. Lalu dia berkata kepadaku dengan nada lemah "tak payah pergi kerja la hari ni..duduk sini.. aku mendengar tetapi tetap meneruskan doa)
"Ya Allah Kau berilah yang terbaik dan teristimewa untuk ayahku,
jika tiba waktunya, Kau kirimkanlah malaikatMu dalam keadaan sempurna,
Kau tenangkanlah ayahku,
berilah keselesaan untuknya,
Kau permudahkanlah segala urusan untuknya, Kau bersihkanlah wajah dan jasadnya, wangikan dia.."
"Janganlah Engkau biarkan dia dalam kelaparan dan kehausan kerana dia tidak pernah membiarkan aku sejak kecil dalam keadaan kelaparan dan kehausan,
Kau ambillah nyawanya dalam keadaan husnul khotimah dan beriman."
"Ya Allah,
Sesungguhnya rahmat dan kasih sayangMu mengatasi segala-galanya,
Sesungguhnya rahmat dan kasih sayangMu mengatasi segala-galanya,
Kau angkatlah mana-mana amalan kebaikan yang telah ayahku lakukan,
Kau angkatlah darjatnya disisiMu,
Sesungguhnya ayahku ini telah banyak mengajarkanku kebaikan..
dia seorang ayah yang baik, bertanggungjawab, dia telah berkorban dan memberi nafkah sehingga aku mengenalMu dan rasulMu. "
"Ya Allah andai sudah tiba masanya,
Kau jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurga yang membuatkan dia rasa selesa dan tenang.
Ya Allah,
perkenankanlah doaku ini."
ربنا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِله
رَبِّ العَالَمِيْنَ
Dipengakhiran doaku, kelihatan nafas abah kembali tenang.
Ibu pula berpesan padaku, hantar mesej kepada abang sulung supaya segera datang ke hospital selepas solat Jumaat.
Selepas itu aku pun bertanya kepada ibu, " sebelum ni abah tak pernah nafas laju macam tu ke?" Jawab ibu, " tak pernah..ni pertama
kali". Jelas kelihatan pada wajah ibuku yg cemas sebentar tadi kerana selama dia berada di hospital menjaga abah, tidak pernah abah menunjukkan nafasnya begitu.
Tidak lama kemudian, datang misi untuk mencuci tiub yang mengandungi kahak tadi dan selepas itu mengambil detak degupan jantung abah. Abah seperti tidur sahaja kerana nafasnya begitu tenang. Lega mungkin.
Tidak lama kemudian, jam menunjukkan 2.30 petang.
Seorang pegawai keselamatan telah memberitahuku waktu melawat telah tamat.
Sungguh aku belum puas menatap wajah kesayanganku didepan mata.
Aku juga perlu segera pulang ke sekolah. Namun dengan perasaan hiba aku bangun dan berdiri rapat dgn abah. Lalu aku pun berkata buat kali terakhir.
"Ya Allah, izinkan aku utk bercakap dgn ayahku. Aku berbisik pada abah, "abah, tetaplah memilih Allah walau apa jua yg berlaku selepas ini (kerana aku tahu saat sakarat juga ada ujian dan gangguan) kerana kami semua akan memilih Allah juga". Aku memberitahu lagi bahawa aku perlu pergi ke sekolah dan tugasku sebagai guru ini pun adalah hasil didikannya. "Nak sebarkan kebaikan untuk anak-anak murid. "
"InshaAllah segala pahala kebaikan tu nanti akan diniatkan sedekah untuk abah juga. Abah jangan risau,(pujukku dalam masa sama ingin memberi kekuatan kepada abah saat menghadapi sakarat) InshaAllah, Allah akan bagi yang terbaik dan yang teristimewa untuk abah."
"Abah, contek gerak dulu ya, Assalamualaikum..."
(Sambil mengusap ubun-ubun dan mengucup dahinya) Aku pun bersalaman dengan ibu dan terus bergegas ke tempat kerja.
Di tempat kerja, sekali sekala aku akan melihat mesej dari group whatsapp keluarga untuk dapatkan maklumat terkini abah.
Kemudian update terkini yang aku terima, abah demam. Aku mula risau.
Malam, setelah ibu pulang dari hospital, aku terus tanya untuk dapatkan kepastian berita abah demam. Ibu pun memberitahu, sebenarnya, abah dah demam lebih kurang dalam pukul 3 tadi.. Elok je lepas aku balik, tak lama lepas tu abah demam. Fikiranku mula tak keruan.. apa sebenarnya petunjuk yang mungkin Allah nk beritahu. Kalau secara medical, sudah tentu dikatakan ada jangkitan kuman atau sebagainya. Tetapi aku melihat lebih daripada itu.
Malam seperti biasa, masih sedekahkan bacaan surah untuk abah dan berniat utk bangun solat malam.
Sekitar pukul 4.15 pagi aku terjaga dan membaca mesej dari abang kedua yang menjaga abah mengikut giliran.
Update terkini dari abangku pada pukul 4.13 pagi :
"abah baru je ditukar lampin,dibersihkan, dilap,ditukar cadar cuma nafas ada turun naik laju sedikit." Aku lega.
Sekitar pukul 5 pagi baru aku membalas mesej tersebut.
"Tq update". Tidak lama selepas itu, smartphoneku berbunyi....
(Bersambung)
Monday, July 4, 2011
Mari mencuba : CreAm Puff
Salam.
Alhamdulillah, praktikal selama 3 bulan telah berjaya dihabiskan dan keputusannya juga telah keluar..Pasal praktikal, bila free nanti baru kongsi ye.. Hampir 3 minggu berada di rumah tanpa sibuk mencari kerja mcm kwn2 yang lain..hehe..Mak pun mcm tak bagi kerja & suruh tolong die dulu.. Hurm...rileks2 je la kat umah ni sambil bantu mak buat kuih karipap pusing yg ditempah..dpt upah jgk walaupun xbyk.Hehe..
Memasak adalah salah satu kesukaan saya so, teringin nk belajar buat cream puff sebab bulan puasa yang lepas kami sekeluarga berniaga kuih karipap pusing dan cream puff yg ditempah drp kawan mak saya. Cukup laku lagi laris...
So saya telah mengambil inisiatif sendiri utk mempelajarinya drp Chef Youtube..hehe.. mana taw lepas ni boleh wat bisnes cream puff pula. :)

Dalam die bubuh krim... |
Finally..!!! menjadi u'olls..hehe..sedap lagi tu |
Sunday, June 12, 2011
Masih lena dibuai mimpi.. Lusa sekolah..!!
Hohoho..
Esok saya akan berangkat pulang dengan wira pink untuk kembali ke rumah sewa di seksyen 15, Shah Alam.. Betapa beratnya rasa untuk kembali ke sekolah.. Walaupun tinggal seminggu lagi praktikal.. Dah macam budak sekolah jugak jadinya bila cuti dah nak habis..huhu.. BAnyak kerja yang perlu dibuat dalam masa seminggu sebelum tamat latihan mengajar.. Bila tinggal seminggu lagi, mood untuk mengajar semakin pudar..huhu... W/b/pun saya harus menjalankan t/jawab saya w/pun pelbagai rasa yang sedang bermain dijiwa .. Mungkin disebabkan sudah lama ber'honeymoon' di rumah tanpa membuat sebarang kerja2 yang berkaitan dengan latihan mengajarku.. Tmabahan pulan terdapat faktor2 lain yg mengundang kemalasanku untuk kembali berpraktikal..huhu..
Hurmm..Mcm mana ye.. Penanda buku guru pembimbing subjek minor tercicir dari buku tks yg aku pjm darinya.. Takutnya nk bgth dia sebab orgnya agak 'cengey'
Ni la realiti..kena berhadapan juga.. Mungkin akan berterus terang dan gantikan yg baru..huhu..
Lepastu semua kena lengkapkan dan kemaskini segala perkara untuk diserahkan ke LMPK fakulti..Waaa... dan satu lagi..Masalah kewangan juga turut menjadi pengacau jiwa utk malas kembali ke sekolah..huhu..sekian
Wednesday, June 8, 2011
Hanya suka2 : Nak cuba fesyen Hana Tajima...
Aku mula mengenali dia setelah aku terlihat fesyen tudung muslimah sekarang...(Tapi di alam maya je la) Hana Tajima Simpson.. Dari sumber yang boleh dipercayai, beliau adalah kacukan jepun dan inggeris.. Bekerja sebagai Fashion designer dan model jgk kot sebab tengok die posing sana sini.. Dulunya bukan beragama islam, tapi 5 tahun yang lepas sudah memeluk agama islam.. Difahamkan lagi, beliau juga merupakan kawan baik kepada penyanyi Yuna.. No wonder la kalau kita tgk fesyen tudung Yuna agak unik juga cara pemakaiannya.. ;)
Zaman semakin moden, berkembang... Macam-macam style aku dah tengok.. Tapi kali ni membawa sedikit kelainan dan boleh dikatakan aku juga meminati fesyen tudung sebegitu..Tapi sekadar meminati je la.. Nak pakai tu, setakat cuba2 di bilik je..haha...Kawan2 sekeliling juga ramai yang dah pakai tudung ala Hana Tajima.. Sempat juga lah aku belajar di youtube.. Tapi still tak past..haha.. Akhirnya aku telah bertanya pada seorang kawan yg betul2 meminati dan mengikuti gaya Hana Tajima. Jom kita tengok fesyen hana Tajima.. Orangnya memang cantik..Pakailah tudung mcm mana pun mesti cantik.. :)

Hana Tajima Simpson 1 |
Hana Tajima Simpson 2 |
Err.. Ni kawan saya..cantik kan.. |
Fesyen Hana Tajima yg sgt digemari (Kawan saya jugak ni.Cantikkan!) |
Setelah dikaji, Jika ingin kelihatan cantik dan sesuai dengan gaya tudung Hana Tajima, pemilihan jenis kain tudung perlu diutamakan..Dan satu lagi, bentuk muka juga perlulah bersesuaian. Jika tidak... Jadilah macam saya ni...
1
2
3
Haha..bulat...posing bukan main.. Tapi kurang sesuai.. Oleh itu beringat-ingat lah ye.. |
P/s : Nak try jugaakk..
Suatu perkongsian : Kelebihan Kahwin Muda
Entri kali ini khas untuk pasangan yang ingin kahwin muda.. Artikel ini saya dapati drp e-book yang telah saya langgan pada beberapa bulan yang lepas.. (kalau tak salah, saya dah langgan, kalau tak mcm mane artikel2 ini bleh ada dlm inbox saye..) Walaubagaimanapun, saya berbesar hati untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai isi yang terdapat dalam artikel tersebut. khas bagi yang tidak berkesempatan untuk memperolehinya untuk menambah pengetahuan yang sedia ada..
Dan inilah faktor yang banyak menghalang dari kebanyakan rumahtangga didirikan.
Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang anda perlu tahu adalah :
“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. :)
Kalau dah agama yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya?
- Berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa.
- Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.
- Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.
- Berkahwin menarik banyak rezeki.
- Berkahwin meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya.
- Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki diri.
Dan inilah faktor yang banyak menghalang dari kebanyakan rumahtangga didirikan.
Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang anda perlu tahu adalah :
- Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian
- Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
- Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawab termasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan. :)
“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Subscribe to:
Posts (Atom)