Tuesday, January 4, 2011

Pelajaran Hari ini

Saya nak cerita mengenai pelajaran hari ini. Pelajaran semalam menarik tapi tak rasa untuk berkongsi. Semester akhir saya telah pun bermula. Ada 2 subjek shj yang perlu diambil selama 2 bulan berada di UPM iaitu subjek elektif. Sebelum ni saya sudah bertekad untuk mengambil subjek Psikologi Kanak-Kanak & Remaja dan satu lagi Undang-undang Keluarga Islam.... Semalam saya tiba-tiba confuse untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan subjek Undang-undang Keluarga Islam atau Undang-undang Jenayah Islam (pilihan yang ada). Kata-kata kawan sudah mula masuk mempengaruhi diri agar memilih serta membuat keputusan menggugurkan kursus Undang-undang Keluarga Islam kerana susah utk score berbanding undang-undang jenayah islam..Goyah jugak la semalam masa nak buat keputusan muktamad.
Hmm, Tapi mlm tadi dan pagi ini, saya mula sedar apa yg saya mahukan. Alhamdulillah, Undang-undang Keluarga Islam dekat di hati..(cewah).
                 Pukul 11pg bersama seorang teman berjalan kaki pergi ke kuliah. Bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang dirindui serta menanti kehadiran Lec masuk ke kelas. Jam menunjukkan 11.15pg.. Lec pun sampai. Katanya, sambil memandang ke arah jam, "kenapa jam ni cepat sgt..?"
Mukadimah dari Lec sangat menarik.. Awal-awal lagi sudah mampu membuatkan Dewan FPP2 di penuhi dengan gelak tawa pelajar2 final year B&k dan Moral. Untuk hari pertama menghadiri kelas ni, saya rasa seronok. Dan saya teringat kata-kata Lec saya yang bersangkut paut dengan subjek ini.
~ Rumahku Syurgaku
~ Orang lelaki akan tumbang/kalah dengan perempuan : Jaga makan(kena belajar/pandai masak ye) dan
    tempat tidur suami.. InsyaAllah, Rumahku Syurgaku
~ Orang perempuan akan kalah pada Emas dan Cermin... (g shopping2, ternampak kedai emas, mesti nk
    jenguk2 jap, satu lagi kalau ternampak cermin mesti pantang...betul sane sini..kesat  itu ini..kan?hehe)
~ Lelaki kena cas bateri 2 minggu sekali paling lame, Perempuan 4 bulan paling lama

               Menarik kan?Alhamdulillah, hati saya da tetap untuk pilih subjek ini. No turning back..Lagi pun, dengan izinNya, saya bakal mengharungi alam berumah tangga suatu hari nanti, jadi saya perlukan ilmu2 sebegini untuk diamalkan.. Sekian.. :)

No comments: