Monday, November 1, 2010

Cerita pasal kahwin

Hujung-hujung tahun ni banyak la jemputan walimatulurus yang diterima..Bila difikirkan balik, kelakar pun ada.kelakar sebab sebelum ni aku pernah mengutarakan hasrat untuk berumah tangga kepada kedua ibu bapaku. Siap dengan penjelasan yang kukuh dan sehingga mengalirkan air mata. Sampai ayah dan ibuku kesian dan mula memahami diriku. Aku mampu membuatkan mereka sedar tentang betapa dituntutnya perkara sebegitu. Alhamdulilah mereka sangat memahami. Terima kasih mak, terima kasih abah. Tapi belum ada jodoh antara aku dan dia. Aku harus bersabar.
Terdetik mahu berkongsi saat aku menghadirkan diri ke majlis pernikahan adik sedara lelaki ku. Kedua-dua mereka baru berusia 19 tahun dan masih belajar lagi. Cemburu apabila mereka telah terselamat drp fitnah dan godaan syaitan terhadap pasangan yang bercinta sebelum bernikah. Kelihatan air mata ibunya menitis saat ijab dan kabul dilakukan oleh tok kadi kpd anak lelakinya. Mahu saja aku pergi kpd makcikku dan memberi sokongan pdnya. Bukan mudah seorang ibu mahu melepaskan anak lelaki yg masih muda usianya. InsyaAllah, ada ganjaran dariNya utk makcikku atas keredhaan terhadap anaknya itu. Semasa proses ijab dan kabul hendak dilaksanakan, byk soalan yg ditanya oleh tok kadi.. Bagi aku, xsepatutnya pengantin lelaki ditanya sebegitu rupa. Aku sama sekali tidak setuju cara tok kadi tersebut. Boleh dia tanya, "kenapa nak kahwin dengan ..........(pengantin perempuan)?", Apa maksud ijab dan kabul?  byk lagi la soalan yg bagi aku xsepatutnya tanya..Perbuatan mcm tu boleh mengaibkan.. Teringat akan kata-kata seorang ustaz yang ber'title' Dr. Permudahkanlah perkahwinan itu. sebagai contoh semasa nikah, laksanakan yang wajib. Tak perlu tanya soalan2 yang tak sepatutnya. Aku pun menyampah bila lama sgt bagi ceramah & tanya macam-macam kat adik sedara aku. Dah la pakai mic,..Mudah-mudahan mereka ni sedar la dan tidak melambat2kan perkara yang dituntut terutamanya tok kadi tadi.

p/s:  6hb nov majlis perkahwinan kawan sekolah (team mate handball)
       25hb dec majlis perkahwinan abg sedara di Johor

3 comments:

I*K*T*I*R*A*F said...

ghase macam nak kawen pulekkk!


kehkehkeh :P

Puteri Dyla Qistina said...

kenapa tok kadi tnya camtu? cam peliks je? hee...

indah if dapat kawin dgn pasangan yang sudah lama dicinta..

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

emm..member2 klas kte pun rmai da sebut pasal nak kawin. seyes timbul sdikit jeles di hati. ;)