Wednesday, January 26, 2011

Bukan tak nak tido.. Tapi...

Jam menunjukkan 3.40 pagi... Badan terasa penat, mata mula pedih mengantuk. Seharian berhadapan dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan serta komitmen terhadap tanggungjawab. Penat..Letih..Lemau... Apalagi istilah yang boleh digunakan..? Walaupun rasa begitu, tetapi ada satu antibiotik kepada rasa-rasa tadi iaitu semangat...

Saat ini, masih lagi mengadap laptop acer yang hampir 3 tahun digunakan. Hasil pemberian seorang ayah yang penyayang buat saya sebagai seorang pelajar universiti.. Kemudahan untuk saya menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan sampingannya sebagai penghibur.

Bukan tak nak tido... Tapi apabila memikirkan hari esok yang perlu dihadapi membuatkan otak berfikir apakah tindakan-tindakan yang harus dilakukan. dan juga, dalam keheningan ini, banyak lagi perkara yang difikirkan.. bercampur baur... Emosi mula terganggu...

Contohnya... Pertama, sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya rasa penat untuk memikirkan tentang keperluan orang sekeliling atau perkara yang mahu dicapai kerana saya rasa saya telah gadaikan apa yang saya ada untuk melaksanakan tanggungjawab..Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan..Cuma saya tak mahu rugi dalam pelaburan yang telah saya lakukan. Sekurang-kurangnya pulang modal. Soal keuntungan yang bakal diterima, lambat laun pun xmengapa.

Yang kedua..., apabila terlalu lama dalam sesuatu perkara dan apa yang diharapkan masih belum mampu tercapai membuatkan saya seolah-olah putus-asa kerana emosi dan perasaan terganggu..Namun, semangat tetap ada, perasaan juga tetap ada.. Jadi, buat masa ini saya memilih untuk berhenti daripada terus melayan perasaan dengan cara membuat banyak kerja sehingga tidak terlalu memikirkannya... sekian

2 comments:

lini hasnan said...

come on kak syuk boleh!

fazally87 said...

tido2 ayam k..mane tau dpt mkn ayam..:)