Wednesday, November 3, 2010

Cerita pasal kahwin part 2

Salam..
Rasa-rasanya selepas ini dan seterusnya, tajuk entri aku semuanya mengenai perkahwinan. This is my territory and i have the right to do so. ;) 
Baiklah, semalam dan hari ini aku telah hadiri Bengkel Kebangsaan Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti bertempat di Fakulti Kejuruteraan, UPM. Satu peluang yang sangat baik untuk direbut terutamanya buat diriku sebagai bakal kaunselor dan sebagai individu yang mempunyai hasrat untuk berumah tangga. Segala modul/ maklumat serta isu yang dikupas oleh pembentang sangatlah menarik. Terpanggil untuk berkongsi kepada rakan-rakan blog tentang apa yang dibincangkan. Berikut adalah topik-topik perbincangan sepanjang 2 hari bengkel berlangsung.

1. Seksualiti Manusia dan Seks Sepanjang Kitaran Hayat
2. Human Breeding
3. Menangani Isu-isu Perkahwinan & Seksualiti Melalui Kaunseling Pasangan
4. Isu-isu Sakit Puan. Apa dan Bagaimana Tindakan Anda?
5. Ketidakfungsian Seks, Ketagihan Seks dan Ketidakupayaan Seks serta Kaedah Rawatannya melalui     
    Pendekatan Kaunseling Bersepadu Psikososial dan Perubatan
6. Perkahwinan dan Seksualiti Menurut Perspektif Islam
7. Kaunseling Pasangan dan Alat Ujian dan Pengukuran Perkahwianan dan Seksualiti
8. Kasih Sayang dalam Hubungan Suami Isteri

Pada hari pertama dan awal perbincangan, agak kurang selesa dengan term-term tersebut. Tapi apabila menganggap ini adalah untuk pendidikan dan kebaikan, maka dengan automatiknya fikiran lebih terbuka dan menerima secara positif. Malu tu ada jugak sepanjang bengkel tetapi akhirnya boleh terima.

Rasa gembira bila menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini, banyak yang aku perolehi. Malah terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh pembentang yang boleh diamalkan dan diterima pakai. Kepada rakan-rakan yang berminat nak tahu, boleh la bertanya. :)



4 comments:

Q said...

umm...cikgu..saya kurang paham dengan no.5 tu. boleh tolong jelaskan. hwahahahhah

Puteri Dyla Qistina said...

Q: .....

A girl with flowers: X saba nak tgk anda besanding di pelamin :D

ashutz said...

anak murid yg bernama Q, bukankah anda paling expert.. hehe

ashutz said...

Oh puteri Dyla Qistina, xsabar nk tgk anda bersanding juga