Di sini, saya mahu mengambil kesempatan kepada warga kolej jika ada yang membaca untuk berkongsi tentang apa yang berlaku dari pihak pengurusan universiti terutamanya pihak kewangan. Untuk makluman semua, aktivti atau sebarang program selepas ini kebanyakannya akan ditanggung oleh pelajar sendiri. Tiada lagi peruntukan untuk makan, bahan2 untuk laksanakan aktiviti/ program perlu ditanggung oleh pelajar. Harap kalian faham..
Sedih rasanya apabila dari pihak kami mahu menjalankan satu program yang berprestij tetapi mungkin tidak gah seperti dahulu seperti yang kalian harapkan. Mahu sahaja menitiskan air mata kerana kalian mengharapkan yang terbaik dari pihak kami.. Ya, kami juga mahukan yang terbaik untuk kalian.. Dengan kudrat yang ada, kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang hebat-hebat belaka. Dan setiap perkara yang berlaku tidak sama dengan yg dahulu. Perkara ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada pihak kami. Kami terima itu semua. Kami juga kecewa dengan perubahan2 ini. Buat pengetahuan semua kos-kos perbelanjaan telah banyak disekat oleh pihak kewangan. Lebih mengecewakan lagi apabila dimaklumkan tiada peruntukan untuk final year student (termasuk diri saya). Rasa nak maki hamun pun ada. Majlis adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir, tapi kami pula yg tiada peruntukan melainkan untuk anugerah shj yg ditanggung oleh pihak kewangan universiti. Kami mahu mencari penaja tetapi tidak dibenarkan dari pengurusan kolej.. Segala kerja publisiti, dekorasi perlu ditanggung oleh pelajar sendiri...Kami perlu bekerja lebih keras dan memikirkan apa yang terbaik utk kita semua. Geram sangat2 dengan apa yang berlaku..Sangat berharap kalian faham situasi yang dialami oleh pihak kami dan berikan sokongan untuk kepentingan bersama..
~ Sokongan kalian sangat diperlukan utk meneruskan tradisi ini
1 comments:
cut2!!soh dieorg puLangkn yuran separuh!!haha
Post a Comment