Monday, June 7, 2010

Kumbang pilihan

Suami memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan hubungan yang baik dengan isterinya sekali gus membentuk keluarga cemerlang. Antara kriteria yang perlu ada pada seorang suami ialah :
i.              Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Dia selalu berterus terang dengan isterinya. Jka mempunyai kekurang dia akan memberitahu isterinya.
ii.             Suami yang baik tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-berkata dengan isterinya, dia akan berbicara dengan cara lembut dan bersopan-santun
iii.            Suami yang soleh selalu membimbing isterinya, menghiburkannnya, berbincang dengannya, menghargai pandangannya dan lain-lain
iv.           Suami yang mengganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat tidak mudah berasa cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
v.            Suami yang bijaksana, iaitu suami yangg sanggup menjadi pemimpin rumah tangga.

Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut:
i.              Tubuh badan sempurna.
ii.             Sanggup melaksanakan tanggungjawab dengan kesempurnaan anggota. Ini bermaksud selagi dia mampu untuk memenuhi keperluan zahir dan batin
iii.            Akal fikiran yang sempurna untuk berfikiran positif.
iv.           Pengetahuan agama yang sempurna untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.
v.            Membelanjakan sebahagian hartanya.
vi.           Mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya.
Keperibadian suami yang menjadi impian setiap isteri:
i.              Penuh kerinduan dan kasih sayang
ii.             Mencintai
iii.            Gagah dan berakhlak mulia
iv.           Kaya dan bijaksana
v.            Memberikan cahaya kehidupan
vi.           Menegakkan kebenaran
vii.          Mulia disisi Allah SWT
Ciri-ciri suami teladan yang menjadi impian setiap isteri:
i.              Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
ii.             Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah SWT
iii.            Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isteri
Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
i.              Mentaati Allah Swt dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
ii.             Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
iii.            Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
iv.           Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta seseuatu diluar kemampuan isteri
v.            Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
vi.           Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri
vii.          Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka
viii.         Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
ix.           Memberi nafkah kepada keluarga megikut kemampuan
x.            Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
xi.           Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
xii.          Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
xiii.         Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama

Sumber : Artikel dalam buku

1 comment:

Beruang Putih si Dyla Qistina said...

sedang mencari lelaki seperti itu :)