Thursday, September 30, 2010

Mencari Pasangan Hidup


Tajuk entri ni merujuk kepada sebuah buku yang telah dipinjam dari seorang sahabat. Isi kandungannya sangat menarik dan menjadi sumber inspirasi dan motivasi buatku.. Tapi kadang2 menjadi sumber keserabutan apabila terlalu memikirkannya. Harganya sangat berpatutan dan ada masa, aku akan cuba untuk mendapatkannya satu walaupun sudah baca isinya. Ingin aku luahkan semua dan segala bentuk perasaan yang aku rasai selama hampir 5 tahun. Untuk ruangan ini, aku tidak ada daya untuk meluahkan semuanya kerana aku sudah penat untuk memikirkannya. Apa yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini hanyalah kata-kata yang mampu memberi motivasi kepada diri ini agar tidak berputus asa. Kerana aku tahu apa yang aku lakukan. Penulisan buku ni betul2 menyentuh jauh ke dalam hati. Dan kalau boleh, mahu saja aku menyuruh mereka2 diluar sana membacanya.
Tanpa membuang masa, berikut adalah sub tajuk dan isi favourateku yang terkandung dalam buku ni sebagai pengubat jiwa kacau.

Perkahwinan seorang muslim
Muslim yang menjadikan tujuan perkahwinan itu sebagai suatu ibadat kepada Allah pasti akan berhadapan dengan pelbagai jenis halangan ketika mahu merealisasikannya. Hal ini adalah lumrah kerana setiap perkara kebaikan itu pasti akan mengganggu kelancarannya.
Maka, kewajipannya itu ialah untuk tidak berundur atau mengaku kalah. Dia perlu tetap teguh di atas jalan dan matlamat yang ingin dicapai tanpa ragu, juga beristiqamah dalam memperbaiki diri serta orang lain dengan niat untuk mencari keredhaan Allah.

3 comments:

sue@p.l.e.i.a.d.e.s said...

best buku ni..tp xbce abis ag..hehe..

Anonymous said...

syud....ni ili...nk baca gak bleh x????

ashutz said...

bacalah...silakan baca...hehe