Friday, January 7, 2011

Semalam lebih baik dari kelmarin

Yup.. Semalam lebih baik dari hari semalam..
Tapi hari ini baru dapat menaip al-kisah yang berlaku semalam untuk mewarnai hari kelmarin yang mendukacitakan hati. Rasa seperti doaku dimakbulkan apabila kelmarin air mata mengalir dan lidahku meminta pertolongan dariNya untuk menghadapi cabaran hari kelmarin. Alhamdulillah...
Semalam,
Kerja-kerja power ranger ku utk mencari atlet berganti-ganti j/raya telah menemui jalan penyelesaian. Bukan mudah kerana memerlukan jumlah yg ramai. Dan masa yg diberikan utk kami mencari atlet2 ini adalah singkat setelah menghadiri mesyuarat iaitu lebih kurang 1 1/2 hari dan kami perlu menghantar/mengkey in nama2 mereka ini. Apa yang menyedihkan, penglibatan dari kalangan senior amat tidak menggalakkan.. Nak buat mcm mane, dari pihak kami tidak boleh memaksa lebih2..Sikit2 je bleh..hehe..
Seterusnya,
Tengahari, saya dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa biasiswa telah pun dikreditkan ke dalam akaun saya..Syukur sgt kerana mau shopping barang2 keperluan yang telah kehabisna stok.
DAn..
yang paling buat hati ini melonjak kegembiraan adalah, result ku berubah hasil semakan gred yang dibuat tempoh hari..Saya yakin pada exam lepas, saya mampu buat yang terbaik.. Saya berjaya melepasi sasaran yang ingin dicapai iaitu utk mendapat dean list.. Walaupun bukan dean list untuk purata nilaian gred keseluruhan, namun matlamat yang berjaya dicapai untuk purata nilaian gred semester sudah mampu untuk meningkatkan motivasi dalam diri...Sekian..

No comments: