Monday, July 12, 2010
Perampas...!!!Rasa nak pijak2 orang itu
Perkara ni telah membuatkan satu kawasan kehidupan berubah menjadi suram dan terasa kesedihannya. Ni semua gara2 seorang pensyarah yang pentingkan diri sendiri..Kejam sangat!!! menggunakan kuasa untuk merampas adik2 ku disini...ditambah dengan ugutan...Kasihan sungguh apabila melihat statement2 yang terpaksa dikeluarkan oleh adik2 ku... di mulut ckp len, di hati len..Mereka tersepit,terhimpit!! Ada yg dimaki..Yang ugut tu paling xtahan..Ni da kes aniaya! Zaman sekarang ni xsemua pensyarah boleh dihormati...Di mana hak kita sebagai pelajar universiti?Bukan nk riakk..Tp kepada sesiapa yg mengetahui serta mengalaminya, mereka juga akan bersetuju..Sedih sgt rasenye...Terutama kepada pelajar baru..mereka baru masuk tapi dah mengalirkan air mata gara2 pensyarah yg xberhati perut sehingga sanggup menggugut serta melontarkan kate2 kesat kepada mereka sekiranya kehendaknya tidak dipenuhi...Kalau mereka dah kate xnak, kenapa mesti nk paksa??? Da mcm israel pun ade. Salah gune kuasa!!Sungguh kejam.. Mereka xrela untuk pergi pun sebenarnya...Tapi pensyarah tu bijak. Menggunakan satu tiket lain untuk merampas adik2 ku untuk mengaburi mata orang lain..Sedangkan kami disini dah taw taktik berdasarkan mangsa2 pensyarah itu sendiri yg lepas2..sekian..moga pensyarah ini akan terima akibatnya kerana menganiaya mereka yg xbersalah
Monday, June 28, 2010
Thanks to Warkah untuk Bonda
Terima kasih sekali lagi buat sahabat blog yang telah memilih blog saya yang tak seberapa ni untuk menerima anugerah A+....(ulang balik...A+ tu....) heheheee..... seronok bila ada anugerah2 mcm gini....memang tersuntik semangat agar blog milikku ni tidak dipenuhi dengan sesawang atau taik2 tikus or telur cicak... Apapepun...aku kena penuhi syaratnya untuk menjawab 2 soalan cepu mas..
What do you feel to know that u get this award?
- i don't believe it!
- Oh..again...from a same person???hehe
- motivated
- happy
- lucky
List down 7 bloggers that deserve this award.
Wednesday, June 23, 2010
Sunday, June 13, 2010
Terharu dapat award,,,, !!!sob..sob...
1st Award..
Kategori : Beautiful award
From : Azwandy Muhamad
Ucapan :
"Sebenarnya saya xsangka bleh dapat anugerah ni. Cantik ke blog saya?haha...itu yg muncul dalam fikiran saya.Terima kasih kepada pemberi award ni kerana telah menyenaraikan 15 orang yang layak untuk manerima award. Sesungguhnya inilah kali pertama saya dapat award walaupun penulisan dan dekorasi blog belum begitu mantap untuk menerima sebarang award. Apapepun, cantik itu subjektif ok! Terpulang pada penilainya...heheh."
2nd award
Kategori : Anugerah sahabat blog paling glamour 2010
Daripada : Dylaqistina
Ucapan :
"Terima kasih juga pada sahabat blog, dylaqistina di atas penganugerahan ni... Anugerah ni diberi kerana saya merupakan salah seorang pembaca setia blog WARKAH UNTUK BONDA dan yang paling penting bagi pemberi anugerah, saya adalah sahabat blog paling GLAMOURrrr...jangan marah..haha."
Friday, June 11, 2010
Re: Wow... Hari ini dalam sejarah...
Ringkas saja utk post kali ni.. Hai la badan.. Khabar berita yang baik dimalam jumaat untuk diri aku ni....Rupa-rupanya semasa membuat pengiraan untuk mengetahui jumlah pointer untuk result semester ini terdapat kesilapan...haish...bersemangat balik 'power ranger' dengan apa yang berlaku...Keputusan semester lepas xde lah jatuh menjunam seperti yang aku ceritakan paa post sebelum ni...cume jatuh tergelincir sedikit dari semester lepas... 2 kali salah kire...dan kali yang ketiga ni aku percaya dan pasti tiada kesilapan lagi kerana dah mengiranya berulang kali..haish...syukur sangat..dan bertambah semangatku untuk terus berjuang dan memperbaiki keputusan untuk semester depan!! Haiiiyyaaakkkk!!!!
Thursday, June 10, 2010
PETUA MENDAPAT PASANGAN
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Sumber : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
Wow...Hari ini dalam sejarah...
Ape yang menarik sangat sampai ada perkataan "Wow" pada title aku tuh...Haha..semestinya result untuk semester ini sudah keluar walaupun belum secara rasminya... Ada orang kata xsemestinya result yg xofficial ni adalah tepat...Tapi firasat aku mengatakan ni lah result yang sama akan keluar secara rasminya untuk aku nanti... Result yang aku terima ni adalah hasil dari usaha dan kerahan tenaga yang ada dalam badan ni walaupun lemau sepanjang berada di semester 6. Banyak dugaan dan cabaran semasa berada pada semsester ni...semakin naik semester, semakin banyak dugaannya... Dan selalunya jangkaan aku adalah tepat menerusi apa yang telah aku lakukan..(Bukan nak berlagak tp itulah kenyataan). Well nak dipendekkan cerita...
Hari ini dalam sejarah apabila dari semester 1 hingga 6 inilah kali pertama result aku jatuh menjunam! Aduh!!! Sakitnya....Kecewa tu memang ada cz aku target gred yang lebih baik tapi xdapat..Dari situ mulalah nak salahkan lecturer..Kadang2 lecturer juga mempengaruhi result kite...Dulu aku xpercaya..Tapi sejak 2 semester yang lepas aku percaya. Tp aku dah bleh predict ini semua akan berlaku. Pasti ada sahaja cemuhan atau kata-kata dibelakang yang aku dapat jangka selepas ini hasil dari pengalaman lepas..Tambahan lagi aku kini adalah seorang 'power ranger' yang berkeinginan melawan raksasa yang paling merbahaya dan pastinya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Sebelum ni pun memang da jadi 'power ranger' tapi sejak semester lepas, aku ni 'power ranger' yang degil.Apapepun semangat untuk berjuang tidak akan berhenti setakat ni...Ini lah masanya untuk aku terus berjuang, mencari pengalaman hidup dan merasai kehidupan pada setiap bahagian roda yang sentiasa berputar. InsyaAllah dengan usaha dan izinNya aku akan bangkit dan menjadi lebih kuat untuk menghadapi semua ini...
Last but not least : Hadapi dengan Senyuman :)
Subscribe to:
Posts (Atom)








