Wednesday, October 6, 2010

Dear my cousin..

Ya Allah..
Berikan taufik dan hidayah Mu kepadanya
Sesungguhnya berat hati memandang dirinya sekarang ini
Aku kenali dia semasa masih kecil
Walaupun jarang berkomunkasi dengannya kerana masalah penguasaan bahasa dan jarak yang memisahkan
namun aku tetap sayang dan mengambil berat terhadap dirinya kerana dia adalah sepupuku.
Sedih dan pilu tak terkata
Hendak mengalir air mata tatkala melihat gambar-gambarnya
Terasa seperti mahu 'remove' sebagai kawanku
Kukuhkan lah akidah dan akhlaknya Ya Allah...
Kasihanilah dirinya, moga dia bertaubat dan diberi kekuatan untuk menjalani hidup di bumi yang majoriti penduduknya bukan beragama islam dan sebagai seorang muslim hasil perkahwinan campur.

Renungan buat diriku..
Ujian yang diterima oleh sepupuku lebih besar dan tersangat lah besar kerana hidup di negara bukan islam sejak lahir lagi.
Moga suatu hari nanti kau berubah wahai sepupuku walaupun aku tahu sangat2 lah sukar dan payahnya menjalani hidup di negara itu. Aku disini hanya mampu berdoa untukmu..

No comments: