Friday, December 31, 2010

Ramai orang berazam bila 1 JAN 2011

Hmm.. beberapa minit dari sekarang, maka bermulalah 1 jan 2011. Ramai yang berazam dan memasang cita-cita apa yang hendak dicapai pada tahun 2011 ni. Actually aku juga seperti mereka punyai azam tersendiri. Tapi azam tersebut lebih awal dibuat serta diiringi dengan doa. Cuma tidak sempat untuk dikongsikan disini. 2010 akan berlalu, Apa yang lepas, lepaslah... Segala apa yang dirancang, apa yang mahu dicapai, apa yang diharapkan tapi tak tercapai, biarkan ia kerana siapalah kita untuk memilikinya semua. Mungkin disitu ada hikmahnya.
Azam di tahun baru  telah ku suarakan bahawa ingin menjadi seorang yang lebih matang dan tabah menjalani liku-liku hidup kerana semakin meningkat dewasa, semakin besar cabaran yang menunggu. Tidak banyak yang ku harapkan untuk kali ini.. Apa yang penting adalah tentang amal ibadatku. Aku mahukan peningkatan dari semasa ke semasa untuk yang terbaik buat bekalan di alam sana. Akhir kata, semoga hari ini lebih baik dari semalam..

3 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

salam...

semoga azam shud terlaksana k..hehe...

ashutz said...

thanks.. rajin komen kt cni..

ashutz said...

thanks.. rajin komen kt cni..